Dd Chronicle

Dd Chronicle Minyak Wangi KTIA’ untuk lelaki dan wanita RM10/botol 10ml pelbagai wangian antarabangsa. Dapatkan: https://vt.tiktok.com/ZSHom1Qc6TWCp-j4XIG/

No additional info. I'm simplest person in the world of disney.

05/09/2026

Video ini adaptasi dari kisah benar tanpa berniat mengulas kisah itu. Hehee

Like komen share dan follow gais~

03/09/2026

JUMAAT. Dpt info SRITI Ar Rahim Ledang Johor sedang mencari 700 org yg boleh infak hanya RM 10 untuk bina bangunan baru sekolah. Sama2 kita bantu, sumbang direct terus👇

01/09/2026

Jangan lepas ni ada kenyataan cakap hanya 1% pengguna guna lebih 600kwj sebulan macam petrol hari tu. Haha

Like komen share dan follow gais~

29/08/2026

Video ini mengandungi pendapat individu yang sederhana. Tidak mempertikai keputusan mahkamah tapi pertikai perangai segelintir manusia sebelum keputusan dibuat.

Like komen share dan follow gais~

Boleh tak jumaat ni, aku nak cerita sikit pasal seorang adik ni. aku dengar satu kisah, jujur aku cakap, dada aku rasa l...
28/08/2026

Boleh tak jumaat ni, aku nak cerita sikit pasal seorang adik ni.

aku dengar satu kisah, jujur aku cakap, dada aku rasa lain sikit.

Pasal seorang adik ni. Nama dia Aziana.

Kalau kau jumpa gambar dia sekarang, kau takkan sangka, dulu dia budak normal.
lari, main, gelak macam budak lain.

Umur 21 tahun.

Satu hari tembok rumah lama runtuh. Jatuh atas badan dia. Sejak hari tu, hidup dia tak pernah sama.

Tulang belakang patah.

Masuk paru-paru.

Buah pinggang rosak.

Saluran kencing rosak.

Dan yang paling berat, dia lumpuh dari pusat ke kaki. Sejak tu, dunia dia banyak atas katil.

Buah pinggang rosak, lepas tu datang kencing manis. Bila ada kencing manis, kaki p**a bengkak. Bila lama terlantar, belakang badan luka.

Luka backsore.

Luka yang bukan seminggu dua. Luka yang kene cuci, hari-hari.

Kau bayang, hari kita penat sebab kerja. dia penat sebab tahan sakit.

Hari kita stress sebab duit. dia stress sebab nak tidur pun sakit.

Doktor sahkan dia bukan sekadar OKU. Dia juga terminal illness.

Bahasa senang, ni bukan lagi cerita “nak sembuh”. ni cerita “nak bertahan”.

Yang jaga dia, mak dia. Mak dia kerja pembantu kedai makan ja. Pagi keluar kerja. Balik rumah lap badan anak.

Cuci luka.

Tukar pampers.

Bagi makan.

Teman anak baring.

Bantuan JKM tu lah yang dia ada untuk beli pampers, ubat cuci luka, barang keperluan Aziana.

Tak ada simpanan. Tak ada cerita sedap. Hari ni cukup, dia syukur. Esok macam mana, dia serah.

Aku bila dengar part ni ja, terus aku diam. Sebab kadang kita mengeluh hidup kita berat.

Tapi adik ni, berat dia, badan sendiri.

Kalau hari ni kau boleh bangun pergi dapur, itu nikmat. Kalau hari ni kau boleh tidur mengiring tanpa rasa sakit, itu nikmat.

Kalau hari ni kau boleh sujud, itu nikmat besar.

Dan mungkin hari ni Allah bagi kita jumpa kisah ni, sebab Allah nak uji

Hati kita.

Kalau tergerak nak tolong, mak dia
perlukan pampers , ubat cuci luka dan susu untuk Aziana.

014-314 8891- Fatimah Binti Hashim (Ibu)
02300-29000-588382 ( Fatimah Hashim )
Bank Simpanan Nasional ( BSN )

Alamat

F315 Kg Bakar Bata, Pinang Tunggal,
08000 Sungai Petani.

Kalau tak mampu hulur , jom kita doa bersama-sama, semoga asbab doa kita semua sakit adik ni diringankan

Ya Allah

Engkau yang menciptakan tubuh ini, Engkau juga yang lebih tahu setiap sakit yang dia tanggung.

Ya Allah

kami serahkan adik Aziana sepenuhnya dalam rahmat-Mu.

Jika sakit ini ujian, jadikan ia penghapus dosa.

Jika sakit ini berat, ringankanlah dengan kasih sayang-Mu.

Jika sakit ini panjang, pendekkanlah ia dengan sabar dan husnul khatimah.

Ya Allah

Sentuhlah tubuh adik Aziana dengan penyembuhan dari sisi-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sakit dan tidak meninggalkan derita.

Kuatkanlah jantungnya.

Tenangkanlah nafasnya.

Ringankanlah setiap denyut yang menyakitkan.

Ya Allah,

Kurniakanlah ketenangan dalam hatinya,
dan jadikan setiap hela nafasnya zikir yang Engkau terima.

Ya Allah,

kau peliharalah mak yang menjaganya. Kuatkan tubuhnya.

Lapangkan dadanya.

Cukupkan rezekinya.

Dan gantikan setiap air mata dengan rahmat dan pertolongan-Mu.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Kredit : khairul johari

27/08/2026

JUMAAT. Tertunggak. Mencari 400 org yg mampu sumbang RM 10 utk support bil letrik & air Sek Ren Islam Integrasi Abqariy (Stariy) KL. Boleh bantu terus kpd mereka👇🏻

26/08/2026

General discussion. No harm. Rasa tak buat steady je, jangan bodohkan diri.

Like komen share dan follow gais~

25/08/2026

MAULIDUR RASUL. Dapat info Pondok Warga Emas At Taklimiah sedang cari 700 org yg boleh sedekah RM 10 untuk bina masjid baru. Pakat sama2 kita bantu sumbang direct kpd mereka. 👇🏻

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa...
24/08/2026

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa aku tekan Shopee Live. Tak pernah-pernah aku buka benda ni.

Malam tadi p**a jadi.

Scroll punya scroll, jari aku berhenti dekat satu live.

View dia dua orang.

Seorang abang tengah jual muruku.

Setup dia simple gila. Meja lipat. Plastik muruku. Lampu pun malap-malap. Nama dia Apis.

Aku pun masuk la live dia. Bukan sebab nak beli. Saja nak borak. Kesian member live sorang-sorang.

Lelaki kan, nampak sunyi, kita temankan. Biar ada suara.

Aku buat lawak sikit. Nak bagi dia gelak.
Dia senyum, tapi mata dia penat.

Aku tanya

“Abang selalu live ke?”

Dia jawab

“Setiap malam lepas Isyak.”

Aku tanya lagi

“Kenapa rajin sangat live malam-malam ni?”

Dan dekat situ, aku rasa menyesal p**a aku tanya dia. Dari aku nak gelak terus emosi aku berubah

Dia cerita pasal hidup dia. Pasal keluarga dia.
Pasal dia asnaf. Siap tunjuk surat dari jabatan agama.

Dia cerita pasal satu fasa hidup dia jaga ibu yang sakit. Isteri dia p**a jaga ayah dia yang dementia.

Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.

Anak-anak?

Tiga orang anak perempuan. Ikut berniaga sana sini. Tak rasa sekolah macam anak kita rasa.

Dia cakap simpanan dah habis. Hidup diorang sekarang, hari ni cari, hari ni makan. Dia berniaga kat kaki lima.

Kadang depan Pertama kompleks. Kadang area Sogo.

Jual apa yang ada.

Muruku. Serunding. Kurma. Kekacang.
Harga semua bawah RM10.

Waktu dia tengah cerita tu, suara dia lain macam. Dan bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.

Dia cepat-cepat lap. Tapi aku dah nampak. Siot betul lah jatuh aku punya ego kelakian aku

Aku tak tunggu lama. Aku tekan beli 5 muruku.

Bila bunyi “ting” masuk, terus muka dia berubah. Senyum dia keluar. Betul-betul senyum.

Tapi wei, yang paling buat aku terdiam, bukan kisah susah dia.

Aku paling respek bini dia.

Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Susah cari pasangan masa susah.

Mana kau nak cari isteri yang sanggup duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah yang hilang ingatan, sambil besarkan tiga orang anak kecil.

Dan untuk dia sebagai lelaki, aku angkat tangan.

Bukan semua orang sanggup ubah hidup dia semata-mata sebab tanggungjawab. Bukan semua orang sanggup kecilkan dunia dia sebab orang lain.

Nabi ﷺ ada cakap, sebaik-baik manusia adalah yang paling baik pada keluarganya.

Malam tu aku rasa, dia bukan tengah jual muruku.

Dia tengah buat ibadah.

Wei

Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila, tapi hasil macam tak sampai

Ingat benda ni.

Kat luar sana ada satu keluarga asnaf, yang tiap-tiap hari bentang meja kat kaki lima. Bawa isteri. Bawa anak.

Tak ada gaji.

Tak ada cuti.

Tak ada siapa tepuk tangan.

Tapi diorang tak berhenti. Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup.

Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin malam tu kosong.

Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang masih sebut harga sambil simpan harap pada langit.

Allah sendiri janji

“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.”

Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan dalam bentuk duit. Tapi dalam bentuk hati yang tak pernah putus asa.

Bila aku tutup live malam tu, aku bukan rasa kasihan pada dia.

Aku rasa malu pada diri.

Malu sebab banyak nikmat aku anggap biasa.
Malu sebab aku selalu kata aku dah cukup usaha.

Sedangkan kat luar sana ada orang yang usaha dia tak pernah ada OFF.

Wei

Kalau malam ni kau tidur atas tilam, mak ayah kau ada atau pernah kau rasa kasih dia,
anak-anak kau lena, dan pasangan kau ada dekat sebelah

Demi Allah, kau bukan orang biasa. kau orang yang sangat-sangat kaya.

Sebelum kau pejam mata malam ni, cuba cakap sikit dalam hati

“Ya Allah, terima kasih. Ampunkan aku, sebab selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”

Bila aku tutup Shopee Live malam tu, aku tak terus letak telefon.

Aku baring, skrin gelap. Tapi dada aku tak.

Entah kenapa, muka anak-anak dia tak keluar dari kepala aku. Tiga budak perempuan kecil, yang umur dia sepatutnya bangun pagi pakai baju sekolah, bukan bangun pasang meja lipat.

Aku terbayang anak aku sendiri. Tidur atas tilam.

Kipas pusing.

Perut kenyang.

Esok pagi bangun, ada beg sekolah.

Dan tiba-tiba dada aku rasa sempit. Sebab kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia,
selain,

“Esok kita cuba lagi.”

Aku teringat muka dia bila dia lap air mata. Cara dia cepat-cepat senyum lepas tu, macam lelaki yang minta maaf sebab hampir runtuh depan orang.

Wei, ada jenis penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang jaga orang.

Penat orang berharap.

Dia live tiap-tiap malam lepas Isyak. Bukan sebab dia rajin sangat. Tapi sebab malam je masa yang dia ada untuk minta pada dunia.

Dan kita

Kadang-kadang rasa Allah lambat bagi. Padahal kita minta dalam keadaan kenyang.

Dalam keadaan selamat.

Dalam keadaan ada tempat nak balik.

Dia minta, dalam keadaan tangan kosong, dengan tiga pasang mata kecil yang bergantung pada dia.

Aku rasa sebak bila teringat isteri dia. Sebab bukan semua perempuan kuat untuk hidup yang tak ada “cuti dari susah”.

Tak ada weekend.

Tak ada honeymoon.

Tak ada “nanti bila senang”.

Yang ada cuma

“tak apa, aku ada.”

Dan aku rasa lebih sebak bila teringat diri aku sendiri. Berapa banyak nikmat yang aku dah pijak tanpa sedar.

Berapa banyak doa orang susah yang mungkin Allah makbulkan, dengan beri aku hidup yang aku selalu anggap biasa.

Wei

Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau telefon mak ayah kau dan dia jawab, atau kau baring dengan perut kenyang tanpa fikir esok ada makan ke tak

Jangan terus tidur.

Sebut nama Allah perlahan. Dan cakap dalam hati,

“Ya Allah, aku minta maaf. Selama ni aku terlalu bising mengadu, sampai aku tak dengar betapa banyaknya nikmat yang sedang menjerit dalam hidup aku.”

Malam tu aku tidur dengan satu doa yang aku jarang sebut.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang hanya kenal nikmat lepas Kau uji aku kehilangannya.”

Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.

Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.

(Kredit Penulisan : FB Khairul Johari)

PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Setiap sumbangan anda sangat bermakna. Link Shopee dan maklumat bank ada di ruangan komen ya.

24/08/2026

Kalau dia tau puak dia ada buat lelong memorabilia, tak mungkin dia sendakan tongkat Tuan Guru. Pasal barang yang dilelong lagi kelakar kalau disendakan.

Memorabilia ialah barangan kenangan atau cenderahati yang dikumpul kerana mempunyai nilai sejarah, sentimental, atau kaitan dengan orang terkenal dan peristiwa penting.

Tiada fakta dalam video ni. Kalau “ter” ada sila rujuk lagi ditempat lain.

Like komen share dan subscribe gais~

Address

Jalan
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126045437

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dd Chronicle posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dd Chronicle:

Shortcuts

Share