28/11/2023
“Don’wait, it will never happen.”-Luisa Yu.
Berusia 79 tahun dari Miami, Luisa Yu telah mencapai impiannya untuk menjejaki setiap negara di seluruh dunia. Perjalanannya selama 50 tahun, bermula pada usia 20-an, berakhir di Serbia, lawatannya ke negara yang ke 193. Berasal dari Filipina, dia memulakan misi perjalanannya dengan destinasi seluruh Amerika Syarikat dan kemudiannya ke serata dunia.
Yu telah mempunyai ramai kawan di seluruh dunia, mendapat nama panggilan mesra "Mama" daripada traveler yang lebih muda. Destinasi terakhirnya, Serbia, mengalu-alukannya dengan sambutan perayaan sebagai tanda menyantuni pengembaraannya.
Diiktiraf dengan Anugerah Pengembaraan Nomad Mania 2022 sebagai 'Most Positive Traveller', Yu bakal menyambut hari jadinya yang ke-80 dengan bangga.
Kisah Luisa Yu ini menterjemahkan semangat mencapai impian melalui keazaman dan semangat pengembaraan yang sentiasa segar.