14/06/2022
TIPS MEMILIH BUSANA PENGANTIN( WARNA, JENIS dan SEBAGAINYA)
Saya bukanlah pakar dalam bidang ini,namun hasil berkongsi pendapat, pengalaman, dan pemerhatian di setiap kali mengacarakan majlis-majlis perkahwinan.Ini Tipsnya:
1.Tempah/beli/sewa:
Untuk mendapatkan baju pengantin, tiga cara utama yang boleh dilakukan; tempah, beli ataupun sewa. Cara terbaik adalah dengan menempah, kerana anda boleh berbincang dengan tukang jahit berkenaan rekabentuk yang diingini berdasarkan citarasa anda. Tambahan lagi, ukuran dan saiz boleh disesuaikan dengan badan korang. Kalau korang nak beli yang dah siap, sesuai kalau korang yang ade bentuk dan saiz badan yang normal kerana kebanyakan baju direka berdasarkan saiz normal kebanyakan orang. Ataupun, kalau korang takde bajet yang tinggi untuk menempah sendiri atau membeli yang dah siap, korang boleh menyewa set pakaian pengantin daripada butik-butik pengantin. Namun, harus diingat, perlu menyewa dengan lebih awal, takut takde saiz dan baju yang sesuai kalau lambat.
2. JENIS TUBUH BADAN DAN KESESUAIAN:
A) Badan Gempal Dan Tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
B) Badan Kurus Dan Rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi seperti wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.
C) Badan Kurus Dan Tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
D) Bentuk Badan Buah Pear
Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
E) Bentuk Tubuh Epal
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
F) Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
G) Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping.
YANG PALING PENTING ,BERBINCANGLAH DENGAN DESIGNER/BUTIK.
Cadangan saya terus berbincang dengan pereka busana seperti Saiful Zali Designer
Jom kita tengok sebahagian design busana anggun yang disediakan oleh Butik Saiful Zali.
ππππππππππππππππ