Pustaka Bushra - Kedai Buku

Pustaka Bushra - Kedai Buku Pengedar al-Quran terbitan Karya Bestari dan menjual buku/kitab agama berlandaskan al-Quran & as-Sunnah serta membekal produk/makanan keluaran muslim.

wa.me/601111629117 Pustaka Bushra Sdn Bhd
📬 52, Jalan Lengkuas D16/D. Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
📞 03-5524 6024
🌏 https://goo.gl/maps/fxFUv
🪀 https://wa.me/601139757993
🌐 https://bushraniaga.com
🔄 https://www.facebook.com/pustakabushra/

MANIFESTASI KEPADA KEIMANAN boleh terserlah melalui kefahaman terhadap pecahan dan tingkatan iman, sebagaimana yang dise...
08/09/2026

MANIFESTASI KEPADA KEIMANAN
boleh terserlah melalui kefahaman terhadap pecahan dan tingkatan iman, sebagaimana yang disebutkan sebagai cabang-cabang (syu'ab) iman melalui hadith-hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Antara ulama' yang berusaha menjelaskan 77 cabang keimanan ini ialah Imam al-Baihaqi menerusi karya yang berada di tangan pembaca ini, yang seterusnya diberi khidmat oleh Imam al-Qazwaini yang meringkaskannya sehinggalah Sheikh Abdul Qadir al-Arnauth melengkapkan manfaat kitab ini melalui usaha tahqiq dan takhrij ke atas kitab yang dapat membina dan menyuburkan iman ini.

Salah satu cabang keimanan adalah sebuah riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illallah, dan yang terendah ialah membuang halangan dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (As-habus Sittah)

Buku ini memuatkan cabang-cabang keimanan yang wajib diimani dan diamalkan oleh setiap muslim. Muatan buku ini dapat membimbing dan menuntun kaum muslimin dalam memahami aspek keimanan dan memacu dalam berbuat kebajikan serta menjauhkan hal-hal keburukan, sehingga buku ini dapat diguna pakai sebagai referensi bacaan untuk kehidupan seharian setiap Muslim.

Semoga dengan terbitnya buku ini dapat mendatangkan manfaat ilmu untuk segenap umat Islam.
Selamat membaca & memahami.

📖 Judul: 77 Cabang Keimanan
🖋️ Karya Imam al-Baihaqi, Ringkasan Oleh Imam al-Qazwini & Tahqiq oleh Abdul Qadir al-Arnauth.






07/09/2026
Ungkapan doa yang wajar dibaca sebelum memulakan perjalanan, yang menyedarkan hamba bahawa tiada tuhan yang boleh mengam...
06/09/2026

Ungkapan doa yang wajar dibaca sebelum memulakan perjalanan, yang menyedarkan hamba bahawa tiada tuhan yang boleh mengampunkan dosanya melainkan Allah ﷻ.

05/09/2026

Walaupun rumah disebelah masjid/surau, jika tidak diberi hidayah maka takkan sampai 👇

KITA SANGAT BERHAJAT DIZAMAN INI terhadap pengajaran-pengajaran yang dibahas oleh alim ulama' didalam kitab mereka, dise...
04/09/2026

KITA SANGAT BERHAJAT DIZAMAN INI

terhadap pengajaran-pengajaran yang dibahas oleh alim ulama' didalam kitab mereka, disebabkan telah beredar khabar atau berita buruk yang secara sengaja atau ingin memburuk-burukkan terhadap dakwah salaf ahlus sunnah wal jamaah, ulama-ulamanya, dan para da’inya.

Maka salah satunya telah tampil Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi al-Atsari menyusun dan mentranskrip sebuah risalah ini dengan penelitian yang detail, baik dari sisi ta’liq, takhrij dan muraja’ah kembali. Ditambah lagi dengan penjelasan hal-hal yang dianggap perlu untuk diterangkan lebih lanjut dari kalimat-kalimat dan lafazh yang sukar secara bahasa.

Pihak penerbit juga melengkapi risalah ini dengan biografi singkat tentang Syeikh Al-Albani, agar kita mengenal lebih dekat siapa beliau.

Semoga risalah ilmiah ini bermanfaat untuk saudara-saudara sesama muslim di timur mahupun di barat, untuk memahami manhaj yang haq & lurus ini.
Semoga bermanfaat

📖 Judul: Inti Dakwah Syaikh Al-Albani
🖋️ Penyusun: Syaikh Ali bin Hassan al-Halabi

*Info lanjut berkaitan buku, sila rujuk diruangan komen dibawah








:: Menekuni Sifat Solat Nabi ﷺ Sehabis Mungkin ::SOLAT merupakan perkara pertama yang akan dihisab di Hari Akhirat kelak...
03/09/2026

:: Menekuni Sifat Solat Nabi ﷺ Sehabis Mungkin ::

SOLAT merupakan perkara pertama yang akan dihisab di Hari Akhirat kelak. Kita dituntut agar melaksanakan solat sehampir mungkin dengan tata cara solat Baginda Nabi ﷺ, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis:

صلوا كما رأيتموني أصلي
"Solatlah sebagaimana kamu melihatku solat." - hadis riwayat al-Bukhari.
Karya monumental berkenaan sifat solat Nabi ﷺ susunan Syeikh al-Albani رحمه الله ini merupakan karya yang tidak asing lagi di kalangan penuntut ilmu Islam & sesiapa sahaja yang ingin melunaskan tanggungjawab melaksanakan solat sehampir mungkin dengan cara solatnya Baginda Nabi ﷺ, seakan-akan menyaksikannya secara langsung.
___

📖 SIFAT SHALAT NABI ﷺ; Seakan-Akan Anda Menyaksikannya
📖 Buku Praktis SIFAT SHALAT NABI ﷺ (Buku Saiz Poket)
*Info buku/pembelian di ruangan komen.






Address

12-1, Jalan Lengkuas D16/D
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Bushra - Kedai Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pustaka Bushra - Kedai Buku:

Shortcuts

Share