27/08/2026
Salam Maulidur Rasul ï·º | 1448H
Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kami telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ï·º sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada Baginda.
Majlis turut diserikan dengan bacaan Qasidah Burdah al-Busiri serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dalam suasana penuh keberkatan dan penghayatan.
Turut menyampaikan ceramah pada majlis ini ialah:
Ustaz Abdullah Zawawi bin Mohd Zawawi
Pensyarah Sambilan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Calon PhD UIAM – Usuluddin dan Perbandingan Agama
Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan dapat menjadi inspirasi untuk kita terus meneladani akhlak, kepimpinan, amanah dan nilai murni yang dibawa oleh Rasulullah SAW, serta menerapkannya dalam kehidupan dan budaya organisasi.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
CorporateValues UIAM