24/02/2024
Sebagai anak jati Melaka semestinya saya teruja untuk merasai pengalaman menginap Di Hotel atau Resort Baru Di Melaka ๐
Jadi, untuk percutian sempena cuti sekolah ini saya Memilih Park Royal A Famosa Resort Melaka untuk bawa anak-anak bercuti Di dalam Melaka ๐ฅฐ
๐ Bilik
Jenis Bilik- Superior Room Double Queen Bed
Suasana bilik yang tenang dan sunyi.. Boleh lepak santai di ruang balkoni jauh dari bingit hiruk pikuk bandaraya. Sesuai beristirehat setelah penat bekerja ..
Tilam Double Queen empuk memang besar dan selesa. Bantal dan Cadar juga bersih dan wangi. Iron Board, Laundry Bag, Bathrobe, Peti keselamatan juga disediakan..Yang paling penting dalam bilik disediakan banyak cermin ๐
๐ฝ๐๐ฟ Bilik Air
Ada toiletries disediakan. Bilik mandi dan bilik air berasingan, jadi tak Ada masalah bila Ada orang mandi, orang lain boleh guna toilet ๐ hair dryer pun ada. Overall keadaan toilet memang bersih ๐
๐ณBreakfast
Banyak pilihan menu, antaranya Nasi Lemak sambal bilis, Ayam goreng berempah, Rendang daging dan macam-macam lagi. Rasa makanan memang sedap dan boleh makan. ๐๐ป
๐ - Swimming Pool
Antara swimming pool yang best pernah pergi. Kawasan swimming pool yang Luas dan permandangan sekeliling juga cantik dan menyamankan ๐ฅฐ Ada gelongsor yang mesra kanal-kanak dan kawasan istirehat tepi swimming pool yang selesa.
Tuala disediakan Kat sini tak perlu bawa tuala dari bilik. Kolam sangat bersih dan terjaga.
๐งธ Kids Playroom
Ada disediakn bilik berhawa dingin untuk kanak-kanak bermain permainan indoor seperti Lego, susun atur blok kayu, Uno Kad dan macam-macam lagi,
Sepanjang berada disini staff sentiasa dalam keadaan mesra Menyapa kami para tetamu.. terasa di alu2 kan kedatangan kami di resort mereka ๐ฅฐ
Bagi saya Park Royal A Famosa Resort Melaka bakal menjadi salah satu hotel yang menjadi tarikan di Melaka kerana suasana resort yang cantik, tenang dan bersih pastinya membuat pengunjung akan kembali menginap disini.
Saya sendiri juga akan kembali menginap disini kerana memberikan saya pengalaman manis sepanjang bercuti disini โค๏ธ
Rating dari saya untuk Park Royal A Famosa Resort Melaka adalah 10/10.