JPKK BATU 3

JPKK BATU 3 Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung(JPKK) Kg.Batu 3

Alhamdulillah, syukur Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Smart & Fun hari ini berlangsung dengan sangat lancar dan meriah.Se...
11/12/2025

Alhamdulillah, syukur Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Smart & Fun hari ini berlangsung dengan sangat lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Danial Al Rashid DUN Batu Tiga dan Tok Penghulu Hidayat kerana sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis. Kehadiran tuan berdua benar-benar memberi suntikan semangat kepada kami semua. πŸ™ŒπŸ’›

Mohon juga doa daripada semua agar Tok Boy Saiful Azuan cepat sembuh daripada kesakitan yang dialami dan dapat kembali berkhidmat untuk masyarakat seperti biasa. 🀲❀️

πŸ“… Hari Bertemu Pelanggan – IPD Subang JayaPagi ini saya berpeluang menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Subang ...
12/11/2025

πŸ“… Hari Bertemu Pelanggan – IPD Subang Jaya

Pagi ini saya berpeluang menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Subang Jaya.

Pertemuan ini memberi ruang untuk berdialog secara langsung bersama barisan kepimpinan tertinggi POLIS DAERAH SUBANG JAYA , bagi membincangkan pelbagai isu keselamatan dan permasalahan komuniti setempat, khususnya di kawasan Kampung Batu Tiga.

Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada OCS Balai Polis Subang Jaya, Tuan Nazril, atas jemputan dan layanan mesra sepanjang sesi berlangsung. Semoga hubungan erat antara JPKK Batu Tiga dan PDRM IPD Subang Jaya akan terus diperkukuh demi memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.






πŸ“’ JUALAN EHSAN RAHMAH BATU TIGA πŸ“’Orang ramai dijemput hadir ke Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang akan diadakan sepe...
02/11/2025

πŸ“’ JUALAN EHSAN RAHMAH BATU TIGA πŸ“’

Orang ramai dijemput hadir ke Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… Ahad, 2 November 2025
πŸ•˜ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Perkarangan KAFA Integrasi Masjid Jamek Fastabiqul Khairat, Batu Tiga

πŸ’₯ Jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga istimewa Rahmah seperti:
πŸ” Ayam – RM10.00
🐟 Ikan – RM6.00
πŸ₯© Daging – RM10.00
🍚 Beras 5kg – RM12.00
πŸ₯š Telur sepapan – RM9.00
πŸ›’οΈ Minyak masak 2kg – RM10.00
…dan pelbagai lagi barangan lain dengan penjimatan hebat! πŸ’°

✨ Bawa bersama kad pengenalan diri bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan di lokasi jualan. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan inisiatif Rahmah ini demi kesejahteraan keluarga dan komuniti. Rahmah itu berkat, rakyat sejahtera!









Mesyuarat Ahli Jawatankuasa JPKK BATU 3 Bil. 6/2025Tarikh : 21 Oktober 2025 (Selasa)Masa : 9.00 malam - 10.45 malamTempa...
22/10/2025

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa JPKK BATU 3 Bil. 6/2025

Tarikh : 21 Oktober 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 malam - 10.45 malam
Tempat : Warong Palace, Kampung Kebun Bunga Batu 3 Shah Alam.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En.Saiful Azuan Deraman selaku Ketua Kampung dan mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk merancang program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bulan Oktober 2025. Dengan pelaksanaan mesyuarat ini, usaha penyaluran maklumat mengenai program dan aktiviti dapat dibincangkan dengan idea yang lebih menarik serta berkesan. Isu-isu semasa seperti aduan penduduk juga dibangkitkan agar dapat diselesaikan dengan kadar segera.

"KAMPUNG KITA CARA KITA"






SHAH ALAM: Malaysia dijangka mengalami fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025 hingga awal 2026, yang berpot...
22/09/2025

SHAH ALAM: Malaysia dijangka mengalami fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025 hingga awal 2026, yang berpotensi mempengaruhi corak hujan di negara ini. Namun, cuaca diramal kembali neutral tidak lama selepas itu, menurut Pusat Iklim Nasional, MetMalaysia.

Ketika ini, ENSO berada pada tahap neutral dengan kebarangkalian 56 peratus berterusan sehingga Oktober. Selepas itu, La Nina berkemungkinan berlaku sebentar sebelum pola cuaca kembali normal.

Malaysia kini masih dalam fasa akhir Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan hingga September, dengan tiupan angin barat daya menyebabkan kelembapan rendah dan mengurangkan pembentukan awan hujan di kebanyakan negeri.

Address

Batu 3 Shah Alam
Shah Alam
40300

Telephone

+60176627099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK BATU 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share