05/06/2026
Ramai orang berani jadi “keyboard warrior” di media sosial kerana mereka bersembunyi di sebalik skrin.
Mereka masuk ke content dan live orang lain semata-mata untuk mengutuk, mencaci, memperlekeh, membuli dan menjatuhkan orang.
Lebih membimbangkan ada yang menggunakan alasan “menegur” atau menunggang nama agama untuk menghalalkan sikap keji dan tidak beradab mereka.
Teguran yang baik ada adab, hikmah dan kasih sayang.
Menghina, memalukan, memaki hamun, memperlekeh dan menghakimi orang lain di khalayak ramai bukanlah teguran. Itu adalah buli.
Ada juga yang marah apabila mesej peribadi / dm tidak baik mereka tidak dibalas, tidak follow back, atau tidak mendapat perhatian yang mereka mahukan.
Mereka merasakan diri mereka berhak ke atas masa, tenaga dan perhatian orang lain. Hakikatnya, tiada siapa berhutang untuk balas kepada sesiapa di media sosial apatah lagi kalau dari fake account atau orang yang berkata jahat.
Ironinya, ramai akaun yang paling lantang menghukum orang lain adalah akaun palsu/fake account.
Profile kosong, samaran.
Tiada identiti sebenar.
Ruangan komen ditutup.
Tidak berani menunjukkan diri.
Tetapi sangat berani menghukum kehidupan orang lain.
Kadangkala apabila kita melihat profil mereka dengan lebih dekat, apa yang mereka kritik pada orang lain sebenarnya lebih banyak terdapat pada diri mereka sendiri.
Ini bukan tentang agama atau kebenaran.
Ini tentang ego, kemarahan, hasad dengki dan keinginan untuk merasa lebih baik daripada orang lain daripada mereka yang s**akan cyberbullying.
Mereka s**a mengira dosa dan pahala orang lain.
Mereka s**a menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.
Mereka s**a mengambil alih kerja yang bukan milik mereka.
Sedangkan manusia hanya mampu menilai zahir. Allah sahaja yang mengetahui isi hati seseorang.
Orang seperti ini biasanya s**ar melihat kebaikan. Seperti lalat yang hanya mencari luka dan sampah walaupun berada di taman yang penuh bunga.
Mata mereka mencari kesalahan. Fikiran mereka mencari keburukan. Jari mereka mencari ruang untuk menghina.
Cont’ in comment🔽