CUB.malaysia

Directions Website Contact the business

CUB.malaysia pokok/air/ikan
aquascape & indoor plant
SSM: 202103332414 (IP0564735-K)

10/10/2026

Indoor plant tu kalau akar banyak sangat atau nama lain dia root bound boleh je tambah tanah pasu jangan up besar sangat gembur tanah keliling buang dalam ~30% okay je lepas tu top up tanah yang sesuai. Kalau tanam indoor macam dlm rumah balkoni anjung boleh pakai tanah indoor okay.

09/10/2026

Siram dah tapi layu, ada possibility tanah dah habis atau keupayaan untuk menyimpan air tu dah berkurang sangat2 kadang kita siram indoor plant kita dia lalu je tak singgah pun dekat akar kita sebab tanah kurang akar padat. Ni ficus pokok bergetah tak perlu pun siram hari2 tapi kalau dah rasa macam kerap sangat siram ni boleh lah check.

08/10/2026

Kalau dah boring pokok rimbun sangat lagi2 yang untuk decor rumah tu buat project indoor plant baru lah. Ni antara contoh kita pakai ficus nak ubah karakter dia.

07/10/2026

ni lah terpaling indoor. Dalam banyak2 ni lah terpaling sebab lagi tak jaga lagi dia hidup. Indoor plant pertama anda yang jenis tak sempat nk study research busy dengan kerjaya ambil pokok ni.

06/10/2026

Pemilihan indoor plant tu penting sebab tak semua rumah situasi dia sama dari segi pengcahayaan. Kalau kurang cahaya cari pokok yang boleh tahan untuk decor indoor plant kita okay.

05/10/2026

ada pokok boleh makan ada pokok buat hiasan sahaja ada sebab dia. anak bulus dengan anak kecil kita memang kena hati2 dengan pokok hiasan. Kalau anak tak sampai nak pegang kucing anjing tak gigit semua okay sahaja.

03/10/2026

everfresh boleh duduk luar tanam terus ke tanah pun boleh nanti jadi pokok besar boleh pruninh untuk cabangkan dia untuk control tinggi.

02/10/2026

Keladi hitam atau alocasia regal shield sampai bersama caladium hensem2. Nampak mcm keladi tu tak sesuai sebagai indoor plant kan tapi tak, dia sangat sesuai duduk dalam rumah tepi tingkap sahaja. Cuma adakah dia akan besar daun dia atau sederhana sahaja.

01/10/2026

Kadang beli cantik dah daun besar matang dah nak deco indoor plant dekat rumah sekali daun baru keluar kecil. Petanda lokasi tu tak sesuai dengan keperluan tenaga yang diperlukan. Perlu ubah untuk sambung daun besar cantik tu keluar balik.

30/09/2026

Kebanyakan pokok hiasan indoor plant sebenarnya boleh duduk dalam air cuma kerisauan gagal untuk pokok yang sensitive dengan air contoh zz plant snake plant dan alocasia. Adaptasi atau slow2 memperkenalkan dengan air sebab makin banyak air makin kurang oksigen so tukar air kerap sangat membantu. Nanti bila dah stable boleh jarang tukar air contoh top up sahaja.

Address

Subang Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CUB.malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CUB.malaysia:

Shortcuts

Share