Pencinta Buku

Pencinta Buku Menjual dan mempromosikan buku-buku dalam dan luar negara. Kepada penulis yang mahu promo buku atau e-book, anda amat dialu-alukan. Pastikan promo mempunya;

1.

Gambar buku,
2. Sinopsis buku,
3. Muka surat,
4. Harga buku + harga pos.
5. No. H/p

02/11/2024

Bagimana mahu bangun tidur dengan semangat luar biasa? Sebelum lelap mata anda sudah punya rencana untuk esok harinya. Assalamualaikum

Melihat selonggok buku ini membuatkan saya teruja mahu siapkan tugasan dengan segera.Ini adalah koleksi buku yang belum ...
16/09/2024

Melihat selonggok buku ini membuatkan saya teruja mahu siapkan tugasan dengan segera.

Ini adalah koleksi buku yang belum dibaca atau diusik.

Mana-mana buku yang telah dibaca akan ada penanda buku berpelekat di dalamnya.

Saya jenis bangsa yang tidak s**a melipat buku sebagai tanda bacaan.

Meskipun saya menerima upah melukis untuk penanda buku, bagi buku-buku bacaan saya sendiri akan digunakan pelekat kalis air sebagai penanda.

Kenapa tidak guna penanda buku berbentuk kad?

Sayang jika hilang hahaha.

Jika menerima penanda buku dari penulis sesebuah buku, saya akan lekatkan pada kulit buku bahagian dalam sebagai tanda menghargai pemberian tersebut.

Untuk menanda buku bacaan, ha beli khusus pelekat kalis air yang berwarna-warni.

Sahabat budiman saya Puan Firdaus Hussamuddin pernah berkata sambil gelak, "rasanya you sorang je peel begitu kot." Kami kemudiannya ketawa sama-sama.

Bila masa saya baca buku?

Sebelum tidur atau waktu petang dalam . Itupun berbagi waktu dengan melukis (jika waktu malam) atau merawat pokok-pokok ros di petang hari.

Moga dalam waktu terdekat ini tiadalah tambahan buku masuk. Saya ini pantang digoda bab buku dan ros.

Lupa, ada dua buku yang sudah pre-oder bakal tiba hujung bulan ini. Alahai la Iera.

Tidak mengapa kerana saya menjadikan buku-buku sebagai bahan rujukan dan modal pengetahuan tambahan untuk karya-karya yang melibatkan pelanggan/ buku baru.

Ia pelaburan kecil untuk sebuah karya bermutu dan memberi impak. Kiranya ROI ini penuh bermakna buat saya.

Jadi jangan ditanya kenapa perlu bayar lebih, kan?
Kos buku rujukan pun sudah berapa.

Selamat beristirehat sahabat.

Mudah-mudahan esok kita diizinkan Allah untuk terus melakukan kebaikan yang memberi manafaat kepada insan lain sebelum mati.

Hal yang saya rindu mahu lakukan kembali.Moga berpeluang ulang kembali aktiviti ini.
10/09/2024

Hal yang saya rindu mahu lakukan kembali.

Moga berpeluang ulang kembali aktiviti ini.

Saya juga sama seperti anda, berusaha keras menjana pendapatan dari pelbagai sumber.Maklumlah membesarkan 10 orang anak ...
10/09/2024

Saya juga sama seperti anda, berusaha keras menjana pendapatan dari pelbagai sumber.

Maklumlah membesarkan 10 orang anak di Kota Metropolitan bukanlah satu hal yang mudah.

Kisah ini suatu waktu dahulu.

Alhamdulillah kini 10 anak ini sudah tamat pengajian dan memiliki kerjaya masing-masing.

Tiada apa lagi mahu saya kejar dalam hidup selain mengumpul saham sebagai bekalan sesudah mati.

"Jika begitu tak perlulah kau ambil upah?" selorah seorang kenalan dalam tawa.

"Kos-kos tetap punya harga perlu dibayar. Nak masuk tandas pun kena bayar wei," usik saya kembali.

"Aku tahulah. Saja melawak," balas beliau lagi.

Ini misi saya. Ada 3 misi yang sedang diusahakan untuk segera dicapai.

Misi tahun ini selesaikan semua hutang piutang bisnes.
Misi tahun depan, pergi umrah dan Haji.
Misi tertunda, tamatkan PhD.
Misi yang tiada nokhtah; menulis kebaikan untuk diwarisi.

Dunia bukan untuk bersenang-senang. Tetapi berilah sedikit waktu pada dirimu untuk kecapi rasa bahagia itu sebagai salah satu cara mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

Selamat pagi sahabat.

Doakan semua misi saya terlaksa.
Saya juga mendoakan misi tuan puan segera terpenuhi dan dipermudahkan urusan.

yang menulis kebaikan sebelum mati.
yang membantu anda tinggalkan pewarisan melalui perkataan.

Sudah beberapa hari tidak mencatat cerita.Hati masih lagi terbuai seribu rasa dengan naskhah yang satu ini. Tugasan 'add...
09/09/2024

Sudah beberapa hari tidak mencatat cerita.

Hati masih lagi terbuai seribu rasa dengan naskhah yang satu ini.

Tugasan 'add-hock' sungguh.

Namun saya puas.

"Puan harga ini mengikut sebutharga yang telah diberikan sebelum bermula, kan?" tanya wakil penerbit.

"Tidak mengapa tuan. Saya tidak mahu berkira sangat untuk tugasan ini. Melihat ia dalam bentuk buku sudah membahagiakan," balas saya.

"Betul, satu kepuasan dapat menghasilkan buku ini," ujar wakil penerbit.

"Terkadang tuan, saya tidak melihat kepada jumlah bayaran yang mahu diberikan. Saya lihat ceritanya.

Semahal mana upah mahu diberikan, jika ia bukan 'cerita' yang jiwa saya mahu maka mungkin saya tidak bakal menerimanya," ujar saya kepada penerbit yang kami bekerjasama buat pertama kalinya.

Begitulah, pada satu tahap apa yang dilakukan roi ia bukan kepada duniawi semata.

Ada hal lain yang kecil pada orang tetapi besar ertinya pada kita.

Selamat melakukan kebaikan, mudah-mudahan menjadi bekalan sesudah mati.

Dalam satu group wasap, admin meminta maklumbalas ahli untuk berkongsi,"sedang buat apa anda pagi ini?"Inilah status ter...
08/09/2024

Dalam satu group wasap, admin meminta maklumbalas ahli untuk berkongsi,"sedang buat apa anda pagi ini?"

Inilah status terkini saya.

Cuaca yang redup-redup tetapi ada mentari yang tidak terlalu terik ini memang menduga jiwa.

Bertabahlah Iera sehingga siap tugasan yang diamanahkan.

Caiyok.

Buat semua sahabat, selamat beristirehat dan bergembira bersama keluarga tercinta.

Anda p**a, sedang buat apa tu?

Selesai dua hari kelas terakhir Seminar Asas Ghostwriter bagi tahun 2024.Foto dirakam 15 minit sebelum kelas bermula.Pag...
08/09/2024

Selesai dua hari kelas terakhir Seminar Asas Ghostwriter bagi tahun 2024.

Foto dirakam 15 minit sebelum kelas bermula.

Pagi ini para peserta sesi ke-19 mula masuk kump**an sokongan.

Alhamdulillah tahun ini sudah masuk tahun ke-8 kump**an ini kekal harmoni berukhuwah dan berbagi rezeki.

Tahniah kepada semua peserta yang LUAR BIASA.

Selamat menulis kebaikan sebagai saham akhirat sesudah kita mati.

Cipta kenangan manis bersama.
07/09/2024

Cipta kenangan manis bersama.

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ’Malam tadi peserta paling jauh hadir dari Vienna, Austria."InsyaAllah hujung tahun ini suami saya t...
07/09/2024

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ’

Malam tadi peserta paling jauh hadir dari Vienna, Austria.

"InsyaAllah hujung tahun ini suami saya tamat kontrak di sini. Jadi kami bakal p**ang ke Malaysia.

Saya menyertai bengkel ini sebagai persediaan untuk melakukan pekerjaan dari rumah sambil menguruskan keluarga," cerita beliau lewat pesanan whatsapp.

Inilah antara salah satu sebab kenapa saya masih kekal mengadakan bengkel dalam talian sejak pendemik.

Setiap kali sesi akan ada peserta yang jauh beribu batu mendaftar. Ada ibu yang punya anak kecil dan s**ar ditinggalkan kepada orang lain, ada ibu yang tinggal jauh di pendalaman.

Kelas dalam talian memudahkan mereka untuk turut serta meskipun sambil mendodoikan anak.

Rakaman p**a kami berikan untuk membolehkan mereka ulang dan hadam berkali-kali selepas itu.

Selesai sesi pertama malam tadi. InsyaAllah bakal bersambung hari kedua malam ini.

Dan, ada lagi yang merayu untuk masuk dan akhirnya lolos mendaftar pagi ini.

Maklumlah ini adalah sesi terakhir bagi tahun 2024. Selepas ini siri lanjutan p**a kita buka.

Doakan kelancaran kelas malam ini buat saya ya sahabat.

Malam tadi pertama kali berlaku masalah teknik setelah hampir lima tahun saya mengendalikan kelas dalam talian.

Beberapa minit sebelum sesi, berlaku litar pintas di meja kerja saya. Gelap semua lampu besar, komputer dan paling utama memadamkan butang kuasa internet.

Allahu Allah. Pada Dia saya berserah.

Alhamdulillah, sempat masuk tepat jam 9 malam dan 9.02 saya memulakan kelas.

Jumpa kita malam ini ya semua peserta hebat. InsyaAllah kita berbagi elmu untuk sama-sama mengumpul saham akhirat sesudah mati.

πŒπ„ππ”π‹πˆπ’ π”ππ“π”πŠ πŒπ„ππ˜π„ππ€π‘ πŠπ„ππ€πˆπŠπ€π π’π„ππ„π‹π”πŒ πŒπ€π“πˆAnakanda Izzah menantu saya pernah berkata kepada suaminya, anakanda Nik Wai...
05/09/2024

πŒπ„ππ”π‹πˆπ’ π”ππ“π”πŠ πŒπ„ππ˜π„ππ€π‘ πŠπ„ππ€πˆπŠπ€π π’π„ππ„π‹π”πŒ πŒπ€π“πˆ

Anakanda Izzah menantu saya pernah berkata kepada suaminya, anakanda Nik Wais, "sampai bila mama mahu bekerja?"

Saya mendengar perkataan itu dari meja kerja.

Saya faham maksud anakanda. Kebetulan ketika itu anakanda melihat saya yang bersengkang mata menyiapkan tugasan add-hock pelanggan.

"Izzah, Uwais. Mama tidak akan berhenti menulis sehingga akhir nafas jika itu diizinkan Allah.

Menulis ini bukan sebuah pekerjaan. Ia sebuah hobi atau kegemaran yang mama gembira dan bahagia melakukan.

Lebih-lebih lagi inilah salah satu cara mama mahu mengumpul saham akhirat melalui kisah-kisah yang mampu memberi inspirasi kepada insan lain."

Kedua anakanda diam mendengar penjelasan saya.

Saya faham keperihatinan anakanda. Mahu saya berehat.

Hakikatnya inilah salah satu dari 3 pertanyaan saya kepada Allah di Baitullah yang dijawab terus.

Cumanya mungkin saat usia makin lanjut saya akan mengurangkan jumlah buku mahu ditulis.

Entah mengapa, semakin usia meningkat, ia bukan soal duit tapi soal amanah atas anugerah yang Allah telah berikan.

Allahu, banyak lagi kebaikan-kebaikan dari insan lain yang perlu saya rakam dan sebarkan.

Bakat menulis yang Allah kurniakan bukanlah untuk dipersiakan, itu saya sungguh-sungguh yakin.

Doakan saya sahabat agar terus dikurniakan ilham yang bagus untuk terus menyebarkan kebaikan kepada ummat manusia sama ada ketika masih hidup atau setelah mati (naskhah-naskhah yang terus dibaca dan diwarisi).

Saya si yang menulis untuk menyebarkan kebaikan dari kisah-kisah menginspirasikan.

Malam nanti bengkel terakhir Seminar Asas Ghostwriter, Buat D.U.I.T melalui penulisan terakhir bagi tahun 2024.

Sempat lagi jika mahu daftar, insyaAllah.

Sesi dalam talian dan rakaman diberikan.

Semak komen pertama untuk maklumat lanjut.

05/09/2024

Arwah bonda saya selalu berkata, "mama tiada harta yang banyak mahu ditinggalkan. Tetapi mama percaya dengan pendidikan anak-anak bakal capai impian dan hidup sejahtera."

Justeru itu saya melihat almarhum mama berusaha keras memastikan anak-anaknya tamat pengajian dan p**ang dengan segulung ijazah dalam genggaman.

Kekuatan dan cara didikan mama inilah juga menjadi ikutan saya dalam mendidik anak-anak.

Al-Fatihah buat almarhumah bonda tercinta.

𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀 π†π‡πŽπ’π“π–π‘πˆπ“π„π‘ πƒπˆππ€π˜π€π‘?Tidak ada pun satu standard harga dalam mengupah ghostwriter.Jika nampak mana-mana nombor, it...
05/09/2024

𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀 π†π‡πŽπ’π“π–π‘πˆπ“π„π‘ πƒπˆππ€π˜π€π‘?

Tidak ada pun satu standard harga dalam mengupah ghostwriter.

Jika nampak mana-mana nombor, itu bukan standard yang rasmi.

Apa yang berlaku ia datang daripada pengamalan individu sebelum ini atau pun diubah suai daripada pembayaran dalam dunia majalah dan buku.

Penetapan harga standard juga menjadi risiko kepada ghostwriter.

Katakan dalam pasaran, menulis satu halaman surat memohon pekerjaan sekitar sepuluh ringgit untuk graduan. Kemudian, ada yang memohon ghostwriter menulis surat mohon jawatan, tetapi dia mahu memohon jawatan pengurus cawangan, mahu beralih kerja.

Disebabkan 'pasaran berkata' harga upah menulis resume adalah sepuluh ringgit, rugilah ghostwriter kerana tidak dapat meletakkan harga lebih sesuai dengan klienya.

Ghostwriter dapat menetapkan harga sendiri bergantung kepada objektifnya, asalkan ada keuntungan dan kerja dapat diulang-ulang.

Belajar lagi?

Esok malam saya akan mengendalikan seminar untuk ghostwriter bermula kosong.

Lihat komen.

Address

FKPM,UiTM
Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pencinta Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share