Writers Daily

Writers Daily Media untuk acara muzik dan buku di Malaysia.

Masih Hebat Dan Relevan, The Rayhan, Kopratasa Dan Dayangku Intan Antara Artis Yang Raih Perhatian Di Konsert Ijmal Cint...
26/03/2026

Masih Hebat Dan Relevan, The Rayhan, Kopratasa Dan Dayangku Intan Antara Artis Yang Raih Perhatian Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0!

Seramai 23 orang anak-anak seni berlainan latar belakang yang berdepan dengan masalah kewangan dan kesihatan menerima sumbangan sumbangan wang berjumlah RM2,000 daripada pihak penganjur.

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2026: Seakan mengimbau kembali kegemilangan muzik penghujung era 80-an dan awal 90-an, begitulah suasana yang dirasai penonton apabila 10 artis tanah air bergabung menjayakan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 di Saloma, Kuala Lumpur.
Dibarisi nama-nama besar seperti Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata serta The Rayhan, kesemua mereka ini bukanlah penyanyi yang calang-calang serta pernah menempa nama dan sejarah dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi penyanyi rakaman profesional dengan kehebatan vokal tersendiri atau genre muzik yang unik dan berbeza.

Namun, kemunculan Kopratasa dan Dayangku Intan nampaknya lebih menjadi perhatian serta ditunggu-tunggu ramai kerana kedua-dua lagenda ini jarang muncul di stesen televisyen atau membuat persembahan di hadapan publik.

Begitu juga dengan The Rayhan yang merupakan gabungan bekas anggota Raihan iaitu Nazrey Johani, Afad serta Amran Ibrahim. Bergabung sebagai trio kump**an, ketiga-tiga mereka membuka tirai persembahan dengan lagu medley Pujian-Pujian dan Syukur serta Iman Mutiara.

Paduan vokal harmoni mereka bertiga sangat baik sekali dan The Rayhan membuktikan mereka masih relevan di dalam industri ini.

Noorshila Amin yang semakin cantik, langsing dan awet muda muncul sejurus selepas itu dengan lagu medley Rambu Ramba dan Aku Sudah Jatuh Cinta sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu Kad Ucapan.

Disusuli dengan Roy yang masih kental dengan suara jantannya dan gayanya sebagai penghibur sejati apabila membawakan lagu Diary Mimpi serta Ratnaku. Di luar dewan, Roy dan Norrshila Amin sempat berduet mempersembahkan lagu Seiring Sejalan dengan energi yang luar biasa.

Lagu-lagu puitis daripada Kopratasa kemudian mengambil alih pentas. Sani Sudin, Usop atau Mohd Yusof Ahmad dan Siso atau nama sebenarnya Syed Indera Syed Omar memulakan persembahan dengan lagu Masihkah Kau Ingat.
Mereka sempat mengimbau saat memulakan rakaman album pertama mereka. Mereka mengakui saat itu mereka tidak punya wang dan Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, yang ketika itu memiliki studio Betarecs, telah mengizinkan mereka untuk menggunakan studio rakaman itu secara percuma dan membayar bila album sudah dijual.

Kopratasa yang berjaya menggamit nostalgia penonton dengan lagu mereka yang membuai perasaan turut membawalkan lagu Pertama Untuk Isteri dan Tetamu Senja yang merupakan puisi nukilan Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said.

Mamat membuatkan ramai yang menitiskan air mata apabila membawakan lagu hitnya bersama Exists, Untukmu Ibu serta lagu raya Al-Jawaher, Ku Pohon Restu Ayah Bonda dirakam semula Mamat hingga ramai yang menganggap lagu itu adalah lagu asli nyanyiannya.

Konsert dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada pihak penganjur HS Event & Ent Sdn Bhd u memberikan sumbangan wang berjumlah RM2,000 kepada 23 orang anak-anak seni tempatan yang berdepan dengan masalah kewangan dan kesihatan.

Kesemua 23 orang anak-anak seni tempatan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, misalnya penyanyi, pelakon, pelawak, pengawai perhubungan komunikasi (PR), wartawan serta pengarah drama.

Antara penerima adalah Amyza Aznan, Zaiton Sameon, Aan Ways, Herman Tino, Dr Sam, Ali XPDC, Nine (vokalis Coco), Shahriza Mahmud, Is Wow, pengarah Murali Abdullah, M Jamil (anak seniwati Sarimah Ibrahim) serta wartawan Akmal Abdullah dan Adibah Amin.

Sumbangan tersebut disampaikan penganjur majlis iaitu Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar.

Persembahan konsert pada malam itu diteruskan lagi dengan Zack yang merupakan vokalis kump**an Budak Kacamata menerusi lagu Bintang sebelum berduet dengan Zur Eda menerusi lagu Doa Buat Kekasih.

Zur Eda yang mendapat jolokan Sade Malaysia tampil dengan gaun labuh ala flamenco saat membawakan lagu Kelmarin sebelum menyudahi persembahannya dengan lagu Pelitaku. Manakala To’ki dengan petikan gitar membawakan lagu Hampa dan Firasat, disusuli dengan Shima yang membawakan dua lagu hitnya, Teringin dan Luka Dilukai.

Biarpun menjadi penyanyi terakhir yang menutup tirai persembahan konsert, Dayangku Intan membuktikan kehebatan vokalnya saat membawakan lagu Kita Insan Biasa, lagu duetnya bersama Allahyarham Jay Jay.

Dayangku Intan akui sejak arwah Jay Jay meninggal dunia, dia lebih senang menyanyikan lagu itu secara solo. Penyanyi ini terus menguasai pentas dan penonton dengan lagu Berpaut di Dahan Cinta, Semakin Rindu Semakin Sayang, sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu rayanya, Senandung Hari Raya Untukmu.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang dikendalikan dua hos berpengalaman, Aidil Ghafar dan Ismahalil ini turut diisi dengan aktiviti kerohanian dan spiritual seperti tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

SHAH ALAM, 5 MAC 2026: Selama tiga tahun menceburkan diri dalam industri muzik rakaman tanah air, tidak pernah terlintas...
14/03/2026

SHAH ALAM, 5 MAC 2026: Selama tiga tahun menceburkan diri dalam industri muzik rakaman tanah air, tidak pernah terlintas sekalipun di fikiran penyanyi-komposer muda, Najmi Niery untuk menghasilkan sebuah single raya.

Namun, ilham datang secara tiba-tiba dan akhirnya tercetuslah sebuah lagu raya berjudul BEST PART OF RAYA iaitu hasil gubahan melodi dan lirik yang ditulis bersama Brendan Lim Seng Meng serta Amanda Gnai Song Hui daripada MFMF.

Majlis berbuka puasa dan sidang media single raya, BEST PART OF RAYA ini diadakan di AEON Mall Shah Alam dan seramai 30 anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Pusat Jagaan Budi Bestari turut diraikan sama.
Pemberian duit raya kepada anak-anak di kedua-dua rumah kebajikan ini telah disampaikan Pengurus Kanan Perniagaan Digital dan Komersial Sony Music Malaysia, Puan Aiman Nubailah, Pengurus Kanan Operasi Pusat Beli-belah Aeon Mall, S. Vettrivelu serta Najmi Niery dan Adrianna Cinta.

Bercerita lebih lanjut tentang kisah di sebalik penghasilan single raya, BEST PART OF RAYA ini, Najmi mendedahkan bahawa lagu itu telah ditulis bersama MFMF sekitar October 2025.

“Mula-mula, kita memang tak tahu nak tulis pasal apa. Tapi, setelah berbincang, kita akhirnya mengambil keputusan untuk menulis lagu ini berdasarkan surat cinta di hari raya tapi dalam bentuk lagu.

“Raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta menjauhi segala perkara yang dilarang Tuhan. Ia juga merupakan detik istimewa untuk diraikan bersama insan tersayang.”

“Justeru, lagu ini dihasilkan sebagai sebuah ‘surat cinta’ dalam bentuk lagu, menggambarkan luahan hati sepasang kekasih yang saling merindui dan tidak sabar untuk bertemu pada hari Raya,” jelasnya.

Jelas Najmi lagi, proses penghasilan lagu BEST PART OF RAYA itu bermula dengan penghasilan melodinya terlebih dahulu.

“Kita buat melodinya dulu dan bukan liriknya. Melodi keluar secara semulajadi tetapi sebelum itu, MFMF datangkan dulu satu chord progression sebab cara saya menulis harus begitu. Bila ada chord progression, barulah datang melodi-melodi yang lain.

“Selebihnya, barulah kita sama-sama bekrja untuk menyiapkan lagu itu. Setiap penulis lagu memang memiliki stail penulisan yang berbeza dan tersendiri,” katanya.

MFMF yang diwakili Brendan Lim Seng Meng p**a berkata, bekerja dengan seorang penyanyi yang juga komposer muda seperti Najmi Niery sungguh mudah.

“Najmi seorang yang sangat mesra, peramah dan menyenangkan. Sejak pertemuan pertama lagi kami terus ‘klik’ dan ada keserasian yang sangat baik dari segi idea dan tenaga kreatif. Jadi proses kolaborasi terasa selesa dan terbuka.

“Kebetulan, saya juga sudah mengenali beliau sebelum ini kerana kami pernah terlibat dalam satu episod MFMF Healing bersama, jadi saya sudah agak biasa dengan range dan warna vokalnya. Itu banyak membantu dari segi arah penulisan lagu.

“Dari segi penulisan p**a, Najmi memang ada bakat semula jadi. Prosesnya sangat lancar dan organik. Dia juga sangat terbuka untuk mencuba perkara baharu.

“Bila saya mencadangkan konsep lagu ini dibawakan seperti sepucuk surat yang ditulis antara dua individu, dia terus dapat menangkap idea tersebut dan menambah sentuhan peribadinya sendiri. Itu yang menjadikan lagu ini lebih hidup dan jujur dari segi emosi,” katanya.

Adrianna Cinta pasangan duet
Selain menulis lagunya sendiri bersama MFMF, BEST PART OF RAYA juga turut menggandingkan Najmi bersama Adrianna Cinta sebagai pasangan duetnya.

“Awalnya, saya sendiri tidak tahu siapa penyanyi wanita yang akan jadi pasangan duet saya. Kemudian, satu hari, nama Adrianna Cinta telah diusulkan.

“Saya terus bersetuju kerana saya mengenali Adrianna sebagai seorang penyanyi-komposer yang cukup berbakat. Bahkan dia banyak menulis lagu bersama komposer lain.

“Suaranya cukup menenangkan sangat kena dengan ton suara saya dan dia sememangnya pasangan duet yang tepat buat saya,” hurai Najmi.
Sementara itu, Adrianna Cinta p**a berkata, sebelum ini, dia sudah pernah berjumpa dengan Najmi di beberapa acara nyanyian, namun tidak pernah terfikir bahawa mereka akan bekerjasama dalam sebuah karya lagu.

“Tapi, kami berdua memang memiliki vibes muzik yang sama. Maksud saya, vibes muzik, suara dan nyanyian ala-ala Pop R&B Indonesia.

“Najmi memang ke arah itu dan begitu juga dengan saya. Jadi, apabila kami digabungkan bersama dalam BEST PART OF RAYA ini, ia memang satu kombinasi yang cukup baik dan sesuai,” katanya.

Pengalaman merakamkan suara dan penggambaran visualizer
Menurut Najmi, dia sebetulnya sudah pun merakamkan suara untuk single BEST PART OF RAYA ini sewaktu proses menulis lagu bersama MFMF dilakukan pada October 2025.

“Apabila Adrianna bergabung sebagai pasangan duet saya, kita terpaksa mengambil hari lain untuk melakukan proses rakaman suaranya iaitu pada minggu pertama bulan puasa.

“Proses penggambaran visualizer juga dilakukan pada waktu yang sama. Memang kita mahukan visualizer yang simple dan tidak terlalu banyak angle atau shot yang rumit. Sebab itu, kita banyak menggunakan one take shot.

“Untuk latar belakang visualizer ini, kita memilih tema yang cukup klasik untuk menggambarkan konsep retro raya. Proses penggambarannya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk disiapkan,” jelasnya.

Pengalaman merakamkan suara dan menjayakan visualizer BEST PART OF RAYA adalah suatu kenangan yang cukup manis buat Adrianna Cinta.
“Waktu saya dapat lagu itu, Najmi dari awal-awal lagi sudah pun menyanyikan bahagian dia dan saya p**a terpaksa rakamkan suara untuk lagu ini pada bulan puasa dan Najmi turut berada di dalam studio.

“Pada waktu yang sama juga kita juga kena shoot visualizer lagu. Ia sangat menarik dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berpindah ke lokasi lain pada saat-saat akhir hinggakan kami semua tak sempat nak berbuka puasa betul-betul.

“Tapi, ia memang satu pengalaman yang menarik yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana vibesnya memang fun,” katanya.

Mengakui teruja apabila buat kali pertamanya muncul dengan lagu rayanya sendiri, Najmi percaya, BEST PART OF RAYA akan menjadi salah satu lagu raya terbaik pada 2026.

“Saya sangat positif dengan hal ini kerana BEST PART OF RAYA bukanlah sebuah lagu raya tipikal yang mempunyai unsur klasik. Ia lebih kepada Pop R&B yang mana tak ramai orang buat genre muzik ini untuk lagu raya.

“Saya rasa Malaysia perlukan sedikit kelainan untuk lagu raya sebegini dan sebelum saya luncurkan single raya ini, saya ada buat klip acah (teaser) bersama peminat saya di media sosial.
“Respon yang saya terima cukup baik dan rata-rata pendengar menyatakan mereka tidak sabar tunggu lagi ini,” katanya.

Adrianna Cinta p**a tidak menyangkal hakikat bahawa tahun ini, ramai penyanyi yang mengeluarkan lagu raya pada tahun ini termasuklah dari kalangan kawan-kawannya sendiri.

“Tapi, saya berharap ramai akan mendengar, menghayati dan menyukai single raya pertama saya bersama Najmi ini.

“Kalau anda semua dapat menghargai karya lagu kami berdua ini, itu sudah cukup menggembirakan kami dan kami juga ingin mendengar maklum balas pendengar dan akan terima dengan hati yang terbuka, “ucapnya.

BEST PART OF RAYA yang diterbitkan Naj&Co, Sony Music Entertainment Malaysia serta Malika Entertainment & Management kini berada di semua platform digital muzik utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music sekarang!

LEAK: LINE UP SOUNDCIRCUS DAH KELUAR GAIS!Ini dia, official lineups untuk Phase 2 dah keluar. Memang kaw-kaw diorang bel...
12/03/2026

LEAK: LINE UP SOUNDCIRCUS DAH KELUAR GAIS!

Ini dia, official lineups untuk Phase 2 dah keluar. Memang kaw-kaw diorang belanja habis. Takkan tak nak pergi lagi? Hehehehe.

Make sure beli tiket kat bio or pergi je www.bboevents.com okey?

60+ Acts ✨
6 Stage ✨
Till Midnight! ✨

🛸 SoundCircus Festival 2026 🛸
🗓️ 1 & 2 August 2026
📍 MAEPS, Serdang

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Lagi Atas Permintaan, Dibarisi 10 Penyanyi Hebat Era 80an dan 90anKUALA LUMPUR, ...
02/03/2026

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Lagi Atas Permintaan, Dibarisi 10 Penyanyi Hebat Era 80an dan 90an

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2026: Kehadiran Ramadan memang sering dinantikan umat Islam di seluruh dunia kerana pada bulan inilah kita diwajibkan menunaikan salah satu rukun Islam iaitu ibadah berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang dilarang.

Selain ibadah berpuasa, kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan doa, bermuhasabah diri, bersedekah dan membantu orang lain serta memperbaiki akhlak dan hubungan sesama manusia.

Bahkan, Ramadan yang merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam juga sangat dinantikan kerana Al-Quran pertama kali diturunkan pada bulan ini, khususnya pada malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadar (Malam Kemuliaan), yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Maka, tidak hairan mengapa banyak pihak yang mengambil keberkatan di bulan suci ini dengan menganjurkan pelbagai acara atau program berkaitan dakwah dan kebajikan setiap tahun, tidak
terkecuali syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd.

Kekal dengan program berkonsep hiburan dakwah tahunan mereka yang sentiasa mendapat sambutan positif daripada peminat, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026
ini.

Konsert ini menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The
Rayhan.

Penganjurnya, Datin Sri Dr Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata, penganjuran konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 ini dilakukan berdasarkan permintaan yang diterima
daripada peminat seni.

“Rata-rata mereka menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan di dalam penganjuran konsert-konsert sebelum ini.

“Di mana kita bukan sahaja menampilkan elemen persembahan dengan nilai-nilai spiritual dan ketuhanan yang bersesuaian, namun apa yang lebih penting ia turut diisi dengan beberapa aktiviti
ibadah yang cukup signifikan di di bulan ramadan.

“Antaranya, tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat Isyak dan tarawih diadakan, barulah persembahan artis bermula,”
katanya Mubarak.

Mengulas mengenai penglibatan 10 artis yang terlibat di dalam konsert ini, Mubarak berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa kesemua nama-nama besar ini sudi menerima tawaran mereka untuk menjayakan konsert ini.

“Saya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan mereka sudah mengukir perjalanan kerjaya seni yang hebat serta memiliki ramai pengikut serta peminat,” katanya.

Jelas Mubarak lagi, tidak semata-mata hanya untuk berhibur dan mengikuti aktiviti ibadah yang disusun, peminat juga berpeluang beramal melalui setiap pembelian tiket secara langsung untuk
program konsert ini.

“Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kita akan berusaha mencari sekurang-kurangnya 25 orang anak seni yang berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan melalui sumbangan yang
dihulurkan. Pemberian duit raya p**a akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

“Semoga apa yang kita lakukan ini akan membantu meringkan beban anak- anak seni ini menjelang sambutan Aidilfitri, manakala pemberian duit raya p**a akan memberikan kegembiraan buat anak-anak yatim ini,” katanya lagi.

26/02/2026

Sekarang ini, band apa yang best? Boleh share band yang korang dengar?

KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2026 – Terus konsisten memartabatkan adat dan warisan budaya dalam karya mereka, duo rap berpen...
21/02/2026

KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2026 – Terus konsisten memartabatkan adat dan warisan
budaya dalam karya mereka, duo rap berpengaruh negara, Kmy Kmo dan Luca Sickta, kembali
menggugah pemikiran peminat menerusi single terbaharu berjudul, Kertas Wangi.

Bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan mereka, majlis Pelancaran Single dan Sidang
Media Kertas Wangi yang berlangsung pada hari ini telah diadakan bangunan warisan ikonik,
Pasar Seni (Central Market) yang selama ini menjadi simbol kepada mercu tanda seni dan
budaya di Malaysia.

Majlis ini juga turut menyaksikan penyerahan plak single Kertas Wangi oleh Pengarah Urusan
Sony Music Entertaiment Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas Asia Tenggara, Kenny
Ong kepada Kmy Kmo dan Luca Sikcta.

Lebih menarik, majlis ini juga diadakan bersamaan dengan Hari Kantin by Pasar Seni anjuran
Pesta Kita yang diadakan selama tiga hari berturut-turut dari 23 Januari hingga 25 Januari 2026.

Mengangkat metafora wang sebagai simbol dunia material, lagu ini menjadi refleksi jujur
tentang bagaimana manusia sering terperangkap dengan tekanan hidup, gaya luaran dan
godaan dunia yang bersifat sementara.

Diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia, lagu ini muncul sebagai karya rap
moden yang sarat dengan makna, namun tetap mudah dihayati melalui susunan muzik
kontemporari yang digarap dengan teliti.

Lagu ini membawa mesej yang jelas — tentang dunia yang sering mengaburi mata manusia
dengan janji manis material.
Menurut Kmy Kmo, metafora Kertas Wangi melambangkan bagaimana nilai wang boleh
menutup nilai sebenar manusia.

“Inspirasi lagu ini lahir daripada pemerhatian saya terhadap kehidupan kita seharian. Kita
semua diuji dengan pelbagai cabaran dan godaan dunia. Kadang-kadang kita sendiri tidak
sedar bahawa berlumba gaya, tekanan hidup dan mengejar perkara material boleh
mengaburi hati dan nilai budi. Kertas Wangi adalah cerminan diri bagi saya dan sesiapa yang
mendengarnya.”

Luca Sickta menambah, “Lagu ini bukan sekadar pengalaman peribadi. Ia lebih kepada refleksi
umum tentang perjalanan hidup yang penuh ujian. Mesej paling penting adalah — jangan
biarkan dunia material menguasai hati dan jiwa kita. Itu mesej yang saya mahu pendengar
bawa p**ang.”

Bagi duo ini, Kertas Wangi bukan hanya sebuah lagu, tetapi peringatan untuk kembali menilai
diri, memahami nilai sejati dan tidak hanya terperangkap dalam dunia material semata.
Kmy Kmo menutup dengan harapan, “Saya berharap lagu ini membuka ruang untuk
pendengar berhenti sejenak, tarik nafas dan fikir semula tentang apa yang benar-benar
penting dalam hidup. Walaupun hanya seorang sahaja yang tersentuh dan terinspirasi untuk
menilai dirinya kembali, itu sudah cukup besar bagi kami.”

Kongsi Luca, “Selepas ini kami mempunyai beberapa projek baharu, selain single kami juga
dalam perancangan menghasilkan album penuh. Kertas Wangi hanyalah permulaan bagi fasa
seterusnya dalam perjalanan muzik kami.”

KERTAS WANGI kini boleh didengarkan di seluruh platform digital.

AKTA TIDAK JINAK LAGI!Sama ada  telah hampir menemui signature sound mereka yang tersendiri, anda boleh nilaikan. Tonton...
17/02/2026

AKTA TIDAK JINAK LAGI!

Sama ada telah hampir menemui signature sound mereka yang tersendiri, anda boleh nilaikan.

Tonton SOLITUDE di channel Youtube Akta sekarang!

Ludah Amerika dekat Atas Angin Festival 2026.
15/02/2026

Ludah Amerika dekat Atas Angin Festival 2026.

Hujan is performing 'Ludah Amerika' at Atas Angin Festival 2026 at MYTown, Cheras. (14/02/2026)

09/02/2026

PICAH TRUXX 4 – New Flyer
Featuring 6 bands,

Frost Revenge
Shadows Of Prahara
Beyond The Districts Music
Lostbetrayermy
Qanaahmy
Trevoltjer

Venue Garage Space Ampang
Date 📅 : 25/4/2026
Tickets 🎟️ : pre Sale Rm25 / Door Rm30

Musica Mania Writers Daily Goatlordth Records Malaya Roll Garage Space Ampang Hilir

LEAK: Konsert Rock Car Park akan diadakan pada 9 Mei 2026 dekat Rooftop Campbell Complex. Barisan band adalah Wicitra, S...
09/02/2026

LEAK: Konsert Rock Car Park akan diadakan pada 9 Mei 2026 dekat Rooftop Campbell Complex. Barisan band adalah Wicitra, Sofea, Shasha & The Boys, Bloodshed dan May.

Akan ada lagi band yang akan diumumkan selepas ini.

Jadi stay tuned! menjadi penaja kasut untuk konsert ini. Limited edition!

Mak ayah wajib datang show ini! 🔥

Jualan tiket akan bermula pada 12 Februari 2026. Tiket akan dijual di ticket2u.

Dream Theater Datang Malaysia?Buat peminat muzik, pastinya berita ini akan buat korang gembira. Dream Theater yang dibar...
29/01/2026

Dream Theater Datang Malaysia?

Buat peminat muzik, pastinya berita ini akan buat korang gembira. Dream Theater yang dibarisi oleh James LaBrie, John Petrucci, John Myung, Jordan Rudess, dan Mike Portnoy akan beraksi di Zepp KL pada 4 Februari 2026 sempena ulangtahun ke 40 mereka.

Lagu-lagu terkenal mereka seperti Pull Me Under, Take The Time dan Home menjadi hits buat para pendengar yang meminati Dream Theater.

Jadi inilah masanya, jangan tunggu lagi. Korang boleh dapatkan tiket di Megatix.asia dan masukkan kod DTKLWRITERSDAILY05 untuk dapatkan diskaun 5% untuk GOLD TICKETS.

Best kan? Jumpa korang di sana! 🔥

Address

Lot 586, Jalan Yadi, Telok Gadong
Shah Alam
41250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Writers Daily posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Writers Daily:

Share