06/05/2026
Fitnah dajjal!!
Kita diajar supaya berdoa minta perlindungan dari fitnah dajjal, jadi kita tau dajjal ni memang kaki fitnah/menipu, itu antara salah satu alat utama dia dan modus operandi dia.
Persoalanya sekarang:
Golongan yang s**a fitnah & sebar fitnah ni mandor dajjal ya? Atau perangai macam dajjal?
Sejak bila orang kita terlalu mudah dipergunakan? Sangat mudah diperalatkan? Sangat mudah dimandor-mandorkan?
Ada yang kata “kami hanya dengar dari sebelah pihak”, ya… yang lagi sebelah pihak berdiam bukan kerana bersalah tapi berdiam kerana taknak buka aib sebenar pihak lagi satu. Serahkan pada Tuhan, risau/takut dengan balasan Tuhan jika buka aib orang.
“Jadi yang cerita dari sebelah pihak ni?” - Biarkan saja, tak perlu sorak, tak perlu sebar, tak perlu sokong dan tak perlu fitnah. Jangan mudah dipergunakan dan dimandorkan. Lagi-lagi fitnah salah orang atau individu yang dah arwah, macam mana korang nak minta maaf? Lagi korang sorak/sapport lagi menjadi-jadi. kenapa terlalu confident?
Sejak bila orang kita boleh terima musibah/ujian orang lain dipergunakan untuk dijadikan konten?, dipergunakan untuk meraih sorak?, dipergunakan untuk meraih perhatian?, dipergunakan untuk meraih pujian?, dipergunakan untuk mendabik diri?, dipergunakan untuk kecam?, dipergunakan untuk ambil kesempatan? Sejak bila?
Sejak bila orang kita hilang perasaan kesian?, hilang perasaan simpati? pada orang yang sedang diuji atau ditimpa musibah? tak pikir ke perasaan keluarga mereka?, perasaan anak-anak mereka? Kenapa hati terlalu keras? Mana perasaan malu?, mana perasaan dan ahlak seorang muslim? Kan boleh kita doakan? kenapa terlalu cepat/mudah menghukum? kenapa rasa diri sendiri tak akan diuji?
Para Nabi diuji bertalu-talu dan bermacam jenis ujian, mereka ni golongan yang bersalah ke? nak sorak ke ujian yg mereka lalu? nak kecam ke golongan ni? nak sebar fitnah pasal ujian yang mereka lalu? Memang ada golongan yang sorak, fitnah, kecam ujian Para Nabi ni, tapi korang tau la dorang ni di pihak/golongan yang mana.
Nak bukti? Korang tunggu je la kot-kot ada golongan yang macam ni masuk kt komen bawah ni nanti, kalau takde, Alhamdulillah.
Jadi nak buat macam mana?
Sama-sama la kita mengingatkan diri, sedar diri dan jangan lah pasal org lain kita yang takde kena-mengena ni turut terjebak buat dosa semata-mata untuk meraih secebis perhatian. Dah la buat dosa fitnah, tersilap orang p**ak tu nak minta maaf pun tak boleh. Allahua'lam
Sekian,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh