
27/12/2024
Tak semua perkara yang kita rancang menjadi. Ada masanya kita akan rasa down dan hilang motivasi. Di saat itu, kita akan mencari pelbagai cara dan hala tuju untuk memberikan semangat kembali kepada kita.
Salah satunya ialah menerusi kata-kata semangat yang diberikan oleh kawan atau saudara mara kita.
Kata-kata motivasi ini sangat berkuasa apabila digunakan dengan betul. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita percaya, apa yang kita rasa semuanya bermula dan ditentukan oleh kita sendiri.
Hanya satu perkara yang anda ada kuasa sepenuhnya iaitu fikiran dan mindset anda. Dan inilah apa yang kata-kata semangat boleh bantu.