Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Program Pementoran di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah dilaksanakan bermula pada tahun 2015 sehingga se...
27/11/2025

Program Pementoran di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah dilaksanakan bermula pada tahun 2015 sehingga sekarang. Bagi tahun 2025, Taklimat Program Pementoran telah dilaksanakan pada 13 November 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 10, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Seramai 21 orang Menti dan 14 orang Mentor yang terpilih untuk turut serta dalam Program Pementoran bagi tahun 2025.

Program Pementoran merupakan salah satu program sasaran untuk dilaksanakan oleh Unit Psikologi Kauseling (sebagai urusetia) bagi membantu warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor meningkatkan kecemerlangan diri warga kerja yang berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi yang bersifat jangka panjang.

Pementoran dalam Perkhidmatan Awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara professional yang diberikan oleh mentor kepada menti yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan kompetensi professional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan kenaikan pangkat.

Mesyuarat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Bil 2/2025 telah diadakan pada 2 ...
27/11/2025

Mesyuarat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Bil 2/2025 telah diadakan pada 2 September 2025 di Klinik Kesihatan Bukit Kapar.

Program Hala Tuju Pelan Tindakan dan Taklimat Pengukuhan Nilai bagi Pegawai Psikologi (Kaunseling) Jabatan Kesihatan Neg...
26/11/2025

Program Hala Tuju Pelan Tindakan dan Taklimat Pengukuhan Nilai bagi Pegawai Psikologi (Kaunseling) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 November 2025 di Hotel Mudzaffar, Melaka.

Selari dengan tujuan perkhidmatan psikologi kaunseling dalam membantu individu mencapai kesejahteraan secara holistik, program hala tuju yang dicadangkan kepada Pegawai Psikologi (Kaunseling) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor adalah antara inisiatif Jabatan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih relevan dan berkesan. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan mencapai keberkesanan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Program Kesejahteraan Psikologi Pegawai di Tempat Kerja Siri 3 telah dianjurkan oleh Unit Psikologi (Kaunseling) Jabatan...
26/11/2025

Program Kesejahteraan Psikologi Pegawai di Tempat Kerja Siri 3 telah dianjurkan oleh Unit Psikologi (Kaunseling) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan jayanya pada 31 Oktober 2025 bertempat di Anjung Perdana Sari, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Program Pembudayaan Keseronokan Bekerja : Seronok Kerja, Kecemerlangan Terbina bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Jaba...
26/11/2025

Program Pembudayaan Keseronokan Bekerja : Seronok Kerja, Kecemerlangan Terbina bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) tahun 2025 telah diadakan pada 29 Oktober 2025 di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Tema program ini iaitu keseronokan bekerja merupakan elemen penting dalam pekerjaan bagi memastikan kesejahteraan dan keberhasilan kerja yang cemerlang. Individu yang seronok dan bahagia didapati lebih berjaya, berprestasi tinggi dalam pekerjaan, mempunyai perhubungan sejahtera dan tahap kesihatan yang baik. Ini secara tidak langsung memberi kesan positif kepada budaya dan prestasi organisasi.

Address

Tingkat 17, Bangunan Sunwaymas, Lot 1, Jalan Persiaran Kayangan
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+60351237471

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share