Barisan Nasional Selangor

Barisan Nasional Selangor Page Sokongan Barisan Nasional Selangor
Website. : www.bnselangor.net Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat.

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik. Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan

berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang. Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara. [email protected]

IKRAR

Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama. Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat. KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia. KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama. KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional. KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional. KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat. Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

04/01/2026
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan pada Sabtu...
03/01/2026

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan pada Sabtu.

Sekitar 1,800 hadirin hadir pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Foto Sinar Harian/Rosli Talib

03/01/2026

KONVENSYEN KHAS PEMUDA MALAYSIA

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026Moga tahun 2026 akan terus menjadi antara tahun yang hebat buat kita semua. Moga tercap...
01/01/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

Moga tahun 2026 akan terus menjadi antara tahun yang hebat buat kita semua. Moga tercapai semua cita cita dan tetap bersama disamping keluarga yang tercinta.

Azam tahun baru ni apa? Semoga tercapai hendaknya yaa.

Selamat Tahun Baru 2026 daripada Barisan Nasional.






Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, walaupun tiada berlakunya PRK, kerusi berkenaan akan kekal dibiarkan kosong ...
31/12/2025

Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, walaupun tiada berlakunya PRK, kerusi berkenaan akan kekal dibiarkan kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Kerugian buat 3 Kawasan Dun tersebut. Penyelaras Persekutuan kena main peranan.


Konvensyen Khas Pemuda UMNO MalaysiaMenyusun pendirian dan menetapkan hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan demi kepen...
30/12/2025

Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia

Menyusun pendirian dan menetapkan hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

3 Januari 2026 (Sabtu)
2.30 Petang
Dewan Tun Dr Ismail, WTCKL

Pemuda UMNO Cara Kita

Langkah tersebut terpaksa diambil susulan pendirian Pas yang memilih untuk tidak menyertai barisan Exco kerajaan negeri,...
30/12/2025

Langkah tersebut terpaksa diambil susulan pendirian Pas yang memilih untuk tidak menyertai barisan Exco kerajaan negeri, walaupun kekal bersama PN di negeri itu


KANGAR – Kerajaan Perlis tiada pilihan selain melantik semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai...

Pengerusi PN lepas jawatan.
30/12/2025

Pengerusi PN lepas jawatan.

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Azamudden menegaskan partinya wajar mengambil alih jawatan pengerusi PN dan berhujah krisi...
29/12/2025

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Azamudden menegaskan partinya wajar mengambil alih jawatan pengerusi PN dan berhujah krisis politik Perlis membuktikan Bersatu tidak layak memimpin gabungan itu.

Namun begitu, Afnan tidak menamakan Bersatu secara langsung, sekadar merujuk perihal seorang kawan "yang lemah dan khianat."

“Kawan yang tidak mampu mengawal anak buah adalah kawan yang lemah. Kawan yang menjatuhkan kawan, ini kawan yang khianat.

"Dengan apa yang berlaku di Perlis ini, layak sangatlah PAS mengambil-alih mengetuai PN."

Berita penuh: https://mk.my/YLu3K7n

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sudah menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (...
29/12/2025

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sudah menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlis.



Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Barisan Nasional Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Barisan Nasional Selangor:

Share

Category