Pejabat Penerangan Daerah Manjung

Pejabat Penerangan Daerah Manjung Jabatan Penerangan Malaysia
Eksklusif Seiring Naratif

27/09/2026

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah yang lebih tegas bagi memastikan graduan mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka serta gaji yang adil dalam Belanjawan 2027, yang akan dibentangkan pada 9 Okt.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan ketika ini dalam peringkat akhir menyiapkan belanjawan tersebut dan akan merangka usaha yang lebih serius, agar kenaikan gaji setara dengan kelayakan para graduan.

“Saya pernah buat kajian dulu tentang kenaikan produktiviti dan kenaikan upah. Contoh Korea Selatan terutamanya, produktiviti tinggi, upah pun ikut (meningkat).

“Di Malaysia, produktiviti terus meningkat, tapi kadar upah itu meningkat sedikit sahaja. Jadi terpaksa kita gunakan kuasa kerajaan untuk menekan sedikit,” kata Perdana Menteri.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2612143


27/09/2026

Penghantaran ubat melalui pos secara percuma bermula 1 Okt 2026 kepada pesakit yang membuat permohonan


27/09/2026
Manjung | 26 September 2026- Sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Pekan Pantai Remis di P...
26/09/2026

Manjung | 26 September 2026- Sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Pekan Pantai Remis di Pusat Tabung Makanan Manjung di Kg Koh Sitiawan.
‎
‎Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan YBrs. Puan Chew Nguk Ting Ketua Komuniti MADANI Pekan Pantai Remis.
‎
‎Seterusnya diadakan Sesi Sembang Santai berkaitan Kempen Internet Selamat oleh YBrs Encik Muhammad Irsyad bin Abd Majid Pegawai Penyelaras Komuniti MADANI Pekan Pantai Remis.
‎
‎Majlis turut dihadiri YBrs Encik Andi bin Abdul Rohim Wakil Pegawai Penerangan Daerah Manjung menyampaikan maklumat Sembang Santai Pengumuman kerajaan mengenai kadar lindungan dipertingkatkan dari 600KWJ kepada 800KWJ penggunaan elektrik domestik bagi tanggani keluhan rakyat berhubung kenaikan bil elektrik. Pengunaan smart meter bagaimana mengawal kadar pengunaan elektrik dengan bijak dan MyKad Generasi Baharu.
‎
‎Selesaikan Sembang Santai diadakan edaran bahan penerbitan, sesi Cabutan Bertuah dan jamuan makan.
‎
‎Turut hadir YBrs Puan Hoo Heah Mee Ketua Komuniti MADANI DUN Astaka dan YBrs Encik Ling Hing Hwa Ketua Komuniti MADANI Sitiawan.
‎
‎Terima kasih semua yang hadir menjayakan majlis.
‎
‎
‎
‎
‎
‎
‎
‎

26/09/2026

KUSKOP telah membantu lebih 3,000 PMKS dan koperasi memperoleh pensijilan halal dalam tempoh lima tahun lalu. Usaha ini akan terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik industri bagi memudah cara dan mempercepat proses pensijilan halal usahawan tempatan. 🤝✨




26/09/2026

[TERKINI]

📌 Kerajaan berhasrat tambah peruntukan untuk usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar

26/09/2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Okt ini.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu, akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2612102


Fahmi Fadzil
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

26/09/2026

Kerajaan MADANI memperluas tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan, berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026. ⚡🏠




Manjung | 26 September 2026- Sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Beruas dan Pertandingan...
26/09/2026

Manjung | 26 September 2026- Sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Beruas dan Pertandingan Sepak Takraw DUN Pengkalan Baharu di Arena Harmoni, Kg Bakar Bata, Beruas.
‎
‎Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan YBrs. Encik Abdul Kadir Jalani Ismail Ketua Komuniti MADANI Beruas. Majlis turut dihadiri YBrs Encik Andi bin Abdul Rohim Wakil Pegawai Penerangan Daerah Manjung menyampaikan maklumat dalam Sesi Sembang Santai berkisarkan 6 Ikhtiar Untuk Rakyat dan Pengumuman kerajaan mengenai kadar lindungan dipertingkatkan dari 600KWJ kepada 800KWJ penggunaan elektrik domestik bagi tanggani keluhan rakyat berhubung kenaikan bil elektrik. Pengunaan smart meter bagaimana mengawal kadar pengunaan elektrik di kediaman dengan bijak dan MyKad Generasi Baharu.
‎
‎Selesaikan Sembang Santai diadakan edaran bahan penerbitan dan jamuan makan serta dimulakan Pertandingan Sepak Takraw DUN Pengkalan Baharu.
‎
‎YB Datuk Azman bin Noh ADUN Pengkalan Baharu turut bersama menyantuni peserta-peserta pertandingan dan orang ramai yang hadir memberi sokongan dalam penganjuran program sukan memupuk semangat kerjasama sepasukan sambil bersilaturahim. Sukan menyatukan semua.
‎
Tahniah kepada Komuniti MADANI Beruas ,Pejabat ADUN Pengkalan Baharu, barisan urusetia dan ‎semua peserta pertandingan dan orang ramai yang hadir menjayakan majlis.
‎
‎
‎
‎
‎
‎
‎
‎

26/09/2026

Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) penting untuk kerajaan mengawal selia medium media sosial negara ini bagi menjamin keselamatan ruang digital.





Address

Pejabat Penerangan Daerah Manjung, Jalan Dato Ahmad Yunus
Sitiawan
32000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056911688

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Manjung:

Shortcuts

Share

Category