PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Pumsel Selain itu, jawankuasa awal ini turut dianggotai oleh Tuan Haji Tuan Haji Mohd.

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Negeri Selangor (PUMSel) merupakan cawangan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) peringkat negeri yang pertama ditubuhkan dalam tahun 1984 dengan Yang Dipertua (YDP) yang pertama iaitu Tuan Haji Mahmad Muhtar bin Haji Mahmad Saleh. Talha bin Abdul Rahman selaku timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Zohdi Bin Haji Toha, sebagai Setiausaha Agung serta Ust Amir Marzuki sebag

ai Timbalan Setiausaha. Jawatankuasa penaja ini kemudian telah mengusahakan pendaftaran PUMSel sebagai sebuah badan berdaftar yang sah. Hasilnya PUMSel telah didaftarkan secara rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 27 Februari 1987. Pada awal penubuhannya, ahli-ahli PUMSel terdiri daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor, pensyarah, kadi, Imam-imam masjid serta guru-guru sekolah agama di sekitar lembah Kelang.

Teguh Menyokong Pendirian MAIS Menolak Normalisasi Budaya LGBTPersatuan Ulama Malaysia  Cawangan  Selangor (PUMSel) meny...
10/01/2026

Teguh Menyokong Pendirian MAIS Menolak Normalisasi Budaya LGBT

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang tegas menolak sebarang usaha untuk menormalisasikan budaya dan gaya hidup songsang seperti le***an, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sebagai NGO Islam yang bertanggungjawab memperkukuh kefahaman Islam dalam masyarakat, PUMSel menyeru seluruh umat Islam agar:
- Berpegang teguh kepada ajaran Islam yang jelas menolak amalan songsang dan mengekalkan kesucian akhlak.
- Menjauhi segala bentuk sokongan, promosi atau penglibatan dalam aktiviti yang boleh dikaitkan dengan normalisasi LGBT.
- Meningkatkan kesedaran dan pendidikan akhlak dalam keluarga, sekolah, dan masyarakat agar benteng moral umat Islam terus terpelihara.

PUMSel juga menggesa pihak berkuasa agama dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan pre-emptive yang lebih berkesan, termasuk:
- Memantau dan menyekat penganjuran program yang berunsur promosi budaya songsang.
- Memperkemas program pemulihan dan bimbingan bagi mereka yang telah terjebak, agar kembali kepada fitrah.
- Memperkukuh kerjasama dengan NGO Islam dan institusi pendidikan untuk memperluas dakwah serta pendidikan nilai Islam.
- Menguatkuasakan apa-apa undang-undang yang berkaitan untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa.

Kami menegaskan bahawa usaha menormalisasikan budaya songsang bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam, malah bertentangan dengan undang-undang negara, nilai budaya timur, dan norma masyarakat Malaysia.

Dengan penuh tanggungjawab, PUM Cawangan Selangor (PUMSel) berdiri bersama MAIS dan menyeru umat Islam agar terus mempertahankan kesucian agama serta menolak sebarang agenda yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Rumaizi Ahmad
Pengerusi
PUMSel.
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor

22 Disember 2025 (Isnin)Diberi penghormatan sebagai Pengerusi PUMSel merasmikan Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Murid...
25/12/2025

22 Disember 2025 (Isnin)
Diberi penghormatan sebagai Pengerusi PUMSel merasmikan Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Murid Ubudiyah Islamic Education cawangan Telok Panglima Garang serta menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid yang berkaitan. Ubudiyah Islamic Education adalah rakan strategik PUMSel dalam bidang pendidikan yang kini mempunyai tiga cawangan sekolah dari peringkat tadika hingga menengah di Bandar Baru Bangi, Telok Panglima Garang dan Jugra, Banting. Tahniah diucapkan kepada murid2 yang berjaya dan kita doakan semua murid menjadi anak2 yang saleh serta bermanfaat untuk agama. Tahniah juga kepada team pengurusan sekolah atas kejayaan mereka mengadakan majlis yang gemilang ini.

Saf kepimpinan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) 2025-2026
19/12/2025

Saf kepimpinan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) 2025-2026

DAULAT TUANKU.Barisan kepimpinan Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Selangor, merafak sembah ucapan tahniah sempena samb...
11/12/2025

DAULAT TUANKU.

Barisan kepimpinan Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Selangor, merafak sembah ucapan tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Semoga Allah lanjutkan usia serta mengurniakan kesihatan yang baik buat Tuanku untuk terus memerintah negeri Selangor ini.

DAULAT TUANKU.

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan, derma ikhlas, sedekah dan infaq se...
15/11/2025

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan, derma ikhlas, sedekah dan infaq secara atas talian ke Bank Islam Malaysia Berhad.
Semoga Allah membalas segala pemberian kalian dengan balasan yang berlipat kali ganda.
Aamin Allahumma Aamin

PUMSel mengucapkan setinggi2 tahniah kepada SF Prof Madya Dr Luqman bin Abdullah dan mengucapkan terima kasih kepada SF ...
01/11/2025

PUMSel mengucapkan setinggi2 tahniah kepada SF Prof Madya Dr Luqman bin Abdullah dan mengucapkan terima kasih kepada SF Dato Wan Mohammad bin Wan Abdul Aziz atas pimpinannya sebelum ini.

KENYATAAN RASMI PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM)

PELANTIKAN YANG DIPERTUA DAN TIMBALAN YANG DIPERTUA PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM)

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa melalui Mesyuarat Agung Tahunan PUM Kali Ke-45 yang telah diadakan pada 31 Oktober 2025, telah berlangsung pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi baharu kepimpinan PUM, 2025-2027.

Dalam Mesyuarat Agung kali ini, ahli-ahli sebulat suara telah memilih Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang baharu, menggantikan Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua PUM.

Perubahan ini berlaku apabila Dato’ Wan Mohamad menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri di atas beberapa halangan beliau untuk mengetuai PUM.

Sebagai YDP PUM ke 7, Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah merupakan tokoh berpengalaman luas dalam bidang pengajian Islam, khususnya dalam fiqh dan usul fiqh. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) dan pernah menjawat jawatan sebagai Sahibus Samahah M***i Wilayah Persekutuan.

PUM yakin bahawa dengan kepimpinan baharu ini, organisasi akan terus memperkukuh peranannya dalam memperkasa agenda dakwah, pendidikan, dan pembangunan pemikiran Islam, di samping memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi manfaat ummah dan kemajuan negara.

PUM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Wan Mohamad atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau yang cemerlang sepanjang menerajui PUM sebelum ini. Dengan pelantikan beliau sebagai Timbalan Yang Dipertua, PUM yakin kesinambungan kepimpinan dan pengalaman beliau akan terus memperkukuh hala tuju persatuan.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha PUM dalam memartabatkan Islam dan memperkukuh peranan ulama sebagai pewaris Nabi.

Sekian, terima kasih.

Pada 16 Oktober 2025, beberapa orang pimpinan PUMSel dan PUM Pusat telah mengadakan pertemuan mahabbah dengan Habib Dr A...
18/10/2025

Pada 16 Oktober 2025, beberapa orang pimpinan PUMSel dan PUM Pusat telah mengadakan pertemuan mahabbah dengan Habib Dr Ali Baqir al Saqqaf seorang ulama muda dari Indonesia yang progresif dan cerdas. Pimpinan PUMSel diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Rumaizi bin Ahmad , Timbalan Pengerusi Dr Shamsul Hakim disertai oleh dua orang AJK Ustaz Rizal Ali dan Maulana Aqil Mispan . Manakala PUM Pusat diwakili oleh AJK Dr Saupi Man dan Dr Ali Hanafiah.
Dalam pertemuan itu kami membincangkan tentang isu pertelingkahan antara ASWJ Asyaari/Maturidi dengan Salafi dan bagaimana untuk merapatkan jurang serta mengurangkan pertelingkahan.
Sebagai seorang mutakallim, beliau melihat permasalahan ini berikutan kurangnya kefahaman awam tentang apa itu Asy'ari terutamanya dan apa itu salafi.
Pertemuan santai ini telah membuahkan beberapa mutiara ilmu khususnya dalam bidang ilmu kalam. Semoga pertemuan seperti ini akan terus berlanjutan bagi kepentingan ummah.

11/10/2025
Program Jelajah Masjid PUMSel berkolaborasi dengan Masjid Jamek Assolihin mengadakan Program Pemantapan Ilmu untuk pegaw...
07/10/2025

Program Jelajah Masjid PUMSel berkolaborasi dengan Masjid Jamek Assolihin mengadakan Program Pemantapan Ilmu untuk pegawai masjid (imam, bilal, siak) dan saksi-saksi pernikahan menurut hukum syarak dan undang-undang. Ia disampaikan oleh Ustaz Rumaizi bin Ahmad, pengerusi PUMSel. Program khusus untuk imam, bilal, siak dan saksi-saksi nikah Masjid Jamek Assolihin bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang peranan mereka menurut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa. Program diadakan pada 27 September 2025.

Ziarah Mahabbah Warga Emas Wood Rose, Shah AlamAlhamdulillāh, pada 6 September 2025, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Caw...
08/09/2025

Ziarah Mahabbah Warga Emas Wood Rose, Shah Alam

Alhamdulillāh, pada 6 September 2025, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Al-Mubasyarah telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah ke Rumah Asrama Warga Emas Wood Rose, Shah Alam.

Program ini melibatkan dua lokasi iaitu Asrama Warga Emas Wanita dan Asrama Warga Emas Lelaki.

🤝 Aktiviti yang dijalankan termasuk:
✨ Ramah mesra bersama warga emas
✨ Tazkirah ringkas penuh pengisian rohani
✨ Permainan santai yang menceriakan suasana
✨ Senaman ringan bagi kesihatan tubuh badan

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, menyantuni warga emas dengan kasih sayang serta memberi suntikan semangat rohani dan keceriaan dalam kehidupan mereka.

PUM Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

💚 “Berbakti kepada orang tua adalah tanda hati yang penuh kasih dan jiwa yang dekat dengan rahmat Allah.”




28/08/2025

Address

14B, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share