08/11/2025
Menarik melihat bagaimana ramai creator baru tiba-tiba naik dalam masa singkat. Bukan kerana mereka memiliki peralatan mahal, bukan kerana mereka sudah terkenal, tetapi kerana mereka berani menjadi diri sendiri, kreatif yang lebih dekat dengan penonton . Dalam dunia yang penuh dengan content yang dibuat untuk kelihatan sempurna, kejujuran menjadi satu “nafas segar” yang penonton rindukan.
Creator baru ini tidak berpura-pura menjadi orang lain. Mereka tidak memaksa gaya, tidak dibuat-buat, dan tidak cuba jadi versi ‘viral’ yang dipaksa. Apa yang mereka buat hanyalah berkongsi kehidupan, pendapat, pengalaman dan rutin harian dengan gaya yang real, santai dan apa adanya. Dan menariknya, penonton lebih cepat melekat dengan vibe begitu, vibe yang terasa macam kawan sendiri.
Inilah trend baru dalam dunia content:
Penonton mahu tengok content yang ada rasa, bukan sekadar cantik. Mereka mahukan suara yang jujur, bukan sekadar skrip marketing. Mereka mahu personaliti, bukan produksi berlebihan. Dan creator baru yang berani menjadi diri sendiri inilah yang akhirnya mengumpul komuniti yang kuat, walaupun bermula dari angka kosong.
Kadang-kadang, video yang spontan, tak plan pun, lebih kuat impaknya daripada video yang dirancang berjam-jam. Sebab realness itu ada magnet tersendiri. Bila penonton rasa “aku pun macam tu”, connection itu jadi lebih dalam. Dan connection itulah yang membuatkan creator kecil berkembang lebih cepat daripada yang kita sangkakan.
Dan ini baru permulaan. Dunia content sedang berubah ke arah yang lebih rapat dengan penonton , tempat di mana kejujuran, personaliti dan pengalaman sebenar lebih dihargai daripada kesempurnaan cerita palsu.