Hai Meow

Hai Meow Pakar Penjagaan Kucing

Saya pernah dipanggil ke satu site untuk baiki sebuah excavator bernilai hampir RM450,000.Upah yang dibincang melalui te...
01/05/2026

Saya pernah dipanggil ke satu site untuk baiki sebuah excavator bernilai hampir RM450,000.
Upah yang dibincang melalui telefon: RM5,000.

Hari tu hujan lebat.
Tanah jadi lumpur, kerja semua sangkut.

Site supervisor call saya berkali-kali:
“Boss tekan nak siap cepat… hujan pun kena jalan. Kalau tak, satu hari rugi belasan ribu.”

Saya tengok langit… tetap pergi.



Sampai sana, memang teruk.
Excavator mati terus, hydraulic langsung tak respon.

Saya check pressure gauge—
bacaan jatuh bawah 120 bar (normal sepatutnya sekitar 250–300 bar).

Confirm, bukan masalah kecil.

Dalam hujan, saya buka housing, check line, test pump.
Ambil hampir 5 jam—basah, tangan penuh minyak campur lumpur.

Akhirnya jumpa punca utama:
hydraulic pump ada wear, seal dah lemah.

Saya repair sementara, adjust balik system.

Start enjin—
pressure naik semula ke 260 bar.

Boom angkat, bucket jalan.
Semua orang terus lega.



Tapi masa tu saya dah nampak satu lagi benda.

Satu wiring dekat control valve solenoid dah longgar.
Air hujan masuk sikit-sikit, copper dah mula oxidize.

Sekarang masih jalan…
tapi bila-bila masa boleh putus.

Kalau putus—
terus mati tengah kerja.

Saya diam saja.



Lepas saya turun dari mesin,
seorang operator datang dekat saya perlahan-lahan.

Dia cakap:
“Boss… tolong la check betul-betul. Kalau rosak lagi, kami yang kena marah…”

Belum sempat saya jawab,
site supervisor tarik saya tepi.

Dia cakap perlahan:
“Terus terang… company memang nak tekan harga.
Kalau boleh, bayar bawah RM2k je…”

Saya terus faham situasi sebenar.



Bila sampai bab bayar…

Finance hulur RM1,500 saja.

Katanya:
“Ini je boleh approve. Kerja nampak tak besar pun.”

Saya tak argue.

Cuma saya cakap:
“Kalau macam ni, next time saya datang… ada inspection fee RM1,000 dulu. Confirm baru saya sentuh mesin.”

Dia senyum sinis:
“Tak payah la… harap tak rosak lagi.”

Saya pun angguk… terus jalan.

Wiring tu?
Saya memang sengaja tak sentuh.



Hari ketiga.

Pukul 7 pagi, telefon masuk bertalu-talu.

Excavator mati tengah kerja.
Hydraulic langsung tak respon.

Kali ni lagi teruk—
lepas hujan berhari-hari, tanah makin lembut.
Satu site terus stop.

Operator yang hari tu call saya sendiri:
“Boss please datang… memang tak boleh jalan langsung…”



Tak lama lepas tu, boss sendiri call.

Nada terus berubah:
“Last time misunderstanding… kita bayar RM5,000 + RM2,000.
Tolong datang cepat.”

Saya jawab pendek:
“Inspection fee RM1,000 transfer dulu. Confirm, baru saya gerak.”

5 minit lepas tu—resit masuk.



Saya sampai site.

Buka panel…
tak sampai 10 minit, saya dah jumpa punca.

Wiring solenoid tu dah putus.

Air + getaran = habis.

Saya strip balik, solder semula, heat shrink kasi seal.

Start enjin—
pressure naik stabil, semua function normal.



Semua orang diam.

Boss berdiri sebelah saya, tak cakap apa.

Saya cuma lap tangan, cakap perlahan:
“Benda ni… saya dah nampak hari tu.”

Sunyi terus.



Finance datang bayar penuh:
RM7,000 + RM1,000 inspection fee.

Kali ni tak banyak soal.



Seminggu lepas tu saya dengar:
3 hari downtime + delay kerja + penalty project…

Company rugi hampir RM40,000+.

Semua tu…
sebab nak jimat beberapa ribu.



Dalam bidang ni saya belajar satu benda:

Skill bukan mahal.
Yang mahal… akibat bila tak hargai skill.

Dan satu lagi—

Kalau dari awal tak percaya nilai orang,
jangan terkejut bila akhirnya bayar lebih mahal
Okay byeee

Kredit :Skill Tangan

Mutalib- Selamat Hari Pekerja

Belanja skit gambar Si Telinga Capang . Kita nak tengok😽Memandang sekilas baka kucing Oriental, ia kelihatan seperti Sia...
01/05/2026

Belanja skit gambar Si Telinga Capang . Kita nak tengok😽

Memandang sekilas baka kucing Oriental, ia kelihatan seperti Siamese cuma warnanya hitam putih. Namun, jika diteliti betul-betul, Oriental mempunyai bentuk badan, telinga dan karakter yang berbeza daripada Siamese. Inilah ciri keistimewaan cat-lovers yang meminati si comel baka Oriental, kucing dengan telinga capangnya yang sangat unik dan amat menarik.

Baka kucing Oriental atau nama lainnya Oriental Shorthair merupakan salah satu daripada baka-baka kucing yang berasal dari keluarga Siamese. Oriental Shorthair telah diiktiraf sebagai baka rasmi oleh Cat Fanciers’ Association (CFA) sejak tahun 1977.
Mereka terkenal sebagai kucing yang sangat aktif, cerdas, dan penuh rasa ingin tahu. Jika anda seorang yang s**akan kucing yang “banyak cakap”, s**a mengikut ke mana saja anda pergi, maka Oriental Shorthair mungkin baka yang sesuai untuk anda.

Ciri Fizikal
Oriental Shorthair mempunyai tubuh badan yang atletik, panjang dan ramping, dengan otot yang kemas. Bentuk kepala mereka berbentuk segitiga dan muncungnya tirus. Ciri paling jelas sudah tentu telinga mereka , besar, lebar dan berdiri tegak seperti “sayap kapal terbang”.

Mata Oriental Shorthair berbentuk almond dan biasanya berwarna hijau terang.
Bulu mereka pendek, halus dan licin seperti satin, menjadikan mereka mudah digroom dan tidak memerlukan penjagaan bulu yang rumit.

Keperibadian
Oriental adalah kucing yang sangat sosial. Mereka tidak s**a dibiarkan seorang diri terlalu lama. Kucing ini cenderung membentuk hubungan yang rapat dengan pemiliknya dan sering menunjukkan rasa manja dengan cara menggesel, mengiau dan duduk berdekatan.

Mereka juga terkenal sebagai kucing yang bijak dan laju belajar.
Jika diberi permainan interaktif, Oriental boleh jadi kucing yang sangat aktif, s**a bermain dan cepat mempelajari arahan mudah.

Kesihatan
Walaupun baka ini secara umum sihat, namun mereka boleh memiliki kerentanan genetik yang sama seperti Siamese, antaranya masalah jantung, gigi dan gangguan pernafasan tertentu. Pemeriksaan berkala dengan veterinar amat digalakkan.

Bina daya tahan tubuh yg baik untuk si bulus. Berikan probiotik. https://s.shopee.com.my/1VveBbIqx7

25/04/2026

🤓

24/04/2026

Dengan kos hidup makin tinggi, apa cabaran utama yang anda hadapi untuk jaga sibulus sekarang?

  Feline Leukimia Virus 😕
24/04/2026

Feline Leukimia Virus 😕

Stesen Shell mempunyai seekor kucing yang memakai vest dengan logo syarikat tersebut. Seorang pemandu telah mengambil ga...
24/04/2026

Stesen Shell mempunyai seekor kucing yang memakai vest dengan logo syarikat tersebut.

Seorang pemandu telah mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial. Rupa-rupanya, kucing itu bukan satu-satunya yang memakai uniform Shell. Orang lain turut mengambil peluang untuk berkongsi gambar kucing ini

Lepas ni boleh calonkan nonet, momoi, talib, bla bl bla😹

24/04/2026

😭 Sedihnya.
Macam pergi tak kembali.
Kenapa ya? Apa yang terjadi?

🎥 Putra Anas

Address

No. 28A, Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601156718930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hai Meow posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hai Meow:

Shortcuts

Share

Category