Makan Sedap KL

Makan Sedap KL Himpunan Video Makan Sedap di Malaysia! Best Food Review in Malaysia πŸ”
TT 160K | IG 70K | FB 100K πŸ“ˆ
Video Content Expert πŸ‘¨πŸ»β€πŸ”§
DM for collab πŸ“©

08/06/2026

Proses pembuatan keropok dan lokching yang dijalankan di Kampung Yaring, Talo Kapo, Pattani, Thailand mendapat perhatian ramai kerana masih mengekalkan kaedah tradisional serta penggunaan bahan-bahan segar dalam penghasilannya.

Bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara penghasilan produk tersebut, proses pembuatan turut dirakam dengan persetujuan dan keizinan pemilik kilang untuk tujuan promosi serta perkongsian maklumat kepada pelanggan.

Perlu diingatkan bahawa proses pembuatan keropok dan lokching adalah berbeza mengikut setiap kilang atau pengusaha. Kaedah, resipi, bahan yang digunakan serta teknik penghasilan mungkin tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Oleh itu, paparan ini hanyalah salah satu contoh proses pembuatan yang dilakukan oleh pengusaha di Kampung Yaring, Talo Kapo, Pattani, Thailand, dan tidak mewakili keseluruhan industri atau semua pengeluar keropok dan lokching.

07/06/2026

Satu satunya kedai yang ada nasi bungkus Kelantan di Setapak.

πŸ“ Dapur Meks Viral
Platinum Walk Setapak
(Sebelah Setapak Central)

⏰ Menu breakfast:
8.30 Pagi - 5 Petang

⏰ Menu Tengahari:
11.30 Pagi - 10.30 Malam

‼️ Tutup Hari Isnin

nasidepeytanggo

06/06/2026

Konsert percuma untuk orang Sungai Besar di Orked Food Festival Stadium Sungai Besar bermula hari ini hingga 9 Jun 2026.


04/06/2026

Western cedok termurah di KL, Chicken Chop Station dah buka 5 cawangan kat KL. Yang ni cawangan Wisma Central buka setiap hari 12pm - 5pm.

03/06/2026

Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, Bendang KL kini menjadi perhatian pencinta makanan kampung. Berkonsepkan rumah Melayu klasik, restoran ini membawa suasana nostalgia kampung yang semakin sukar ditemui di tengah kota.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai hidangan lauk kampung, malah setiap sudut restoran dihias cantik dan sesuai untuk bergambar. Lebih menarik pelanggan boleh menikmati pemandangan ikonik Kuala Lumpur termasuk KLCC dan Menara KL yang terbentang megah di hadapan mata.

Terletak di Kampung Baru, restoran ini menawarkan pengalaman unik menikmati masakan tradisional Melayu dengan suasana rumah melayu klasik.

03/06/2026

Hidden gems lauk kampung di Kelana Jaya - Ramai tak tahu makan daging tetel.

Rasa Nostra kini menjadi sebutan pencinta makanan kampung kerana hidangan tradisi mereka yang dikatakan penuh rasa nostalgia.

Antara menu yang paling mendapat perhatian adalah asam pedas daging tetel. Ramai akan pilih asam pedas pari atau kembong tanpa tahu daging tetel sebenarnya antara bahagian paling sedap untuk dimakan dengan asam pedas. Dengan tekstur lembut, berlemak dan rasa yang lebih pekat bila dimasak.

Nama β€œRasa Nostra” sendiri dikatakan sesuai dengan konsep mereka yang mengetengahkan β€˜rasa nostalgia tradisi’ dan masakan kampung old school.

Selain cawangan di Kelana Jaya, Rasa Nostra turut mempunyai cawangan di Alam Damai, Cheras dan Ara Damansara.

01/06/2026

Inside Scoop collab dengan Oriental Kopi sempena Father’s Day!

Kopitiam Coffee Cake ni gabungan rasa kopi klasik kopitiam dengan kek yang memang ngam untuk celebrate Hari Bapa.

Setiap pembelian Kopitiam Coffee Cake akan dapat FREE Kopitiam Classic Cup Set. Limited stock, sementara masih ada!

31/05/2026

Dari kedai tepi jalan, Nasi Berlauk Malam Sentul kini dah buka kedai besar bas kat Taman Bullion Mewah Batu Caves. Kurang 10 minit sahaja dari gerai lama Sentul.

πŸ“Nasi Berlauk Malam Sentul
⏰ 5 Petang - 11 Malam
‼️ AHAD TUTUP

30/05/2026

Hidden Gem di Pattani Ramai Tak Tahu, Nikmati Hidangan Atas Bot Di Barahom Bazaar

Tersembunyi satu lokasi unik yang semakin mendapat perhatian pelancong iaitu Barahom Bazaar, yang menawarkan pengalaman menjamu selera di atas bot sambil menyelusuri keindahan hutan paya bakau.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai hidangan makanan tempatan yang autentik, malah berpeluang merasai suasana tenang menyusuri laluan sungai yang dikelilingi hutan paya bakau yang luas dan menghijau.

Menurut pekerja Barahom Bazaar, kawasan hutan simpan ini sentiasa dipantau dan dijaga oleh pihak kerajaan Thailand bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta keselamatan pengunjung. Oleh itu, pelancong tidak perlu risau kerana tiada ancaman atau kehidupan liar berbahaya yang mengganggu aktiviti pelancongan di kawasan tersebut.

Pengunjung diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebarang pengambilan hasil hutan seperti kayu, tumbuhan atau bahan semula jadi lain dari kawasan hutan simpan adalah dilarang sama sekali.

28/05/2026

Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu terus menjadi tumpuan pengunjung yang mencari bunga mandi tradisional.

Pelbagai jenis bunga segar seperti bunga mawar, melur, kenanga dan cempaka dijual setiap hari untuk kegunaan mandi bunga. Permintaan meningkat terutama hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Mandi bunga dipercayai dalam budaya tradisional Melayu sebagai salah satu cara untuk memberi kesegaran badan, ketenangan minda dan menaikkan seri diri.

πŸ“ Kedai Kak Zah (Tangga 2)
Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Address

Subang Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makan Sedap KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share