IZF Kitchen Resepi

IZF Kitchen Resepi BISNES | COOKING | HOBBIES
Daily Sharing Resepi

🔥Kalau Tahu nak masak apa , Jangan Follow 🔥

Phad Thai Udang👩‍🍳❤️Bahan-Bahan:1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus)6 bawang putih –...
18/03/2023

Phad Thai Udang👩‍🍳❤️

Bahan-Bahan:

1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus)
6 bawang putih – dicincang
1 keping tauhu – didadu dan digoreng
10 ekor udang segar
Daun bawang- dipotong panjang
1 mangkuk taugeh
2 biji telur – dipukul sedikit
3 sdb lobak masin – hiris kecil
Campuran Sos Phad Thai:

Air asam jawa
Gula melaka/gula perang
Sos ikan thai
Bahan dicampurkan semuanya agak-agak masin, masam dan manisnya seimbang.

Bahan Tabur:

Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
Chilie flaked & hirisan daun ketumbar/sup
Cara Menggoreng Phad Thai:

1. Tumis bawang putih hingga wangi, masuk udang dan masak seketika.

2. Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai gaul rata. Gaul rata.

3. Ketepikan phad thai, tuang telur kacau hingga telur masak garing setelah itu gaul semua rata.

4. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang phad thai goreng.

AYAM PANGGANG MADU JUICY NOXXABetullah x rugi beli noxxa ni.Macam-macam boleh buat. Yang malas pun tetiba jadi rajin😜😜.B...
17/03/2023

AYAM PANGGANG MADU JUICY NOXXA

Betullah x rugi beli noxxa ni.
Macam-macam boleh buat.
Yang malas pun tetiba jadi rajin😜😜.
Bahan perapan umi campak-campak yang ada kat rumah je. Umi nak try je jadi ke x, sebab 1st time nak buat, last-last menjadi lah.. Sedap sangat, tak cukup ayam sebelah makan 4 beranak😅.
Bahan perapan:
Ayam sebelah (1 ekor ayam belah 2)
Bawang besar 2 labu (umi s**a bawang lebih)
Bawang putih 4 ulas
Halia 1 inci
Sos tiram 2 sudu besar
Kicap manis 2 sudu besar
Madu 2 sudu besar
Serbuk cili
Lada hitam yang dikisar
Herba campuran
Garam secukup rasa.
First tekan butang meat & set masa 20 minit.
Lepas bunyi bip.. lepaskan pressure & tekan button stir fry sampai lah air kering.
Masa air nak kering ni, boleh lah balikkan ayam bahagian sebelah lagi tu supaya bahagian tu pun nampak kehitama-hitaman macam yang sebelah mula2 tadi tu.
Barulah menyelerakan nampak hitam-hitam kegaringan camtu kan😬.
Yang pasti memang juicy. Lembut sangat kemenjadian daging ayam tu.
Kena repeat lagi esok🤭.

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Mee Kari Chinese StyleBahan:Segengam cili kering - kisar utk sambal2 biji bwg besar - kisar3 ulas bwg putih - kisar2 bij...
17/03/2023

Mee Kari Chinese Style
Bahan:
Segengam cili kering - kisar utk sambal
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor
Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Sambal:-
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (s**atan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.

Kredit : Rasidah Abu Amin

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

ASAM REBUS DAGING TETELBAHAN-BAHAN:1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos3 keping asam gelugor3 helai daun salam2 b...
17/03/2023

ASAM REBUS DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
Seterusnya tambahkan air secukupnya.
Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.

Nak jimatkan masa kita Pressure Cooker kan aja semua bahan. 40 minit siap jimat gas and masa kita 😍

Kredit: Ibu Resepi

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Resepi Daging BriyaniBahan-Bahan:1 kg daging lembu/kambing, dipotong3 ulas bawang besar, dihiris nipis3 sudu besar minya...
16/03/2023

Resepi Daging Briyani

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair
Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis
Cara Penyediaan:
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

Tips: Nak jimat masa bagi daging tu cepat empuk bila pakai pressure cooker tau. Lepas dah STIR FRY semua bahan2 sampai naik minyak, masukkan daging dan tekan MEAT. Tunggu dia pressure 40 minit. Siap la daging briyani kita. 🥰

selamat mencuba ❤

p/s: Senang betul kalau ada periuk noxxa ni. PM saya untuk order segera 🥰

wasap.my/+60102284038/NoxxaPressure

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

PIzza Homemade bread maker noxxaBahan-Bahan dough500 gm teping high protin 5 sudu besar gula castor1 biji telur65 gm but...
16/03/2023

PIzza Homemade bread maker noxxa

Bahan-Bahan dough

500 gm teping high protin
5 sudu besar gula castor
1 biji telur
65 gm butter
2 sudu besar susu tepung
10 gm k fune
11 gm yeast
220 gm air sejuk

Bahan- Bahan toping

sos pasta 1 tin (prego cendawan )
sosej
chesee chedar
chesee mozarella
daging peporoni
cendawan butang
ayam mashrom (prego)
herbs
nenas
lada benggala

cara -cara
1.masuk kan air dan telur tadi
2.masuk kan bahan2 lain , gula , garam , susu tepung , butter , k fine , tepung high protine , last sekali yeast
3. masuk kan adunan dalan bread makker
4. tekan fungsi bread pilih fungsi dough
5. tekan start
6. biar kan sampai messin berbunyi
7.letak kan di atas pizza pan
8. lebar kan dough mengikut pizza pan (kalau nak nipis guna kan alat penggelek )
9. letak kan toping
10. sapu kan sos pasta
12.tabur kan cheass mozarella
13.tabur kan chess chedar
14. letak kan sosej , mashrom , daging paporoni
15. tabur kan nenas , lada benggala , dan herbs
16. masuk kan dalam oven
17. set kan suhu 180c selama 15 min
18. tekan Oven , tekan temp , pusing tombol 180c (untuk bread maker noxxa)
19 tekan time set kan 15 min

Tunggu siap , dah boleh makan sama sama
memang sedap boleh laa ajak kawan kawan datang rumah , jual pon boleh ni mudah jee buat untuk jiran jiran
boleh buat dengan anak anak. Lagi senang kalau ada Oven bread makker Noxxa ni

kalau berminat boleh Contact saya
wasap.my/+60102284038/breadmakermudah

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Nasi Ayam Penyet is done!!! Tu bukan nasi putih ye. Tapi nasi yang ada rasa macam nasi ayam. Biasa orang buat nasi putih...
15/03/2023

Nasi Ayam Penyet is done!!!

Tu bukan nasi putih ye. Tapi nasi yang ada rasa macam nasi ayam. Biasa orang buat nasi putih. Tapi kakak is xminat makan dengan nasi putih kalau buat nasi ayam penyet sebab rasa macam makan nasi putih berlauk pulak. Sambalnya pun kakak s**a blend halus. Sup pulak sup yang paling simple sekali tapi sedap. Selera setiap orang lain² ye. Jemput luncheon gaiss 🤗🤗. Siap dahhhh.. Ajomm layan drama thailand 🙈
*Nasi Ayam Penyet*
Bahan² Nasi:
Beras
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bawang putih-kisar halus
Halia-kisar halus
Daun pandan
Merjerin
Kiub ayam
Garam
Air rebusan ayam
Cara² Nasi:
1. Cairkan marjerin. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia dan daun pandan.
2. Masukkan kiub ayam. Kacau sebati.
3. Tuang kedalam periuk beras yang telah dicuci. Masukkan air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.
4. Tanak nasi seperti biasa.
Bahan² perapan ayam:
Ayam
Bawang putih-untuk rebus ayam(diketuk)
Halia-untuk rebus ayam(diketuk)
Kiub ayam-untuk rebus ayam
Serbuk jintan manis*
Serbuk jintan putih*
Serbuk ketumbar*
Serbuk lada putih*
Serbuk kunyit*
Bawang putih-untuk perap ayam(kisar halus)*
Halia-untuk perap ayam(kisar halus)*
Garam*
Cara² perapan ayam:
1. Rebus ayam bersama halia, bawang putih dan kiub ayam sehingga separuh masak.
2. Perap ayam bersama bahan bertanda *. Perap sehingga 2-3jam.
3. Selepas diperap bolehlah digoreng.
Bahan² sambal:
Cili besar merah*
Cili padi merah*
Bawang putih*
Bawang besar*
Tomato*
Belacan
Limau nipis
Ikan bilis
Garam
Gula
Aji
Cara² sambal:
1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan
2. Goreng bahan² bertanda * sehingga layu.
3. Kisar kesemua bahan² goreng tadi. Masukkan garam,gula,aji dan perahan air limau nipis. Kisar menggunakan minyak ganti sebagai air.
4. Selepas kisar, masukkan kedalam kuali dan masak seketika.
*Kalau xnak kisar, tumbuk pun boleh.
Bahan² sup:
Air rebusan ayam
Daun sup
Garam
Aji
Cara² sup:
1. Panaskan air rebusan ayam dan perasakan dengan garam dan aji. Tambah air jika perlu. Xperlu letak bawang putih dan halia sebab masa rebus tadi dah letak. Biarkan mendidih, tutup api dan taburkan daun sup. Siap!!!
Bahan² sampingan:
Kobis
Timun
Tomato
Kacang panjang(xde)
Tempe-goreng dengan kunyit dan sedikit garam
Tauhu-goreng dengan kunyit dan sedikit garam
***Tepung kriuk xbuat malas😂😂
Credit : Senz Ahmad

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

RESEPI SOTONG PHAT PHETBAHAN2BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiriBawang putihBawang ...
15/03/2023

RESEPI SOTONG PHAT PHET

BAHAN2
BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...
BAHAN B
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut
Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Cara- cara penyediaannya
-panaskan minyak, tumis bahan kisar dan mas**an serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
-kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...
-akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan
layu sedikit, pastu angkat...
- siap dan hidangkan dgn nasi panas
Selamat mencuba.
Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Pulut Berinti Ade spe s**a makan tak. Start buat jual kuih ni rm1 sebijik.Resepi copy dr masak apa hari ni je 😀Bahan-bah...
14/03/2023

Pulut Berinti

Ade spe s**a makan tak. Start buat jual kuih ni rm1 sebijik.
Resepi copy dr masak apa hari ni je 😀
Bahan-bahan:
4cwn beras pulut(rendam sejam)
2 cwn santan
1/2cwn air
Secubit garam (gaul semua dgn santan)
*Bahan inti kelapa *
Rm 3 kelapa parut
1 Nissan kerek
3 sudu gula merah
Sehelai daun pandan
1 sudu besar gula putih
Secubit garam
Cara membuatnya:
Kukus beras pulut selama 30 min letak skali santan dan garam.
Saya kukus sekaligus je malas nk bukak letak santan 😁
Setelah pulut masak, angkat. dan biar ia sejuk
Untuk inti kelapa masukkan gula pasir, nissan, gula merah, garam dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur.
Masukkan kelapa parut,daun pandan dan gaul hingga semua sebati. Kacau hingga agak kering. Biarkan ia sejuk.
Letakkan inti kelapa di atas pulut yang dia alaskan dgn daun pisang bentukkan inti bulat. ya..dh siap
Biasa buat malam insyaallah petang esok boleh makan lagi 😀

Kredit resepi : eda matt

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Kalau ikut betol2 resepi ni..memang cantik kejadiannya..TALAM LABU 🍓11/2 cawan labu(kukus n lenyek)🍓1cawan Tepung gandum...
14/03/2023

Kalau ikut betol2 resepi ni..memang cantik kejadiannya..

TALAM LABU

🍓11/2 cawan labu(kukus n lenyek)
🍓1cawan Tepung gandum
🍓1/2cawan Tepung Ubi
🍓1/2cawan Gula
🍓21/2 cawan Santan
🍓Sedikit garam
🍓Sedikit pewarna kuning
🌲Blander semua bahan n kacau atas API kecil sehingga Naik wap(biar sikit kental)
🌲Kukus 20 minit

🍓3cawan Santan
🍓1/2 cawan Tepung gandum
🍓1/2cawan Tepung beras
🍓3sudu makan Gula
🍓Sedikit garam
🌲Blander semua bahan n kacau atas API kecil sehingga Naik wap(jgn sampai berketul)
🌲Sebelum nk kukus bahagian atas....ambil garpu lorekkan ckit bahagian bawah
🌲Kukus 20 minit juga ya
Kredit resepi-Tuan Empunya Resepi

Airtangan dan foto- Eniza M. Salim

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Pulut Kuning════•❁🌸⚘🌼❁•════ResepiRendangDaging1/2 kilo daging*Bawang besar 3biji*Bawang putih 3ulas*Halia 1 inci*Lengkua...
14/03/2023

Pulut Kuning
════•❁🌸⚘🌼❁•════

ResepiRendangDaging
1/2 kilo daging
*Bawang besar 3biji
*Bawang putih 3ulas
*Halia 1 inci
*Lengkuas besar ibu jari tangan dewasa.
*Cili mesin 3sudu makan
Gula merah 2sudu makan
Kerisik 2sudu makan
Santan 1 biji kelapa

-Blander bahan2 yg bertanda *
-masukkan dalam kuali bahan yang diblender dan letakkan bunga lawang 1 kuntum dan kulit kayu manis.
-masukkan daging biar mendidih sekejap terus masukkan santan. Gula merah dan kerisik.
-slow api.. biarkan selama sejam.. sehingga daging empuk.
-dah empuk daging baru lah masukkan perasa gula dan garam.
;) selamat mencuba..

ResepiPulutKuning

Bahan-bahan:
Rendam beras pulut malam kalau nak masak pagi.. sekurang2nya 6jam.. rendam.
500g beras pulut
1 sudu kecil kunyit
1biji santan dari kelapa parut.
garam secukup rasa

Cara-cara:
Rendam pulut yang dengan kunyit semalaman. Sekurang2nya 6 jam.
Toskan pulut (buang airnya).
Panaskan periuk kukus15minit dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
Masak santan bersama gula dan garam bagi mendidih kejap. JANGAN SAMPAI PECAH MINYAK.
Masuk santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap.
Setelah sebati.. kukus kan sekali lagi selama 5minit jer. untuk elakkan pulut menjdi cepat basi .
Taraaa.... siapp...

credit : Syazwana Adnan‎

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

AYAM MASAK MERAH KENDURIBAHAN-BAHAN:1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing...
14/03/2023

AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
CARA MASAK:
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siap!

Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato 😋😋😋

Pelbagai lagi Resepi-resepi menarik & idea masakkan yang korang boleh dapat di Group Resepi IZF Kitchen tauu. Tekan link ni untuk join group 🥰

https://chat.whatsapp.com/DEvLcKi7cJPIP5ucfN5JCo

Address

Kota Kemuning
Shah Alam
40460

Telephone

+60103425996

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IZF Kitchen Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share