
17/11/2022
"Perluncuran Manifesto"
Ini Lah Akujanji Saya .
Saya telah merangka 7 Agenda Pembaharuan Shah Alam yang mana saya telah bentangkan secara terbuka pada sidang media saya malam tadi.
Terima Kasih kepada rakan-rakan media yang hadir.
Agenda pembaharuan Shah Alam ini adalah berdasarkan kepada "Leadership You Can Trust" . Kita perlu ingat , kita harus berikan didikan yang terbaik untuk anak-anak P.108 Parlimen Shah Alam.
7 Agenda Pembaharuan P.108 Parlimen Shah Alam :-
1) Shah Alam Wibawa
2) Shah Alam Makmur
3) Shah Alam Berdaulat
4) Shah Alam Bertamadun
5) Shah Alam Moden
6) Shah Alam Lestari
7) Shah Alam Sejahtera.
11 hari saya telah berkempen di persekitaran Parlimen P.108 Shah Alam dengan bertemu seberapa ramai warga Shah Alam. Menjadi seorang wakil rakyat bukan hanya menjadi seorang yang membuat janji-janji manis kepada rakyat semata-mata.
Setiap kata-kata yang dinyatakan kepada rakyat Shah Alam haruslah mempunyai plan tindakan yang mantap untuk dilaksanakan. Bukan hanya sekadar janji manis dan selepas menang serta mendapat mandat dari rakyat , terus hilang dan tak nampak muka langsung.
Pemikiran secara luar kotak ini lah kunci yang cuba saya amalkan sepanjang saya menjalani proses sebagai seorang peguam dan saya ingin melakukan perubahan landskap kehidupan baharu untuk rakyat Shah Alam.