30/08/2026
Ramai owner bisnes bangga apabila berjaya jimat RM100.
Tetapi tidak sedar, untuk menjimatkan RM100 itu mereka mungkin sudah membazir masa RM1,000.
Kita cari pekerja paling murah.
Kita cari orang buat marketing paling murah.
Kita cuba buat sendiri kerja yang sebenarnya kita tidak mahir.
Kita sanggup habiskan berjam-jam semata-mata kerana tidak mahu membayar orang yang boleh menyelesaikannya dalam masa 30 minit.
Nampak macam berjimat.
Tetapi adakah bisnes benar-benar untung?
Dalam bisnes, soalan yang lebih penting bukan:
“Macam mana aku boleh bayar lebih murah?”
Tetapi:
“Kalau aku keluarkan RM1 ini, berapa banyak nilai, masa atau keuntungan yang boleh aku dapat semula?”
Ada masa, membayar orang RM1,000 sebenarnya lebih murah daripada membayar orang RM300.
Ada masa, membayar RM20 untuk valet lebih berbaloi daripada menghabiskan 40 minit mencari parking.
Dan ada masa, mengeluarkan lebih banyak duit untuk marketing sebenarnya keputusan yang lebih baik daripada sibuk mencari marketing percuma.
Sebab matlamat kita berniaga bukan untuk menjadi orang yang paling pandai berjimat.
Matlamat kita ialah membina bisnes yang menghasilkan keuntungan.
Saya tulis lebih lanjut tentang perbezaan besar antara “mentaliti berjimat” dengan “mentaliti membuat untung” dalam artikel ini.
Baca sampai habis sebelum membuat keputusan untuk memilih sesuatu hanya kerana ia lebih murah.
Sambung baca di sini 👇👇
Dalam bisnes, murah tidak semestinya lebih menjimatkan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengurangkan kos sehingga tidak sedar kita sedang membazir masa, menurunkan kualiti kerja dan melepaskan peluang untuk membuat lebih banyak untung.