Penerbitan Buku Pena

Penerbitan Buku Pena Penerbitan Buku Pena transforms your thesis into a book. No.: MA0272953-P

We offer coaching, editorial services, and academic writing workshops for students, lecturers, researchers, editors and institutions. | Company Reg.

Prestasi Program Tesis Jadi Buku™ (TJB™)Alhamdulillah, hari ini (16 Disember 2025) kami menerima testimoni daripada seor...
16/12/2025

Prestasi Program Tesis Jadi Buku™ (TJB™)

Alhamdulillah, hari ini (16 Disember 2025) kami menerima testimoni daripada seorang pensyarah UKM, peserta Bengkel Dalam Talian Tesis Jadi Buku™ (2 Ogos 2025).

Maklum balas ini mencerminkan keberkesanan program dalam membantu pensyarah dan penyelidik menstruktur serta mengolah tesis ke bentuk buku yang lebih berimpak.

Sama-sama kita doakan urusan pembiayaan penerbitan beliau dipermudahkan dan berjalan lancar.

Jika rakan pensyarah atau penyelidik di fakulti tuan/puan berminat untuk menyertai atau menjemput Program Tesis Jadi Buku™ (TJB™), sila maklumkan — kolaborasi CSR dan program fakulti dialu-alukan.

~ Dr. Nabilaa Mohamed
- Jurulatih | Ketua Editor Tesis Jadi Buku™ (TJB™), PBP & ATTP
- Perunding Profesional Program Tesis Jadi Buku, MSGA Sdn. Bhd.

www.penerbitanbukupena.com

Hampir 20 orang hadir ke sesi *Kelas Preview 72 Jam Siap! eBook: Tesis Jadi Buku™ (TJB™)* pada 16 Dis. (Selasa, 8PM) seb...
16/12/2025

Hampir 20 orang hadir ke sesi *Kelas Preview 72 Jam Siap! eBook: Tesis Jadi Buku™ (TJB™)* pada 16 Dis. (Selasa, 8PM) sebentar tadi. Terima kasih keluarga MSGA yang menyokong dan peserta-peserta baharu yang datang membina ukhuwah dalam dunia penulisan dan penerbitan.

eBook daripada Tesis Sarjana | Versi Bahasa MelayuSebuah buku berasaskan penyelidikan Sarjana kini diterbitkan dalam for...
14/12/2025

eBook daripada Tesis Sarjana | Versi Bahasa Melayu

Sebuah buku berasaskan penyelidikan Sarjana kini diterbitkan dalam format eBook komersial di bawah Siri Tesis Jadi Buku™ (TJB™).

📌 Judul:

Kualiti Perkhidmatan Kerajaan Mati Kerana Kurang Empati - Sebuah Persepsi Rakyat

📲 Boleh didapati di platform Evenchise:

https://kopisuam.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA3710

Tahukah anda?

Platform digital telah mempercepatkan proses penerbitan buku akademik ke pasaran global.

Evenchise bukan sekadar platform eBook, tetapi ekosistem penerbitan digital berkonsepkan franchise global yang menggabungkan:

• Sistem eBook antarabangsa
• Integrasi pasaran digital (Amazon-style model)
• Affiliate system
• Aset intelektual yang boleh diwariskan

Melalui pendekatan Tulis-Sunting-Terbit, tesis bukan sahaja disimpan di rak perpustakaan, tetapi diangkat menjadi aset ilmu yang menjana pendapatan dan menyumbang kepada persediaan jangka panjang.

Inilah contoh sebenar bagaimana tesis boleh ditransformasikan menjadi buku bernilai komersial dan sosial.

72 Jam Siap - Tesis Jadi Buku™ (TJB™) Jana DuitEditorial Terpantas di Dunia!AI Pemudah cara ✅Editor Pemacu Hasil ✅⏱ 24 J...
13/12/2025

72 Jam Siap - Tesis Jadi Buku™ (TJB™) Jana Duit

Editorial Terpantas di Dunia!

AI Pemudah cara ✅
Editor Pemacu Hasil ✅

⏱ 24 Jam Siap! Olah Struktur
⏱ 24 Jam Siap! Olah Bahasa
⏱ 24 Jam Siap! Susun Atur & Terbit eBook

🔒 Khas untuk peserta Bengkel TJB™
📚 Group mentoring tanpa had

Tukar tesis menjadi buku
➡️ sehingga terbit eBook di platform Evenchise.

DAFTAR PERCUMA Kelas Preview
📲 WhatsApp: wa.me/60182174418
www.penerbitanbukupena.com

Sebuah buku hasil transformasi daripada disertasi/tesis peringkat Sarjana telah siap sepenuhnya dan kini sedang menunggu...
12/12/2025

Sebuah buku hasil transformasi daripada disertasi/tesis peringkat Sarjana telah siap sepenuhnya dan kini sedang menunggu kelulusan akhir bagi penerbitan eBook melalui platform Evenchise.

Inilah hasil daripada Program Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™) yang dijalankan oleh Penerbitan Buku Pena (PBP) dan Akademi Transformasi Tesis & Penerbitan (ATTP).

Judul asal tesis:

Service Quality Among Public Organisations Located at Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur and Public Satisfaction

Judul olahan buku (naratif):

Kualiti Perkhidmatan Kerajaan Mati Kerana Kurang Empati – Sebuah Persepsi Rakyat

Buku ini ditulis menggunakan gaya naratif ilmiah-popular, iaitu pendekatan penulisan yang mengekalkan ketepatan ilmiah tetapi disampaikan melalui naratif yang lebih hidup, berlapik retorik, dan dekat dengan pembaca umum.

Tahukah anda?

Istilah ilmiah popular dan naratif ilmiah-popular bukan perkara yang sama.

Walaupun karya ilmiah-popular diiktiraf di peringkat nasional, analisis terhadap penerbitan semasa menunjukkan bahawa banyak karya masih mengekalkan bahasa akademik yang berat.

Sebaliknya, penerbit antarabangsa (USA & UK) lebih cenderung menggunakan gaya naratif ilmiah-popular bagi menghasilkan karya bertaraf world best seller.

Oleh itu, bagi mengangkat buku daripada tesis ke tahap pembacaan global, penelaahan gaya naratif secara strategik merupakan satu keperluan bukan sekadar pemudahan bahasa.

Buku Step by Step Menukarkan Tesis kepada Buku menghuraikan secara praktikal jenis-jenis retorik, struktur naratif, dan teknik transformasi yang diperlukan untuk membina buku ilmiah yang boleh dibaca, difahami, dan diterima oleh khalayak luas.

📘 eBook:
https://kopisuam.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA3674

📕 Buku Fizikal:
https://my.shp.ee/s3HmRMj

🌐 www.penerbitanbukupena.com

WEBINAR Percuma, eBook: Tesis Jadi Buku™ Jana Duit (TJB™JD)Pelajar prasiswazah juga dialu-alukan - FYP anda mungkin bole...
09/12/2025

WEBINAR Percuma, eBook: Tesis Jadi Buku™ Jana Duit (TJB™JD)

Pelajar prasiswazah juga dialu-alukan - FYP anda mungkin boleh jadi buku pertama anda!

Sesi dalam Bahasa Melayu (Malay Session)

Taklimat Mingguan:
16 Disember Selasa, 8PM-9.30PM, Zoom
🔗 Daftar untuk dapatkan Zoom Link:
https://forms.gle/Cgy19ir5TQuk9ckn6

Bersama PBP dan MSGA Sdn. Bhd., capai kejayaan dalam industri Tesis Jadi Buku™ (TJB™) dan eBook hari ini!

FB: Penerbitan Buku Pena (PBP)
IG:
TikTok:
🌐 www.penerbitanbukupena.com

FB: Master Shiro Global Academy (MSGA)
IG:
TikTok:
🌐 www.msgaofficial.biz | www.evenchise.com

07/12/2025
Anugerah Pena: Pengiktirafan kepada Modul Tesis Jadi Buku™ (TJB™)Tarikh Acara: 5 Disember 2025Tarikh Diterbitkan: 7 Dise...
07/12/2025

Anugerah Pena: Pengiktirafan kepada Modul Tesis Jadi Buku™ (TJB™)

Tarikh Acara: 5 Disember 2025
Tarikh Diterbitkan: 7 Disember 2025
Lokasi: Hotel UiTM Shah Alam
Dikeluarkan oleh: Jabatan Korporat, Penerbitan Buku Pena (PBP)

---

Dr Nabilaa Mohamed Terima Anugerah Pena bagi Kandungan Pembelajaran Berimpak Tinggi

Penerbitan Buku Pena (PBP) merakamkan penghargaan atas kejayaan Dr Nabilaa Mohamed, yang telah menerima Anugerah Pena: Kandungan Pembelajaran Berimpak Tinggi bagi modul Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™) berjudul Step by Step Menukarkan Tesis kepada Buku.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Major Hasrul Taufek bin Roslan TUDM (Bersara), atau lebih dikenali sebagai Master Shiro, selaku Pengerusi Kumpulan MSGA Sdn. Bhd.

Pengiktirafan ini diberikan sempena Malam Pemasyhuran Penulis Antarabangsa MSGA 2025, yang menghimpunkan peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, bertempat di Hotel UiTM Shah Alam. Penghargaan ini menyerlahkan usaha konsisten Dr Nabilaa dalam membangunkan modul latihan berimpak tinggi serta memasyarakatkan ilmu melalui transformasi tesis kepada buku.

---

PBP dan MSGA Meterai Perlantikan Strategik Dua Hala

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian kerjasama melalui pertukaran Sijil Perlantikan Rakan Strategik antara Penerbitan Buku Pena (PBP) dan MSGA Sdn. Bhd.

Dalam perlantikan dua hala ini:

MSGA Sdn. Bhd., melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Mohd Shahpizan bin Mustapha (Tjey), secara rasmi melantik Penerbitan Buku Pena (PBP) sebagai Perunding Profesional Program Tesis Jadi Buku™ (TJB™); manakala

Penerbitan Buku Pena (PBP) melantik MSGA Sdn. Bhd. sebagai Rakan Strategik Pembangunan Perniagaan bagi pengembangan program dan pasaran TJB™.

Sijil perlantikan dua hala ini disampaikan bersama oleh Dr Nabilaa Mohamed, Pengasas dan Pengarah Urusan Penerbitan Buku Pena (PBP), dan Tuan Mohd Shahpizan bin Mustapha (Tjey), Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd., menandakan pemuafakatan rasmi antara kedua-dua organisasi.

Kerjasama ini memperkukuh hala tuju strategik kedua-dua pihak, memperluas pelaksanaan Tesis Jadi Buku™ (TJB™) di peringkat Nusantara, dan menyokong aspirasi bersama untuk meningkatkan keupayaan penerbitan akademik ke peringkat antarabangsa.

---

Komitmen PBP terhadap Ekosistem Penulisan dan Penerbitan Akademik

Penerbitan Buku Pena (PBP) akan terus memperkukuh pembangunan modul Tesis Jadi Buku™ (TJB™), memantapkan kapasiti latihan berasaskan penyelidikan serta memperluas jaringan kerjasama strategik, khususnya bersama MSGA Sdn. Bhd., selaku rakan strategik pembangunan perniagaan dan organisasi yang melantik PBP sebagai Perunding Profesional Program TJB™.

Kerjasama ini memainkan peranan penting dalam memartabatkan transformasi tesis kepada buku sebagai medium penyebaran ilmu yang lebih inklusif, relevan dan berimpak tinggi, sekali gus menyokong aspirasi kedua-dua organisasi untuk memperkukuh ekosistem penulisan dan penerbitan akademik di peringkat Nusantara dan antarabangsa.

---

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Korporat, Penerbitan Buku Pena (PBP)
Kuala Lumpur, Malaysia
[email protected]


ILMU TIDAK JATUH NILAINYA APABILA BAHASA DIPERMUDAH - YANG JATUH HANYALAH TEMBOK KEFAHAMANMESEJ KESEDARAN | TJB™Ramai me...
05/12/2025

ILMU TIDAK JATUH NILAINYA APABILA BAHASA DIPERMUDAH - YANG JATUH HANYALAH TEMBOK KEFAHAMAN

MESEJ KESEDARAN | TJB™

Ramai menyangka buku ilmiah mesti kekal dalam bahasa akademik yang berat, sarat istilah teknikal dan sukar difahami. Hakikatnya, ilmu tidak kehilangan martabat apabila bahasanya dipermudah - yang hilang hanyalah jarak antara universiti dan masyarakat.

Peralihan daripada bahasa akademik pekat kepada bentuk ilmiah-popular bukan penurunan standard keilmuan, sebaliknya suatu proses pemindahan ilmu daripada dunia akademik ke ruang awam.

Buku ilmiah-popular yang berkualiti:

• mengekalkan ketepatan fakta dan ketulenan hujah,
• merumus dapatan penyelidikan secara berdisiplin,
• dan menyampaikan ilmu dalam bahasa yang membina kefahaman masyarakat.

Bukti jelas kewajaran pendekatan ini dapat dilihat melalui pengiktirafan negara terhadap karya ilmiah-popular seperti:

> Natural Science from the Worldview of the Qur’an: An Introduction (Vol. 1–3)
oleh M. Kamal Hassan, yang menerima Anugerah Buku Negara 2025 sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF)
dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Ini membuktikan bahawa:

> Ilmu tinggi tidak dinilai daripada kesukaran bahasa, tetapi daripada keupayaannya membina kefahaman dan kesedaran.

Program Tesis Jadi Buku™ (TJB™) bukan usaha menjadikan ilmu “popular kosong”, tetapi:

• menterjemah bahasa akademik kepada bahasa masyarakat,
• mengangkat dapatan penyelidikan menjadi wacana awam, dan
• memindahkan ilmu daripada rak simpanan kepada nadi masyarakat.

Jika tesis hanya dibaca oleh pemeriksa - impaknya terhad.

Jika buku dibaca oleh masyarakat - kesannya meluas.

TJB™ tidak merendahkan aras ilmu,

TJB™ meninggikan darjat ilmu kepada seluruh masyarakat.

Tesis Jadi Buku™ (TJB™),
PBP, ATTP, UNITI, MSGA, RESQ Assest
www.penerbitanbukupena.com

Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™)Pelajar prasiswazah juga dialu-alukan - FYP anda mungkin boleh jadi buku pertama anda! Yo...
03/12/2025

Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™)

Pelajar prasiswazah juga dialu-alukan - FYP anda mungkin boleh jadi buku pertama anda!

Your thesis can be your first book!

Transform tesis jadi buku dan…
✅ Naikkan KPI pensyarah
✅ Kongsi ilmu dengan masyarakat
✅ Jana royalti
✅ Bina jenama akademik
✅ Dapat peluang ceramah & kerjasama

📌
□ 31 Jan 2026 (Online-Zoom)
□ 9AM-5PM, 2 Hari - 14 Jam
□ RM600 (Early Bird Price - Bayar Sebelum 2 Jan 2026)
□ RM900 (Normal Price)

Yuran Termasuk:
□ Rakaman YouTube (akses 1 bulan)
□ Set Slaid, Nota, & Templat (PDF)
□ Sijil Penyertaan (PDF)

All sessions in Malay 🇲🇾

📲 Daftar & bayar melalui: https://forms.gle/3cGaTLPZZC9mWj8L6

Info Lanjut:
🌐 www.penerbitanbukupena.com

WEBINAR, eBook: Tesis Jadi Buku™ Jana Duit (TJB™JD)Pelajar prasiswazah juga dialu-alukan - FYP anda mungkin boleh jadi b...
03/12/2025

WEBINAR, eBook: Tesis Jadi Buku™ Jana Duit (TJB™JD)

Pelajar prasiswazah juga dialu-alukan - FYP anda mungkin boleh jadi buku pertama anda!

Sesi dalam Bahasa Melayu (Malay Session)

Taklimat Mingguan:
2 Disember Selasa, 8PM, Zoom

🔗 Wajib daftar untuk dapatkan Zoom Link:

https://forms.gle/Cgy19ir5TQuk9ckn6

Bersama PBP dan MSGA Sdn. Bhd., capai kejayaan dalam industri Tesis Jadi Buku™ (TJB™) dan eBook hari ini!

FB: Penerbitan Buku Pena (PBP)
IG:
TikTok:
🌐 www.penerbitanbukupena.com

FB: Master Shiro Global Academy (MSGA)
IG:
TikTok:
🌐 www.msgaofficial.biz | www.evenchise.com

Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™) - 29 November 2025Alhamdulillah, PBP bersama MSGA Sdn. Bhd. dan RESQ Asset Sdn. Bhd. tel...
02/12/2025

Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™) - 29 November 2025

Alhamdulillah, PBP bersama MSGA Sdn. Bhd. dan RESQ Asset Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Bengkel Tesis Jadi Buku™ (TJB™) secara online dengan penyertaan 18 peserta dari pelbagai latar akademik.

📌 Sesi Pagi: Olahan Struktur
Peserta belajar membezakan struktur tesis dan struktur buku, termasuk proses awal Mapping TOC Manuskrip Buku mengikut gaya DBP.

📌 Sesi Petang: Olahan Bahasa
Fokus kepada tiga gaya penulisan utama:

Gaya Buku Penyelidikan
Gaya Naratif Indie-Akademik
Gaya Naratif Ilmiah-Popular

Bengkel diakhiri dengan sesi klinik berkumpulan untuk peserta mencuba gaya penulisan pada manuskrip masing-masing.

Untuk pertanyaan tentang bengkel TJB™ atau latihan penulisan PBP:

📩 [email protected]
📩 [email protected]
www.penerbitanbukupena.com

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbitan Buku Pena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbitan Buku Pena:

Share

Category