Terra Tropika Agriculture

Terra Tropika Agriculture Agriculture consultants with a passion for fruit trees. We supply tropical fruit trees and provide advisory for any planting issues and development.

16/09/2026

Nak daun hijau dan pucuk meletus walaupun pada musim panas?

Guna 4 input baja tabur dan foliar ini sahaja!

14/09/2026

Lagi pokok kena Fusarium!

Pangkas dahan yang terjangkit dan segera rawat dengan ubat triazole-based sebelum melarat.

๐—ง๐—›๐—˜ ๐—™๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—˜ ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—•๐—ญAlhamdulillah, semalam kami bersama-sama pasukan pengurusan ladang PKPP Plantations dalam sesi latihan ...
12/09/2026

๐—ง๐—›๐—˜ ๐—™๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—˜ ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—•๐—ญ

Alhamdulillah, semalam kami bersama-sama pasukan pengurusan ladang PKPP Plantations dalam sesi latihan ๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ค๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ป๐˜ฐ๐˜ญ (๐˜—๐˜‰๐˜ก).

Cabaran harga buah Durian yang jatuh mendadak 2 musim berturut-turut memaksa ladang untuk memikirkan kaedah lain untuk mengurangkan kos dan menambahkan hasil.

Salah satu cara yang kami anjurkan adalah penggunaan hormon PBZ untuk merangsang pembungaan.

Teknik yang digunakan secara meluas di Thailand dan Vietnam ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding cara konvensional (tabur baja push bunga), iaitu

โœ… Pekebun boleh memilih dan menyusun zon dan blok untuk merangsang pembungaan

โœ… Memerlukan tempoh panas yang pendek untuk pemutikan bunga yang lebat dan konsisten

โœ… Menjimatkan kos pembajaan push bunga sebanyak 30-40% semusim

Teirma kasih kepada pihak PKPP Plantation berlapang dada menjemput kami berkongsi ilmu dan teknik baharu ini.

Semoga ilmu yang dikongsi ini diamalkan sehingga berjaya!

11/09/2026

Kalau daun Durian anda kuning seperti kulit mangga dan gugur, jangan risau!

Itu adalah petanda penuaan daun iaitu proses semulajadi tumbesaran pokok anda.

Durian di Hainan tak menjadi? Tanam p**a di Yunnan. Betul-betul bersempadan dengan Vietnam. China ni mudah, buat sampai ...
10/09/2026

Durian di Hainan tak menjadi? Tanam p**a di Yunnan. Betul-betul bersempadan dengan Vietnam. China ni mudah, buat sampai jadi.

โ€œ๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ฅ ๐——๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐——๐—” ๐——๐—”๐—จ๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š?โ€โ€œYa, kalau tengok corak interveinal chlorosis pada daun memang sah Magnes...
10/09/2026

โ€œ๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ฅ ๐——๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐——๐—” ๐——๐—”๐—จ๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š?โ€

โ€œYa, kalau tengok corak interveinal chlorosis pada daun memang sah Magnesium deficiency.โ€

โ€œMaksudnya tak semua Magnesium dalam dolomite diambil akar.โ€

Bila dilihat bentuk muka bumi, tak hairan lah berlaku leaching - pokok ni ditanam kat lereng bukit kot.

Tapi itu bukan penghalang untuk memastikan kesemua daun kekal hijau, cuma kami perlu tune dengan input yang sesuai.

1๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜€ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ถ - produk yang mengandungi Humic, Fulvic dan Alginic Acid berfungsi untuk tingkatkan CEC tanah supaya baja yang ditabur boleh bertahan lama di tanah.

Sembur pada tanah dengan dos 50 g + 20 L air sahaja. Jimat.

2๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ผ๐—ฝ ๐—จ๐—ฝ ๐— ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐˜‚๐—บ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฐ๐˜ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—–๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ถ - suapkan pokok terus dengan foliar yang mengandungi Magnesium seperti Mammoth Combi. Mangan dalam foliar ini juga akan membantu percepatkan kehijauan daun.

Sembur bawah daun dengan dos 30 mL + 20 L air setiap 7 hari sehingga daun kembali hijau.

3๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—•๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฆ๐—น๐—ผ๐˜„ ๐—ฅ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ ๐—•๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ ๐—š๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ๐—ป - baja ini mengandungi kesemua makro dan mikronutrien lengkap termasuk Magnesium. Zeolite dalam baja ini juga membantu meningkatkan CEC tanah.

Tabur setiap 2 bulan selagi pokok dalam fasa vegetatif.

Semoga tips ini membantu dalam perkebunan anda!

09/09/2026

Zorvec adalah kawalan kulat Kanker Batang dengan perawis aktif generasi baharu!

Gandingkan dengan Curzate untuk pencegahan total penyakit pokok Durian anda.

09/09/2026

Kawal Teritip dengan menggilirkan Azatin (buprofezin,) dengan Taci (acetamiprid + pyriproxyfen). Pastikan kump**an yang IRAC berbeza digunakan!

08/09/2026

Daun muda berbintik-bintik putih dan beralun? Itu adalah simptom kekurangan zink!

Guna foliar seperti Mammoth Combi untuk merawat masalah kekurangan mikronutrien ini.

โ€œ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—จ๐—ก ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—”๐—›โ€โ€œKawan saya yang beritahu macam tu. Perkara biasa bila pokok lep...
08/09/2026

โ€œ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—จ๐—ก ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—”๐—›โ€

โ€œKawan saya yang beritahu macam tu. Perkara biasa bila pokok lepas musim buah daunnya kekuningan. Tapi pokok ni lama-kelamaan makin teruk sampai tak boleh diselamatkan.โ€

โ€œTak betul tu, tuan. Pokok yang sihat daunnya kekal hijau lepas habis berbuah. Cuma pokok akan salin daun baharu dan flushing daun lama dalam tempoh sebulan selepas tu.โ€

Rupa-rupanya pokok ni dok bergelut dengan penyakit Kanker Batang sejak 2 bulan selepas tamat musim buah.

Cuma tuan kebun pada mulanya ingatkan daun kuning adalah perkara biasa.

Apabila diminta bongkar pangkal, baru lah dapat confirm jangkitan penyakit tanah dan tak sampai seminggu selepas tu pokok ini pun telah meninggalkan kita.

Macamana kita nak pastikan isu ini tidak berulang pada musim-musim akan datang?

Kita bawakan 3 pendekatan iaitu:

1๏ธโƒฃ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป - perkara pertama yang perlu dilakukan rakan tani ini adalah pantau kesihatan pokok melalui pemerhatian indikator pada pokok itu sendiri.

Perdu pokok tiada kesan tompok merah kehitaman, daun tidak kuning dan pucuk baharu sentiasa keluar selepas menggunakan baja subur.

2๏ธโƒฃ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ฎ - Pencegahan boleh dilakukan sejurus selepas musim buah dengan semburan racun yang mengawal Kanker Batang dan penyakit-penyakit lain.

Antara racun kulat generasi baharu yang boleh digunakan termasuk Zorvec dan Curzate M yang mengandungi gandingan 4 bahan aktif (a.i) untuk perlindungan total.

3๏ธโƒฃ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ - Pastikan zon akar kekal sihat dengan top-up balik mikrob dan kulat berfaedah supaya dapat menyukarkan patogen menyerang pokok.

Penggunaan Trichoderma Super Active dan Bacillus Root Activator memadai dalam repop**asi mikrob berfaedah dalam tanah serta menggalakkan akar baharu.

Ini lah 3 langkah mudah untuk mencegah dan mengawal penyakit bagi pokok Durian matang.

Tempoh ini amat kritikal kerana pokok sudah โ€œpenatโ€ mengerahkan tenaga untuk menghasilkan buah terbaik bagi tuan kebunnya.

Selepas rawatan dan pencegahan penyakit tanah, baru lah kita tabur dan sembur baja subur demi kelangsungan dan kesihatan pokok.

Semoga tips ini membantu dalam perkebunan anda!

Address

Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60129890994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terra Tropika Agriculture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terra Tropika Agriculture:

Shortcuts

Share