Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang

Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang "KEBAJIKAN ITU IBADAH"

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَSeluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau ...
08/03/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian rakan seperjuangan, PB Ahmad Rizzudin bin Mohd Yatimmurrizal dari BBP Perai yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2026, akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk hadir bertugas.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat serta seluruh warga JBPM. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sebagai tanda kebajikan dan solidariti sesama warga jabatan, Persatuan Kebajikan JBPM Pulau Pinang telah menyalurkan sumbangan kepada waris Allahyarham iaitu:
• Duit Pengurusan Jenazah RM500, diserahkan kepada waris melalui Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON) dan Ketua Balai BBP Perai.
• Khairat Kematian RM800, yang telah disampaikan oleh wakil persatuan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah buat Allahyarham.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

ZIARAH KEBAJIKAN PEGAWAI Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pulau PinangWakil Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba...
06/03/2026

ZIARAH KEBAJIKAN PEGAWAI Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

Wakil Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan ziarah ke Hospital Bagan Specialist, Butterworth bagi menziarahi PKPgB Naddzmee Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil, pegawai dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang yang kini menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 5 Mac 2026.

Ziarah ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga JBPM terhadap pegawai yang sedang menerima rawatan.

Semoga beliau diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN KEBAJIKAN BOMBA PULAU PINANGPersatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Ne...
04/03/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN KEBAJIKAN BOMBA PULAU PINANG

Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2026 pada 4 Februari 2026 bertempat di Pejabat Zon 3, JBPM Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan persatuan serta usaha memperkasakan kebajikan ahli, termasuk penyelarasan program kebajikan, penyampaian sumbangan kepada ahli serta hal-hal pentadbiran persatuan bagi memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Komitmen semua Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat ini mencerminkan kesungguhan persatuan untuk terus memainkan peranan aktif dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga bomba dan penyelamat di negeri Pulau Pinang.

Semoga segala perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat bersama. 



TARIKH : 14 MAC 2025 – Penyampaian Sumbangan Faedah Perkahwinan kepada Ahli persatuan Sebanyak RM 300 yang telah disampa...
14/03/2025

TARIKH : 14 MAC 2025 – Penyampaian Sumbangan Faedah Perkahwinan kepada Ahli persatuan Sebanyak RM 300 yang telah disampaikan oleh wakil Ahli Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang Tuan Hadzi bin Mohamed Yusuff kepada Ahli persatuan Tuan Muhammad syafiq bin Noor Azman dari Zon 1.

Tahniah di ucapkan kepada beliau dan pasangan semoga ikatan perkahwinan yang dibina dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.

TARIKH : 14 MAC 2025 – Penyampaian Sumbangan Bantuan Kebajikan Faedah kematian Ayah kepada Ahli Persatuan dari Ahli Jawa...
14/03/2025

TARIKH : 14 MAC 2025 – Penyampaian Sumbangan Bantuan Kebajikan Faedah kematian Ayah kepada Ahli Persatuan dari Ahli Jawatankuasa Persatuan Tuan Mohd Shukhri bin Abd Rahman kepada Ahli Persatuan Muhammad Hafiz bin Mat said yang bertugas di Bahagian Pengurusan sebanyak RM 200.

Takziah daripada Seluruh Warga Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan semoga seluruh Ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.

TARIKH : 12 MAC 2025 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Negeri ...
14/03/2025

TARIKH : 12 MAC 2025 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang kali ke 27 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato' Sri Hj. Wan Mohd Nor ,Ibu Pejabat Bomba Batu Kawan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YS Mohamad Shoki bin Hamzah ,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Penolong-Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Zon, dan Ketua-Ketua Balai yang memberikan sokongan dan komitmen terhadap perkembangan persatuan.

Susulan selepas majlis perasmian tersebut, mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa persatuan yang baru telah dijalankan bagi penggal 2025-2027. Proses pemilihan ini berlangsung dengan penuh demokrasi dan semangat kerjasama, di mana ahli-ahli persatuan memberikan sokongan padu dalam memilih kepimpinan yang bakal menerajui persatuan untuk sesi yang akan datang.

Tahniah diucapkan kepada yang dipilih dan diharapkan dengan barisan kepimpinan yang baru ini, Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang dapat terus bergerak maju dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan semua anggota Jbpm Pulau Pinang.

TARIKH : 2 Disember 2024 – Penyampaian Sumbangan Bantuan kebajikan Bencana Banjir Sebanyak RM 300  secara terus ke akuan...
03/12/2024

TARIKH : 2 Disember 2024 – Penyampaian Sumbangan Bantuan kebajikan Bencana Banjir Sebanyak RM 300 secara terus ke akuan Ahli Persatuan Encik Mohd Zuki bin Ariffin yang bertugas di BBP Pengkalan Chepa Kelantan. Semoga Sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.

TARIKH : 2 Disember 2024 – Penyampaian Sumbangan Bantuan kebajikan Bencana Banjir Sebanyak RM 300  secara terus ke akuan...
03/12/2024

TARIKH : 2 Disember 2024 – Penyampaian Sumbangan Bantuan kebajikan Bencana Banjir Sebanyak RM 300 secara terus ke akuan Ahli Persatuan Encik Mohd Damanhuri bin Abdul Karim yang bertugas di BBP Gerik Perak. Semoga Sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.

TARIKH : 2 Disember 2024 – Penyampaian sumbangan Bantuan kebajikan Faedah Kematian Ibu kepada Ahli Persatuan yang disamp...
02/12/2024

TARIKH : 2 Disember 2024 – Penyampaian sumbangan Bantuan kebajikan Faedah Kematian Ibu kepada Ahli Persatuan yang disampaikan oleh Bendahari Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang, Puan Asmar Nida binti Abdul Manan kepada kepada Ahli persatuan Encik Norizal bin Md Rabani yang bertugas di Bahagian Penyiasatan kebakaran sebanyak RM 200. Salam takziah daripada seluruh Warga Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.

TARIKH : 1 Disember 2024 - Penyampaian Sumbangan Bantuan kebajikan Faedah Hospital Sebanyak RM 255 diatas kemasukan  Ahl...
02/12/2024

TARIKH : 1 Disember 2024 - Penyampaian Sumbangan Bantuan kebajikan Faedah Hospital Sebanyak RM 255 diatas kemasukan Ahli Persatuan selama 17 hari di Hospital Pulau Pinang dari wakil Ahli Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang, Encik Ridzuan Bin Abdul Rahman kepada Ahli Persatuan Encik Shabbir bin Ahmad yang bertugas di Balai Bomba Teluk Bahang.
Semoga Sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan seluruh Warga Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang mendoakan beliau diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

TARIKH :  27 November 2024 – Penyampaian Cenderahati dari Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang ...
02/12/2024

TARIKH : 27 November 2024 – Penyampaian Cenderahati dari Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang, Tuan Azhar Bin Hamat kepada dua Ahli Persatuan iaitu Tuan Yusri bin Mohd Yussof @ Hashim yang dinaikan pangkat dan akan bertukar ke JBPM Perak dan Tuan Abdul Rahim Bin Ismail yang dinaikan pangkat dan akan bertukar ke JBPM Putrajaya. Tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut dan semoga terus maju jaya di dalam Perkhidmatan diucapkan dari seluruh Warga Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang.

TARIKH : 19 November 2024 – Penyampaian Sumbangan Faedah Perkahwinan kepada Ahli persatuan Sebanyak RM 300 yang telah di...
02/12/2024

TARIKH : 19 November 2024 – Penyampaian Sumbangan Faedah Perkahwinan kepada Ahli persatuan Sebanyak RM 300 yang telah disampaikan oleh wakil Ahli Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang Encik Ridzuan Bin Abdul Rahman kepada Ahli persatuan Encik Wan Hafizzy Bin Wan Ahmad dari BBP Teluk Bahang . Tahniah di ucapkan kepada beliau dan pasangan semoga ikatan perkahwinan yang dibina dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.

Address

Jalan Batu Kawan
Simpang Ampat
14100

Telephone

+6045047222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Bomba Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share