04/01/2024
Kenapa The Chronology hanya kisah, tragedi, berita dari 1993 hingga 2023?
🤔🤓
📍 Simbolik 30 tahun ini adalah tahun saya actively menjadi 'pembaca berita' kepada arwah nenek dan mak saya, ketika itu setiap hari saya akan diminta ke kedai untuk beli surat khabar.
📌 Awal 90an, saya baru masuk sekolah rendah, Alhamdulillah kemahiran cepat membaca bantu saya jadi 'pembaca berita' kepada arwah nenek & mak saya sebab mereka berdua tahu dan faham jawi, bukan rumi.
📍 Kebetulan masa itu, negara digemparkan dengan pembunuhan ADUN Raub, Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 juga Kondominium Highlands Towers runtuh, mereka memang ikuti perkembangan kes-kes ini setiap hari.
📌 Perkara yang paling saya ingat, nenek mesti beri duit sekitar RM3 hingga RM5 💵💶..masa itu sudah dapat beli banyak surat khaba🗞️📰..
📍 Nenek cakap, beli semua atau macam-macam akhbar sebab setiap akhbar mungkin ada maklumat berbeza...saya s**a cara pemikiran 💡nenek.
📌 Kebetulan saya s**a ambil tahu, baca kisah2 sebegini dan hari ini, saya juga sebahagian dari pencatat sejarah negara...
📍 Adakalanya, dalam penulisan berita setiap hari...Saya juga memerlukan previous cases yang related dengan current incidents sebagai background story.
📌 Saya fikir why not saya compile bahan2 yg saya ada dalam bentuk ringkasan yang mudah difahami serta dikongsikan kepada umum berdasarkan maklumat sahih juga pengalaman sendiri di lokasi kejadian.
📍 Saya berdoa jika apa yang saya buat memberi manfaat dan kebaikan kepada umum, semoga pahalanya In Syaa Allah sampai kepada arwah nenek, mak serta abah.
📌 Al Fatihah buat mereka. Arwah nenek dijemputi Ilahi ketika saya secondary school, mak p**a ketika saya tahun pertama di universiti dan abah hanya sempat melihat saya sebagai pemberita kira-kira 5 tahun sebelum pergi selamanya. He’s my best supporter dalam bidang ini.
📍 Terima kasih semua rakan pelbagai media either senior or junior.. juga agensi-agensi media, google, wikipedia yang membantu saya menghasilkan page ini.
📌 Mohon dihalalkan segala informasi yang diberikan, dikongsikan dan menjadi rujukan saya untuk The Chronology ☺️.