Rimau Rights Literary Agency

Rimau Rights Literary Agency Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rimau Rights Literary Agency, Media/News Company, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13,, Shah Alam.

.π˜½π™šπ™£π™©π™–π™£π™œ π™©π™žπ™ π™–π™§ π™™π™ž π˜Ώπ™–π™©π™–π™§π™–π™£ π™ˆπ™šπ™§π™™π™šπ™ π™–, 𝘿π™ͺ𝙙π™ͺ𝙠 π™—π™šπ™§π™¨π™žπ™‘π™– 𝙨𝙖𝙒𝙖 π™—π™šπ™§π™π™žπ™’π™₯π™ͺ𝙣;π˜½π™šπ™§π™ π™šπ™’π™—π™–π™£π™œ π™¨π™šπ™œπ™–π™§ π™¬π™–π™§π™žπ™¨π™–π™£ π™₯π™ͺ𝙨𝙖𝙠𝙖, π˜½π™šπ™§π™—π™ͺπ™£π™œπ™– π™—π™žπ™˜π™–π™§π™– π™™π™ž 𝙙𝙖𝙑𝙖...
22/04/2026

.
π˜½π™šπ™£π™©π™–π™£π™œ π™©π™žπ™ π™–π™§ π™™π™ž π˜Ώπ™–π™©π™–π™§π™–π™£ π™ˆπ™šπ™§π™™π™šπ™ π™–,
𝘿π™ͺ𝙙π™ͺ𝙠 π™—π™šπ™§π™¨π™žπ™‘π™– 𝙨𝙖𝙒𝙖 π™—π™šπ™§π™π™žπ™’π™₯π™ͺ𝙣;
π˜½π™šπ™§π™ π™šπ™’π™—π™–π™£π™œ π™¨π™šπ™œπ™–π™§ π™¬π™–π™§π™žπ™¨π™–π™£ π™₯π™ͺ𝙨𝙖𝙠𝙖,
π˜½π™šπ™§π™—π™ͺπ™£π™œπ™– π™—π™žπ™˜π™–π™§π™– π™™π™ž 𝙙𝙖𝙑𝙖𝙒 π™₯𝙖𝙣𝙩π™ͺ𝙣.

Pantun bukan sekadar rangkap indah yang diwariskan turun-temurun. Dalam sudut pandang harta intelek, ia juga adalah ekspresi budaya tradisional yang membentuk identiti, warisan dan ingatan kolektif sesuatu masyarakat.

Atas semangat itu, Rimau Rights bersama rakan kolaborasi mengajak orang ramai ke sesi Berpantun di Ibu Kota β€” sebuah ruang santai untuk menikmati, menghidupkan dan berkongsi warisan pantun di tengah kota.

Mari hadir dan bawa pantun bertemakan membaca, kekeluargaan dan jenaka. Boleh turut serta berbalas pantun, atau datang duduk santai sambil mendengar.

πŸ“ Pentas Kelah Buku, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
πŸ“… 25 April 2026 (Sabtu)
πŸ•• 6.00 – 7.00 petang

Tema pakaian: Satu Elemen Tradisi

Terbuka kepada orang ramai. Datang terus dialu-alukan.

Jika berminat, boleh sertai WhatsApp group ini untuk mendapatkan info dari semasa ke semasa:
https://chat.whatsapp.com/IB39qgDU6PPGq3WI7aIttj?mode=gi_t

Karya terbaharu Sasterawan Singapura, Jamal Ismail, kini berada di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025!Dua judul yang ...
05/12/2025

Karya terbaharu Sasterawan Singapura, Jamal Ismail, kini berada di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025!

Dua judul yang dibawakan tahun ini iaitu Antara Dua Kiblat dan Pointing to the Sky, menampilkan cerita tentang kemanusiaan, persahabatan dan harapan yang merentas bangsa serta generasi.

Pointing to the Sky p**a ialah terjemahan novel Tunjuk Langit, pemenang Anugerah Persuratan dan Singapore Literature Prize.

Untuk SIBF, kami sediakan pakej kombo RM80 sahaja, bersama hadiah eksklusif Majalah SEKATA (selagi stok masih ada).

πŸ“ Reruai Serandau Acara Ventures (S18)
πŸ“… 28 Nov – 7 Dis 2025
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“Œ Setia City Convention Centre, Shah Alam

Datang singgah dan dapatkan karya penting ini sebelum SIBF melabuhkan tirai!

Karya terkini Sasterawan Singapura, Jamal Ismail, kini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 (SIBF)!Ri...
27/11/2025

Karya terkini Sasterawan Singapura, Jamal Ismail, kini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 (SIBF)!

Rimau Rights berbesar hati membawa dua judul terbaharu beliau ke SIBF tahun ini:

πŸ“˜ Antara Dua Kiblat
πŸ“— Pointing to the Sky β€” terjemahan bahasa Inggeris Tunjuk Langit, pemenang Anugerah Persuratan 2020/2021 & Singapore Literature Prize 2020.

Sebagai tokoh sastera penting Singapura, Jamal Ismail dikenali melalui karya-karya yang menyentuh isu kemanusiaan, perpaduan, dan nilai merentas budaya β€” menjadikan kedua-dua novel ini pilihan ideal bagi pembaca yang menghargai karya berakar pada sejarah, jiwa, dan masyarakat Nusantara.

✨ PAKEJ KOMBO SIBF
RM80 sahaja untuk kedua-dua buku

Hadiah Eksklusif Majalah SEKATA (selagi stok masih ada)

πŸ“ Lokasi: Reruai Serandau Acara Ventures (S18)
πŸ“… 28 November – 7 Disember 2025
πŸ“Œ Setia City Convention Centre, Shah Alam

Datang dan dapatkan karya penting ini β€” sebelum stok habis!

πŸ“š Excited to be part of the Kuala Lumpur International Book Fair 2025!Azree Ariffin from  will be speaking alongside Cin...
22/05/2025

πŸ“š Excited to be part of the Kuala Lumpur International Book Fair 2025!

Azree Ariffin from will be speaking alongside Cindy Wong of 8Letters (Philippines) in a session titled "The Potential of Malaysia & Philippines Book Market", moderated by the ever-inspiring Sayidah Mu’izzah.

🎀 Join us as we explore how stories travel across borders, what makes Southeast Asia’s literary scene unique, and how both countries can grow together through books and cultural exchange.

πŸ—“οΈ 23 May 2025 (Friday)
πŸ•” 5.00 PM
πŸ“ Pentas Dunia Buku, Merdeka Hall, Level 4, WTCKL

Drop by if you’re around KLIBF β€” let’s connect!

Lindungi dan kembangkan karya anda hingga ke pentas dunia!Adakah karya anda sudah bersedia untuk dilindungi dan dikemban...
05/02/2025

Lindungi dan kembangkan karya anda hingga ke pentas dunia!

Adakah karya anda sudah bersedia untuk dilindungi dan dikembangkan ke pasaran antarabangsa? Jika belum, ini peluang keemasan untuk anda pelajari ilmu yang bakal membuka pintu kejayaan dalam dunia perbukuan!

Kami bawakan dua sesi eksklusif yang penuh dengan ilmu dan strategi penting:

πŸ“Œ Hak Cipta dan Perjanjian Penerbitan
πŸ—“οΈ Tarikh: 19 Februari 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 malam
πŸŽ™οΈ Perkongsian oleh: Azree Ariffin, Pengarah Urusan

πŸ‘‰ Apa yang anda akan pelajari:
βœ… Apa itu hak cipta karya?
βœ… Asas penting dalam perjanjian penerbitan

πŸ“Œ Pelesenan dan Pengantarabangsaan Karya
πŸ—“οΈ Tarikh: 26 Februari 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 malam
πŸŽ™οΈ Perkongsian oleh: Hafiz Latiff, Pengarah Eksekutif

πŸ‘‰ Apa yang anda akan pelajari:
βœ… Proses pelesenan karya secara profesional
βœ… Cara menembusi pasaran antarabangsa

πŸ’Έ Yuran: RM50 per sesi
🌐 Lokasi: Zoom

Bayangkan karya anda bukan sekadar dilindungi tetapi diterjemahkan dan dibaca oleh peminat dari seluruh dunia!

Tempat terhad, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang ini.

πŸ‘‰ Daftar segera di sini: https://bit.ly/rimaurightskongsi

Jangan tunggu lagi β€” lindungi, bangunkan dan kembangkan karya anda sekarang!

Ogos 2024Pengarah Urusan Rimau Rights, Azree Ariffin telah berkunjung ke pejabat Music Authors' Copyright Protection - M...
18/09/2024

Ogos 2024

Pengarah Urusan Rimau Rights, Azree Ariffin telah berkunjung ke pejabat Music Authors' Copyright Protection - MACP Berhad buat pertama kali, menemani team Pak Ngah Production dan Ardawalika Art.

Meskipun teras utama Rimau Rights Literary Agency adalah hak cipta karya sastera, tetapi kami juga boleh menguruskan hal ehwal hak cipta dalam karya muzik.

Meskipun prinsip perundangannya sama, tetapi secara praktisnya hak cipta bidang muzik lebih rumit berbanding bidang sastera kerana terdapat lebih banyak jenis hak.

Terima kasih kepada MACP yang sudi menyantuni kami dan semoga ikatan yang baik ini dapat dimanfaatkan demi menjaga hak karyawan dan kelestarian industri kreatif.

Rimau Rights telah dilantik untuk menyemak serta menguruskan kontrak penerbitan mewakili Puan Liza Shahida Ismail.Karya-...
06/09/2024

Rimau Rights telah dilantik untuk menyemak serta menguruskan kontrak penerbitan mewakili Puan Liza Shahida Ismail.

Karya-karya beliau yang diterbitkan oleh Aras Mega (M) Sdn. Bhd. telah mengisi ruang pameran reruai mereka ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.

Tuan/Puan yang mahu mendapatkan khidmat nasihat berkenaan hak cipta, pengurusan harta intelek, pelesenan karya dan peluang pengantarabangsaan karya ke pasaran luar negara, bolehlah hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Selamat Hari Kebangsaan ke-67, Malaysia.Happy 67th Independence Day, Malaysia.
31/08/2024

Selamat Hari Kebangsaan ke-67, Malaysia.

Happy 67th Independence Day, Malaysia.

Segmen Istilah | Terminology's SegmentLiterary Agency❌ Agensi Penulisanβœ… Agensi SasteraSumber | Source:Pusat Rujukan Per...
30/08/2024

Segmen Istilah | Terminology's Segment

Literary Agency
❌ Agensi Penulisan
βœ… Agensi Sastera

Sumber | Source:
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Address

Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13,
Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rimau Rights Literary Agency posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rimau Rights Literary Agency:

Share