17/09/2021
Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung
1. Ubah diet pengambilan makanan seharian
================================
Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi.
Sebaliknya, ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari.
2. Makan secara tetap
Apabila sudah mengetahui pelan pemakanan yang baik untuk anda ikuti ketika sedang hamil, anda juga perlu memastikan anda mempunyai jadual pemakanan secara tetap dan elakkan daripada melangkau sebarang waktu hidangan makanan walau sesibuk mana anda dalam melaksanakan pekerjaan harian anda.
3. Lakukan aktiviti fizikal untuk elak kencing manis
Siapa kata wanita mengandung tidak perlu melakukan sebarang aktiviti fizikal atau bersenam? Risau senaman akan mendatangkan mudarat kepada kandungan? Itu pastinya mitos yang terlalu karut untuk dipercayai.
4. Pantau tahap gula dalam darah
Selain petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan mengubah diet pengambilan makanan seharian, antara petua hilangkan kencing manis semasa mengandung yang perlu untuk dilakukan setiap hari adalah untuk memeriksa dan memantau paras gula dalam darah sentiasa dalam keadaan terkawal.
5. Pengambilan vitamin C dan D
Antara petua hilangkan kencing manis semasa mengandung adalah dengan memperbanyakkan pengambilan vitamin C dan D. Kekurangan vitamin C dikatakan mempunyai hubungan kait secara langsung dengan masalah kesihatan kencing manis semasa hamil.
Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, kalian boleh dapatkan E-Book panduan pengurusan diabetes ketika hamil
E-Book ini akan memberikan pengetahuan yang lebih mendalam, cara mengatasi, komplikasi ketika hamil, Cara permakanan dan senaman yang sesuai semasa hamil
E-Book ini adalah yang pertama dan ia sangat di perlukan oleh kalian dengan harga yang sgt berpatutan bernilai RM49.90 sahaja
Berminat boleh tekan link dibawah
www.wasap.my/60195707769/nakebookhamil