Tonewow Sitiawan/Manjung

Tonewow Sitiawan/Manjung RM50 sebulan untuk Data 89GB + CALL UNLIMITED ALLNET

Laporan Rancangan Hadapan bagi perindustrian telekomunikasi telah berada di pasaran. Laporan ini sangat penting bagi men...
26/08/2020

Laporan Rancangan Hadapan bagi perindustrian telekomunikasi telah berada di pasaran. Laporan ini sangat penting bagi menilai halatuju sistem komunikasi dunia. Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak dari sudut permintaan data bagi urusan harian. Ini adalah kesan proses transformasi yang telah dilakukan kerajaan yang telah menaiktaraf kesemua sistem jalur lebar negara kepada 4G.

Laporan kajian tersebut juga ada menyebut Malaysia masih lagi tersenarai sebagai negara yang menjual Data pada kadar yang sangat mahal. Semua ini adalah kesan daripada permintaan yang tinggi. Yang pastinya berlaku perubahan besar dalam medium komunikasi negara daripada Voice kepada Media Sosial sebagai perantara perhubung terkini. Peningkatan sebanyak 80% sepanjang 5 tahun terdahulu. Bagaimana pun industri Komunikasi masih menjadi satu perniagaan yang sangat efektif dan berdaya saing.

MAXIS, DIGI, YTL, Axiata dan TIME.Com adalah 4 syarikat gergasi di Malaysia yang diberi tanggungjawab menyediakan semua kemudahan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia agar seiring dengan perkembangan teknologi dunia. Rangkaian jalur lebar Malaysia telah keseluruhannya transmitter rangkaian telah dinaik taraf kepada minima 4G. Pada masa kini pemain industri komunikasi sedang mempertingkatkan rangkaian masing kepada 5G.

Pengguna telefon mudah alih atau smartphone juga boleh menikmati kemudahan 4G dengan lebih selesa ketika ini. Kelemahan yang masih boleh diperbaiki dimana masih terdapat beberapa kawasan pendalaman negara masih belum menerima capaian jalur lebar kerana berada diluar kawasan liputan. Kerajaan telah meluluskan peruntukkan untuk menambah pencawang-pencawang baru bagi menyokong permintaan setempat yang semakin tinggi.

Sungguh pun berada di pendalaman mereka tidak akan dipinggirkan oleh arus kemodenan terkini serta sistem komuniasi yang telah berkembang maju seiring dengan negara lain. Kualiti penerimaan isyarat bagi sesebuah penempatan sangat penting agar semua dapat menikmati faedah perkembangan teknologi masa kini. Pengguna juga berhak untuk menikmati semua kemudahan ini tanpa batasan. Semoga dengan perancangan yang baik oleh pemerintah kini dapat menyokong semua usaha untuk memajukan negara untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi.

JOM BERTUKAR kepada simkad TONEWOW. Dapatkan Simkad Tonewow dengan plan data RM50 sebulan. Kenapa perlu bertukar kepada ...
11/08/2020

JOM BERTUKAR kepada simkad TONEWOW. Dapatkan Simkad Tonewow dengan plan data RM50 sebulan. Kenapa perlu bertukar kepada Tonewow dengan plan data ini.

1) Data 89GB + UNLIMITED call semua rangkaian.
Liputan Data Terpantas dan terkini dengan 4G+. (Versi Upgrade 4G LTE)

2) Khairat Kematian PERCUMA bernilai RM2000.

3) PERCUMA Aplikasi myWow yang boleh digunakan untuk menjual Topup yang bernilai RM250.

4) Mendapat Wowcher Point setiap kali anda TOPUP. Point ini boleh digunakan untuk membeli belah di 1800 pasaraya terpilih diseluruh negara yang mempamerkan logo Mca$h.

5) Plan Booster yang murah RM1 untuk data 1GB

6) Berpeluang Memiliki Proton X70 jika kekalkan nombor lama anda.

7) Berpeluang untuk miliki Proton Exora dengan hanya kekal setia bersama Tonewow.

8) Berpeluang menjana pendapatan dengan menjadi Dealer Tonewow*

9) Berpeluang melancong keluar negara dengan layan 5 bintang ditanggung sepenuhnya syarikat. Semuanya PERCUMA.

Semua peluang dan tawaran ini hanyalah kepada semua pengguna simkad Tonewow sahaja. JOM rebut peluang ini. Berminat untuk dapatkan Simkad Tonewow. Klik sahaja disini https://wa.link/lcmqp2

Semoga ada rezeki saya tahun ni. X70. Hello PROTON, Jom ngopi
11/08/2020

Semoga ada rezeki saya tahun ni. X70. Hello PROTON, Jom ngopi

Kenapa anda perlu bertukar kepada SIMKAD TONEWOW. Kelebihan Tonewow yang sangat dicemburui semua telco lain di Malaysiah...
09/08/2020

Kenapa anda perlu bertukar kepada SIMKAD TONEWOW. Kelebihan Tonewow yang sangat dicemburui semua telco lain di Malaysia

https://youtu.be/qoLEE84uSeQ

www.hafidzarif.com . Tahukah anda? 1. Simkad Tone wow ini mempunyai 6 kelebihan yang biasanya tiada pada kebanyakan simkad lain. 2. Simkad Tone Wow ini juga ...

Kenapa perlu yang lain jika Simkad Tonewow mempunyai kelebihan yang nyata tiada tandingannya
09/08/2020

Kenapa perlu yang lain jika Simkad Tonewow mempunyai kelebihan yang nyata tiada tandingannya

Guna simkad tonewow, Kemudian kongsikan manfaat simkad ini pada orang lain.Dan sekarang beliau bukan saja menikmati komi...
07/08/2020

Guna simkad tonewow,
Kemudian kongsikan manfaat simkad ini pada orang lain.
Dan sekarang beliau bukan saja menikmati komisen RM4,000 sebulan, bahkan layak untuk pakej umrah.
Luar biasa betul Tonewow ni kan?

COVID-19.. Kronologi kejadian di Malaysia dan Apa kesannya??Sedikit ulangkaji bagaimana Pendemik COVID-19 ini memasuki n...
05/08/2020

COVID-19.. Kronologi kejadian di Malaysia dan Apa kesannya??

Sedikit ulangkaji bagaimana Pendemik COVID-19 ini memasuki negara kita. Berdasarkan https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia . Pada 24 Jan 2020 seramai 8 warganegara Cina telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bharu selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti di Singapura. Ujian awal didapati negetif tetapi pada 25 Jan 2020, 3 daripadanya telah disahkan positif dan terus di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk kuarantin. Pihak berkuasa Kesihatan Malaysia diletakkan amaran pada tahap tinggi. Pelbagai usaha diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal rantaian pendemik ini yang mula menular keserata negara. Kes mula dikesan mempunyai simpton yang sama di Sabah, Kedah, Sarawak, Selangor dan Johor dimana kesemuanya melibatkan warganegara Cina. Pada 1 Feb 2020 Kerajaan negeri Sarawak membuat keputusan menutup penerbangan terus dari Cina. Pada 4 Feb 2020 Kementerian Kesihatan melaporkan kes pertama yang melibatkan warganegara Malaysia telah dijangkiti serta beberapa pesakit lain telah sembuh. Pada 5 Feb 2020, dua daripada 107 warganegara dan saudara mara keluarga bukan warganegara telah dibawa p**ang dari Wuhan,Cina oleh kerajaan Malaysia telah disahkan positif dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Pertambahan kes dari sehari ke sehari semunya melibatkan warganegara Cina dan hanya melibatkan 3 kes warganegara Malaysia sahaja. Sehingga 26 Feb, 20 pesakit daripada 22 pesakit yang disahkan positif telah sembuh telah dibenarkan keluar hospital. Semuanya kelihatan seperti terkawal dan tidak memberi kesan kepada pentadbiran negara. Memasuki bulan Mac beberapa kes baru mula dilaporkan melibatkan warga tempatan yang p**ang dari luar negara. Beberapa negara seperti Itali, Jepun, Iran, Korea Selatan dan beberapa negara lain telah dikenakan sekatan perjalanan oleh kerajaan Malaysia. Pada 12 Mac Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 99 kes positif sedang menjalani rawatan.

Pada 13 Mac kerajaan Malaysia mula menjejaki 5000 warga tempatan yang mungkin terdedah dengan virus ini ketika menghadiri satu acara keagamaan di Kuala Lumpur. Hasilnya kes pertama melibatkan negara jiran Brunei disahkan sumber jangkitan dari negara Malaysia. Sebanyak 12 orang disahkan positif membawa virus telah kembali kenegeri masing-masing yang mencetuskan kes sporadis jangkitan dalam masyarakat tempatan. Peristiwa ini telah meningkatkan jumlah kes positif dari 158 pada 12 Mac kepada 197 kes pada 13 Mac. Sekali lagi kita dikejutkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila menyatakan maklumat terbaru peserta yang terlibat dengan majlis agama tersebut bukannya 5000 tetapi melibatkan 14500 peserta dan 41 darinya telah disahkan positif serta jumlah keseluruhan pada ketika ini adalah seramai 238 kes.

Beberapa negara Asia Tenggara mula mengalami peningkatan kes positif yang ketara berikutan kes Jemaah Tabligh Sri Petaling yang diadakan selama empat hari bermula 27 Feb sehingga 1 Mac melibatkan 16000 peserta dimana 1500 dari luar Malaysia. Pada 17 Mac Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan hampir dua pertiga daripada 673 kes positif di Malaysia melibatkan peserta Jemaah Tabligh di Masjid Jamed, Sri Petaling.

Akhirnya pada 16 Mac 2020 PM Malaysia pada ketika itu Tan Sri Muhyidin bin Mohd Yassin telah memperkenalkan Movement Control Order (MCO) iaitu Perintah Kawalan Pergerakkan yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengesan dan mengawal pendemik ini daripada terus merebak serta mengancam kestabilan ekonomi negara. Hampir keseluruhan pentadbiran dan pemacu ekonomi negara dihentikan bagi memutuskan rantaian pendemik ini. Bermulanya satu fenomena baru bagi seluruh rakyat yang terpaksa menghadkan pergerakkan dan tidak dibenarkan keluar bekerja atau membuka perniagaan yang menjadi sumber pendapatan utama rakyat Malaysia. Pelbagai SOP diperkenalkan dan pelbagai sekatan dikenakan kepada semua rakyat. Arahan khusus dikeluarkan agar semua peserta Tabligh supaya hadir di hospital berdekatan supaya menjalani saringan COVID-19.

Sepanjang tempoh PKP segala maklumat akan disiarkan secara langsung melalui television oleh Menteri ataupun Pengarah Kementerian Kesihatan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan pelbagai fasa perlu dilalui secara berperingkat dan akhirnya ledakkan pendemik ini menunjukkan tanda-tanda akan berakhir apabila pada ###### status pesakit positif mula menunjukkan dua angka bagi kes baru harian.

Sepanjang tempoh ini kita semua telah lalui beberapa fasa yang banyak menguji kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran negara yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Fasa yang telah kita lalui adalah seperti berikut:

PKP Tahap 1 - 18 Mac sehingga 31 Mac
PKP Tahap 2 - 1 Apr sehingga 14 Apr
PKP Tahap 3 - 15 Apr sehingga 28 Apr
PKP Tahap 4 - 29 Apr sehingga 12 Mei
PKPP - 13 Mei sehingga 31 Ogos ( Fasa Kini)

Didalam mengharungi setiap fasa ini terdapat juga beberapa tempat yang dikelasifikasikan zon merah dikenakan PKPD dimana semua pergerakkan diperketatkan melibatkan penutupan semua laluan keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Kesulitan dan kepayahan yang dilalui untuk menempuh semua fasa ini telah banyak membuka mata dan mengejutkan semua pihak betapa perlunya kekuatan ekonomi bagi meneruskan kehidupan seperti biasa. Pelbagai insentif diberikan bagi membantu setiap isi rumah seperti bantuan keperluan harian, facemask, moratorium pinjaman dan banyak lagi serta bantuan wang tunai melalui Program Prihatin Nasional. Sehinggalah coretan ini ditulis terlalu banyak telah dilakukan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat kesan dari pandemik Covid19 ini.

Pengajaran yang kita perolehi dengan Pandemik ini kita tidak boleh biarkan berlalu begitu sahaja. Beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi wabak ini yang tiada menunjukkan akan berakhir dalam masa terdekat ini. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah mengukuhkan ekonomi masing-masing bagi menjamin keutuhan sebuah keluarga dan keperluan anak-anak dapat ditunaikan walaupun dalam kesempitan. Rata-rata yang menghadapi masalah kewangan disebabkan mereka hanya mempunyai satu punca pendapatan aktif dimana hasilnya dapat diperolehi dari bekerja ataupun berniaga.

Ketika inilah bermulanya satu norma baru kaedah menjana pendapatan melalui promosi secara online menggunakan medium media sosial yang sememangnya menjadi platform utama yang pop**ar rakyat Malaysia. Peningkatan peniagaan online mempromosikan perniagaan masing sehinggalah dilihat juga beberapa syarikat gergasi negara seperti KFC, McDonald serta HyperMarket mengubah struktur perniagaan berubah secara talian.

Perniagaan e-commance mula menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana semua rakyat tidak berani untuk keluar ditempat awam untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan keperluan harian. LAZADA dan SHOPEE terus dibanjiri pengguna untuk membuat pembelian dalam talian. Pada ketika inilah dilihat betapa pentingnya komunikasi dalam memastikan semua proses urusan pemilihan produk sehinggalah kepada pembayaran tidak boleh mengalalami gangguan transaksi.

Maka timbul p**a isu baru tentang keperluan data untuk rakyat Malaysia bagi tujuan urusan harian serta pembelajaran norma baru melalui talian. Alhamdulilah dengan usahasama dan perbincangan pihak kerajaan dan pemain industri telekomunikasi negara telah bersetuju memberikan 1GB data PERCUMA setiap hari bagi menampung keperluan semua rakyat. Semua perkara melibatkan data dan talian mula menjadi buruan rakyat disebabkan keperluan semasa. Ketika ini berlaku banyak perkara mula menjadi persoalan dengan formula tawaran Telco negara menggunakan istilah UNLIMITED dalam setiap pakej tawaran yang disediakan.

UNLIMITED dah menjadi perkataan buruan oleh semua rakyat kita tetapi yang menjadi persoalan kenapa masih tidak menepati keperluan kita. Rupanya terdapat T&C dalam setiap UNLIMITED tersebut yang selalunya menjadi musuh ketat pengguna. Bermulanya episod baru dalam kehidupan saya mengkaji semua plan data yang ditawarkan oleh Telco negara kita. Selepas seminggu membuat kajian barulah ditemui jawapan kepada semua persoalan tersebut. Hasilnya sangat memeranjatkan apabila disimpulkan semuanya hanya mempunyai satu jawapan sahaja. Untuk ketahui jawapan hasil kajian saya boleh klik disini http://bit.ly/2W4JC24 ataupun disini wa.link_2wxdpn

Address

No 108 Taman Aman Muhibbah 3
Stiawan
32000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tonewow Sitiawan/Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share