27/08/2026
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Bismillah. Dengan penuh rasa kesyukuran, kami ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mengaminkan doa sempena keberangkatan wira dan wirawati kita ke Temasya Sukan Para Sukma 2026 di Selangor.
Majlis Doa Selamat ini diadakan bertujuan untuk memohon restu ke hadrat Illahi agar dipermudahkan segala urusan atlet-atlet kita, dikurniakan kesihatan yang baik, serta dilindungi daripada sebarang kecederaan sepanjang kejohanan berlangsung. Kami juga berdoa agar kontinjen kita beroleh kekuatan dan semangat juang yang tinggi untuk memburu kejayaan.
๐ Tarikh: 23 Ogos 2026
๐ Tujuan Utama: Memohon keberkatan & keselamatan kontinjen ke Para Sukma 2026 Selangor.
Kami dengan rasa rendah diri memohon doa daripada anda semua, di mana jua anda berada. Doakanlah agar kami berjaya membawa pulang pingat-pingat kejuaraan dan mengharumkan nama Selangor! Usaha dan sokongan anda amat bermakna buat kami.
Jawatankuasa penganjur turut berbesar hati mengumumkan kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang akan bersama-sama mengimarahkan majlis ini:
๐ Tuan Hj Royani Nazir Masjid Al Faizin
๐ Tuan Hj Wahab Presiden Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Alam Megah Seksyen 28
๐ Tuan Hj Wan Shaharudin Ahli Majlis MPP Zon 10 Shah Alam
Terima kasih atas segala titipan doa dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita semua. Amin Yarabbalalamin.
Ayuh, kita bersatu hati menyokong atlet-atlet luar biasa kita!