11/11/2025
Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan โBangsa Johor Sejahteraโ bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada Agenda Maju Johor 2030 melalui enam teras utama yang memacu kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
Belanjawan kali ini memberi penekanan menyeluruh terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor. Selain merancakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan serta memperkukuh pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur strategik, pelbagai insentif baharu turut diperkenalkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat.
Pembentangan ini bukan sekadar sebuah belanjawan, tetapi mencerminkan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang menyeluruh sebagai manifestasi Kerajaan Negeri untuk membina masa depan Johor yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan.
Ayuh sama-sama saksikan pembentangan Belanjawan Johor 2026 dengan tema "Bangsa Johor Sejahtera" pada 13 November 2025, jam 9.30 pagi, secara langsung di laman Facebook Onn Hafiz Ghazi.
Bersama kita terus melangkah, memperkasa Johor menuju negeri maju, makmur dan sejahtera. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor