Pablo Picasso

Pablo Picasso Menyajikan isu semasa yang hangat dalam dan luar negara.

Serius, sebak sangat baca tragedi kemalangan bas UPSI yang mengorbankan 15 bakal guru.Dan ini pun bukan kali pertama.Mal...
10/06/2025

Serius, sebak sangat baca tragedi kemalangan bas UPSI yang mengorbankan 15 bakal guru.

Dan ini pun bukan kali pertama.

Malah kemalangan yang melibatkan bas dan lori, dah macam terlalu biasa sangat dengar.

Tapi pernah dengar tak lori tangki minyak terbakar, terbalik, rempuh orang ramai?

Jarang.
Sangat jarang.

Pelik, kan?

Nama pun lori minyak. Isi dalam dia tu minyak. Meletup tu confirm. Tapi kenapa dia antara kenderaan paling selamat atas jalan?

Jawapannya:

Bukan sebab dia hebat.
Tapi sebab dia sangat patuh.


Saya pernah kerja dalam industri minyak & gas.
Dan saya tahu betapa gila ketatnya peraturan untuk lori minyak, lebih-lebih lagi yang bawah Petronas.

Dalam Petronas, kita tak guna slogan “Safety First”.

Yang kita guna:

“ZETO Rules – Zero Tolerance to Unsafe Acts.”
“Matlamat: Zero Accident. Zero Incident.”

Dan untuk pastikan matlamat ni tercapai,
setiap lori minyak wajib ikut syarat macam ni:

1. Had laju max 80km/j – tak boleh lebih.

Lori tu dah diset kat sistem enjin, tekan habis pun tak lepas 80km/j. Bukan ikut s**a pemandu. Ini enjin disekat demi nyawa.

2. Ada GPS + Speed Monitoring real-time

HQ boleh nampak live kat mana lori tu,
berapa laju dia jalan, berapa kali dia berhenti, ikut laluan ke tak.

3. Wajib ikut laluan yang ditetapkan

Tak boleh redah shortcut, ikut s**a.
Laluan ditentukan khas yang paling selamat & dikaji oleh team HSE (Health, Safety & Environment).

4. Wajib ada Second Driver (untuk jarak jauh)

Kalau melepasi masa/laluan tertentu, kena dua pemandu. Tak boleh bagi pemandu mengantuk. Setiap pemandu ada had jam memandu yang ketat.

5. Inspeksi harian – sebelum & selepas jalan

Bukan check angin tayar je.
Kena check brake, valve tangki, tekanan, kebocoran, panel control, fire extinguisher. Semua direkod.

6. Semua pemandu wajib ada lesen & latihan khas

Tak semua orang boleh pandu lori minyak.
Kena lalui kursus, latihan teori & praktikal.
Dan mereka akan disenarai hitam seumur hidup kalau langgar ZETO.


Bila tengok semua ni, saya selalu tertanya…

Kalau lori paling bahaya pun boleh jadi paling selamat, Kenapa bas yang bawa anak-anak kita masih jadi kenderaan paling berisiko?

Kita tak perlu tunggu tragedi untuk bertindak.
Kita cuma perlu hormat nyawa sama macam kita hormat minyak.

Keselamatan bukan isu bajet.
Tapi isu mindset.

Dan kalau Petronas yang bawa minyak ni boleh tanam budaya safety dalam sampai ke akar, takkan pengangkutan awam yang bawa puluhan nyawa ni tak boleh.

BossF
Ex-engineer Petronas,
Yang pernah kena marah sebab parking luar garisan. Tapi itu lah budaya yang selamatkan nyawa.

Credit: FB Broz Ray

Dah 30 Tahun Tak Pernah Rugi, Cash RM500 Juta. Ini Game Padini!Seronok plak baca cerita tentang PADINI ni.  Padini ni sy...
08/06/2025

Dah 30 Tahun Tak Pernah Rugi, Cash RM500 Juta. Ini Game Padini!

Seronok plak baca cerita tentang PADINI ni.

Padini ni syarikat fesyen tempatan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1970-an. Ingatkan syarikat lyar yang masuk Malaysia.

Bermula sebagai syarikat kecil yang jual pakaian wanita, Padini kini berkembang menjadi salah satu pemain utama industri fesyen negara.

Beribu pejabat di Shah Alam, Selangor, Padini Holdings Berhad kini memiliki beberapa jenama di bawah naungannya seperti Padini, Vincci, Seed, PDI, Miki, dan Brands Outlet.

Mereka juga tersenarai di Bursa Malaysia, membuktikan kredibiliti dan kekuatan jenama ini dalam dunia perniagaan.

Salah satu kekuatan Padini adalah konsep gedung Padini Concept Store, satu tempat yang menggabungkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

Ini bukan saja menjimatkan kos pengurusan, malah memberikan pengalaman beli-belah yang lebih mudah dan menarik untuk pelanggan.

Mereka tidak hanya fokus kepada jualan, tetapi juga menjaga strategi jenama jangka panjang dan struktur bisnes yang kukuh.

Bila sebut jenama PADINI, mesti ramai rakyat Malaysia kenal.

Tapi tak ramai tahu, disebalik jenama yang nampak biasa-biasa ni, sebenarnya ada kisah luar biasa.

Padini adalah antara jenama tempatan yang sangat konsisten dalam prestasi kewangan. Bukan setakat survive, malah terus kukuh berdiri selama lebih 30 tahun.

Menurut data kewangan, Padini simpan lebih RM500 juta dalam bentuk cash reserve.

Ini bermakna kalau mereka tak jual apa-apa sekalipun selama beberapa bulan, mereka masih boleh ‘hidup’.

Ini bukan kejayaan yang berlaku sekelip mata. Ia datang dari strategi yang penuh disiplin bukan strategi “jualan murah gila-gila setiap minggu” seperti yang banyak kita lihat di pasaran hari ini.

Apa yang membezakan Padini dengan banyak brand lain?

Mereka main long game. Mereka tak kejar ‘viral’ semata, tapi mereka kejar sustainability.

Padini memiliki kawalan penuh terhadap rantaian bisnes mereka, dari rekaan, pembuatan, sehingga ke pengedaran dan penjualan di kedai konsep mereka sendiri (Padini Concept Store).

Mereka juga tidak terlalu bergantung kepada iklan besar-besaran atau selebriti. Yang mereka jaga adalah kualiti, konsistensi, dan pengalaman pelanggan di kedai.

Walaupun ekonomi jatuh, walaupun pandemik melanda, Padini tetap mencatat keuntungan.

Ini membuktikan bahawa kekuatan sebenar sesuatu bisnes bukan datang daripada jualan satu musim yang meletup, tapi dari kemampuan untuk bertahan dalam tempoh yang panjang dengan asas kewangan dan operasi yang kukuh.

Apa yang SME boleh belajar dari cerita PADINI ni?

Jangan terlalu obses nak jadi cepat viral sampai lupa bina asas bisnes.

Simpan tunai, jangan boros. Urus kos, bukan sekadar kejar jualan.

Kawal sendiri sebanyak mungkin proses penting dalam bisnes daripada pengeluaran ke jualan.

Dan yang paling penting, bina jenama yang kuat dan dipercayai bukan sekadar laku semasa musim raya.

PADINI mungkin tak trending setiap minggu, tapi mereka tetap kekal, dan tetap untung setiap bulan.

Itu lebih penting.


Share posting ini untuk ramai yang boleh belajar strategi PADINI.


Credit: Kakcida

05/06/2025

Bila dah berusia ni hal hal remeh malas nak bawak bergaduh. Kalau orang kata 1+1=10 pon aku iyakan je. Janji benda tu tak jadi rumit😂😂

Buat semua yg selalu shopping online tu hati-hati la ye sebab sekarang ni banyak scammer guna taktik COD. Sedangkan kita...
23/05/2025

Buat semua yg selalu shopping online tu hati-hati la ye sebab sekarang ni banyak scammer guna taktik COD. Sedangkan kita tak order pon barang tu. KEEP ALERT‼️

With Asyraf Arif – I just got recognised as one of their top fans! 🎉
22/05/2025

With Asyraf Arif – I just got recognised as one of their top fans! 🎉

Sapo ore klate mesti tau mano nok cari kacang kacang gini kea? 😄
21/05/2025

Sapo ore klate mesti tau mano nok cari kacang kacang gini kea? 😄

19/05/2025

I want to give a huge shout-out to my top Stars senders. Thank you for all the support!

Arab masih tak reti kata NO kepada Amerika walaupun mereka negara kaya raya. Negara-negara Afrika p**a semakin berani me...
19/05/2025

Arab masih tak reti kata NO kepada Amerika walaupun mereka negara kaya raya. Negara-negara Afrika p**a semakin berani mengatakan NO kepada Amerika dan Barat, mengikut jejak Burkina Faso.

Burkina Faso sedang melakukan revolusi memerdekakan negara mereka sepenuhnya daripada menjadi puppet dan feeder kepada Barat. Sebagai balasannya, Presiden interim Ibrahim Traore mendepani lebih 20 kali cubaan bunuh. Hari ini Tentera Burkina Faso terpaksa berdepan dengan ancaman pengganas dalam negara yang tiba-tiba menjadi kuat dan didanai oleh sesuatu yang ironi.

Benda ancaman pengganas dan pemberontak yang ditaja anasir luar inilah yang pemimpin-pemimpin Arab takut untuk berdepan. Mereka tidak mahu zon selesa dan mewah mereka diganggu jika berkata NO kepada kuasa Amerika dan Barat.

18/05/2025

Hi everyone! 🌟 You can support me by sending Stars – they help me earn money to keep making content that you love.

Whenever you see the Stars icon, you can send me Stars.

17/05/2025

Address

Shah Alam

Telephone

+60194465056

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pablo Picasso posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pablo Picasso:

Share