Apa Menarik

Apa Menarik Laman yang berkongsi tentang info terkini di Malaysia. Perkongsian resepi dan sebagainya lagi.

15 Maut, Pelajar UPSI Terlibat Kemalangan BasGerik, Perak - Seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis ...
09/06/2025

15 Maut, Pelajar UPSI Terlibat Kemalangan Bas

Gerik, Perak - Seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun awal pagi tadi, 9 Jun 2025.

Bas membawa 44 orang penumpang termasuk 42 penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Menurut maklumat sumber, kejadian dilaporkan berlaku 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.

Kejadian berlaku di kawasan berdekatan Tasik Banding, Jalanraya Timur Barat. Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik melibatkan seorang pegawai dan tiga anggota yang segera bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira pukul 2.11 pagi di tempat kejadian.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati terdapat sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terbalik setelah bertembung dengan sebuah Perodua Alza.

Sewaktu kejadian semasa, terdapat dua mangsa wanita yang mengalami kecederaan. Didapati seorang patah tangan dan seorang lagi cedera di kepala. Mereka bergegas dihantar ke Hospital Gerik pada pukul 2.28 pagi dan tiba di hospital kira-kira sejam kemudian kerana jarak lokasi kejadian dan hospital mengambil masa yang lama.

Pihak Upsi dalam sebuah hantaran di muka buka rasminya, turut mendoakan semoga urusan pelajar yang terlibat dalam kemalangan dipermudahkan segala urusan.

"Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini," tulisnya.

Difahamkan bas tersebut dalam perjalanan ke kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Jerteh, Terengganu.

Kredit : Duniaartismalaysia

Apa Menarik


13 Mei 2025, Sepuluh orang anggota FRU (Unit Simpanan Persekutuan),  maut dalam kemalangan ketika kenderaan FRU yang mem...
13/05/2025

13 Mei 2025, Sepuluh orang anggota FRU (Unit Simpanan Persekutuan), maut dalam kemalangan ketika kenderaan FRU yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu, bertembung dengan lori yang membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Apa Menarik



09/05/2025

Rifdean Masdor hanya memerlukan 47 saat sahaja untuk menumbangkan pihak lawan iaitu Nongbia, dengan kemenangan TKO ke atas pihak lawan dalam pusingan pertama.

Rifdean Masdor menumbangkan lawannya, Nongbia dalam perlawanan ONE Friday Fights 107.

Tahniah Rifdean Masdor.

Apa Menarik



08/05/2025

Sebuah MPV Merempuh Sebuah Restoren KFC

Pelanggan serta pekerja sebuah restoran makanan segera di

Sebuah kenderaan MPV merempuh restoran KFC di
Jalan Haji Mohd Ali, Sitiawan, pelanggan yang sedang menikmati makanan terkejut apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh masuk ke dalam restoran berkenaan, malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar waktu 9.09 malam. Seorang wanita warga emas cedera terkena kena rempuhan tersebut. Warga emas berusia 70-an itu, tersepit di bahagian bawah MPV tersebut.

MPV itu, dipercayai terbabas dan melanggar pintu kaca restoran menyebabkan wanita warga emas tersepit kerana tidak sempat melarikan diri.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung ke lokasi membantu pihak pasukan perubatan.

Mengikut saksi ditempat kejadian mengatakan kereta MPV tersebut melanggar lampu isyarat dan merempuh laju ke arah KFC.

Kredit Video : Pemilik video

Apa Menarik

KualaTerengganu - Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang...
01/05/2025

KualaTerengganu - Polis Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram bernilai RM32,000 pada 28 April lalu.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun yang juga peniaga kedai kosmetik ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi di sini, kira-kira 8.40 malam.

"Aset yang disita termasuk Toyota Alphard, Mini Cooper Countryman dan Range Rover, wang tunai berjumlah RM7,700, serta beberapa barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki emas.

P/s: Jauhi dadah, kerana dadah membinasakan.

28/04/2025

Tahniah Miki Ghazali.
Sikap Miki yang merendah diri, yang buat ramai kagum dengannya.

Adat perlawanan pasti ada yang menang dan kalah. Terima kekalahan dengan semangat kesukanan.

Miki Ghazali berpotensi besar untuk menjadi jaguh Muay Thai yang disegani. Jika dilihat daripada setiap perlawanan Miki Ghazali, pergerakan kaki dan tangannya bagus ketika berlawan.

Semoga Miki Ghazali terus berjaya.

Apa Menarik




01/04/2025

Subhanallah, pipeline gas Petronas Putra Height bocor, bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran. Sama-sama doakan agar tiada kemalangan jiwa.
@

Rodtang Menang Lawan Takeru.Rodtang petinju Muay Thai yang  berasal daripada Thailand, Rodtang Jitmuangnon berjaya memba...
24/03/2025

Rodtang Menang Lawan Takeru.

Rodtang petinju Muay Thai yang berasal daripada Thailand, Rodtang Jitmuangnon berjaya membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM221,000 selepas menumbangkan Takeru dalam masa 80 saat di ONE Championship 172 dalam kategori Flyweight Kickboxing Super-Fight.

Apa yang menariknya, jaguh Muay Thai ini ingin berkongsi rezeki kemenangannya dengan memberikan sebahagian hadiah kemenangan tersebut kepada komuniti Islam. Kemurahan hati Rodtang wajar dijadikan inspirasi oleh petinju lain.

"Saya akan hadiahkan separuh daripada jumlah wang kemenangan saya (USD25,000) kepada saudara Muslim yang memerlukan.

Ramai kagum dengan kehebatan Rodtang. Walaupun dia hebat berlawan dan jinakkan lawan, tapi dia tetap menghormati pihak lawan. Seperti kita lihat di akhir perlawanan kelihatan Rodtang datang meminta maaf dengan Takeru dan mencium Takeru.

Hebat saudara mualaf kita ini. Tahniah Rodtang rezeki anak lelaki yang bakal lahir tidak lama lagi.

Apa Menarik

16/03/2025

Satu cubaan samun telah berlaku di 7 Eleven Tmn Halaman Indah, Penang kira-kira jam 5.30 pagi tadi ketika staff sedang sahur.

Pekerja 7 Eleven yg melihat kelibat kedua-dua orang penyamun tersebut melalui CCTV bertindak melarikan diri menggunakan pintu belakang.

Sumber hasil perkongsian group whatsapp.

Apa Menarik

Address

Sitiawan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apa Menarik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share