Sejagat Global Media

Sejagat Global Media Sejagat global media Sebaran Berita Global Sejurus Ia Berlaku.

Cara Memperbaiki Diri SendiriJika kita dapat memperbaiki diri dengan cara yang betul, insyaAllah, Allah SWT akan menguba...
30/10/2024

Cara Memperbaiki Diri Sendiri

Jika kita dapat memperbaiki diri dengan cara yang betul, insyaAllah, Allah SWT akan mengubah anak-anak dan orang sekeliling kita. Semakin dekat kita dengan Allah SWT, semakin baik hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini, perbaiki diri secara menyeluruh dengan:

1. Menjaga Solat Fardhu dan Sunat
Laksanakan solat lima waktu serta solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung kekurangan dalam solat fardhu.

2. Amalkan Solat Taubat dan Istighfar
Lakukan solat taubat dan istighfar 70 kali sehari. Tambahkan solat hajat, istikharah, dan akhiri dengan solat witir setiap malam. Nabi SAW menggalakkan solat witir sebagai penutup kepada semua amalan harian untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan Semua Orang
Setiap malam sebelum tidur, maafkan semua orang. Ini akan menjernihkan hati, menyihatkan tubuh, memancarkan seri wajah, memudahkan doa dimakbulkan, dan mendekatkan hubungan dengan anak-anak.

4. Doakan Keluarga agar Menjaga Solat
Untuk merangsang ahli keluarga menjaga solat dan berkelakuan baik, bacalah Surah Ibrahim, ayat 40.

5. Amalkan Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5, dan Ayat Kursi
Amalan doa ini terbukti berkesan untuk memperbaiki hubungan, mendamaikan perselisihan, menyelesaikan masalah, serta mengubah sifat anak-anak menjadi lebih baik dan patuh.

6. Pagar Diri dengan Al-Fatihah dan Surah 3 Qul
Hembuskan pada tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk perlindungan daripada gangguan manusia, binatang, jin, dan sihir.

7. Lembutkan Hati dengan Doa-doa Pilihan
Gunakan Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Taha (ayat 1-5), dan Ayat Kursi. Hembuskan pada badan, makanan, gambar, atau pakaian yang dipakai.

8. Bersikap Baik terhadap Anak
Layan anak dengan baik agar mereka merasa bersalah jika tidak mematuhi nasihat ibu bapa.

9. Amalan Masuk Rumah
Setiap kali masuk rumah, bacalah Bismillah tiga kali, senyum, beri salam, dan melangkah dengan kaki kanan. Ini akan menghindarkan gangguan syaitan bernama Dasim.

10. Melembutkan Hati Anak dengan Tiga Nama Allah
Sebelum menasihati anak, sebutlah Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir, dan hembuskan atau dehemkan kepada mereka.

11. Doa Saat Sedih atau Tertekan
Bacalah: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan doa memohon reda atas ujian. Mintalah Allah SWT membantu anak menjadi soleh, sabar, dan mendengar nasihat.

12. Amalan Harian untuk Anak
Baca Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan Surah Al-Insyirah, dan hembuskan pada kepala anak hingga mereka baligh.

13. Nasihat Saat Anak Tidur
Bisikkan nasihat pada telinga anak ketika mereka tidur atau ucapkan dalam hati. Dengan istiqamah, anak-anak akan berubah menjadi lebih baik.

Amalkan selama 40 hari untuk membentuk kebiasaan baru. InsyaAllah, masalah keluarga akan berkurang secara berperingkat. Selamat beramal dan semoga berjaya, wassalam.

Semoga bermanfaat.

Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai. Kalau s**a bukit, jangan beli rumah d...
18/10/2024

Ada orang kaya pesan kat saya, kalau s**a pantai jangan beli rumah di tepi pantai.

Kalau s**a bukit, jangan beli rumah di puncak bukit.

Kalau s**a mandi kolam, jangan buat kolam di dalam rumah.

Keseronokan sesuatu itu kita akan hilang apabila kita mula memiliki.

Dia kongsikan pengalaman hidupnya kepada saya. Katanya dulu sebelum ada rumah di tepi pantai, dia s**a lepak² ambil angin pantai, main buai, mandi laut, masak² dan bakar ikan. Saking seronoknya, suatu hari isterinya ajak dia beli rumah tepi pantai. Lalu dia beli tanah dan bina banglo mewah dua tingkat.

Sebulan pertama, dia rasa seronok, masuk bulan kedua dia rasa hambar, bulan ketiga dia rasa jemu. Kemudian lama² nikmat itu hilang.

Dia jadi tak ghairah sepertimana dulu². Akhirnya dia bgtau, saya dah 3 tahun tak pergi pantai. Dah tak seronok. Dah takde nikmat.

Keseronokan hilang setelah kita memiliki. Dia pesan, kalau s**a sesuatu, sewa sahaja dua atau tiga hari.

Nanti cuti sekolah akan datang, pi sewa lagi. Seronok itu akan kekal.

Kredit FB Mohd Saleh

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah..1. Jika dia seorang yang lemah, maka ...
14/10/2024

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah..

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia p**a menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Sumber : Tazkirah Ustaz Ebit Lew

Dulu saya pernah risau soal "Hutang".Yala, siapa tak risau kan lagi-lagi bila diri ini seorang suri rumah tak berkerja d...
12/10/2024

Dulu saya pernah risau soal "Hutang".
Yala, siapa tak risau kan lagi-lagi bila diri ini seorang suri rumah tak berkerja dan tak punyai gaji.

Jadi, saya pun google "Cara lunaskan hutang". Kemudian, pop out 10 amalan bagi memudahkan urusan membayar hutang.

Saya lupa dah siapa penulis 10 amalan ni, tak silap saya ini tips saya dapat dari website Mingguan Wanita. 😊

Screenshot dan saya save.
Paling saya ingat, penulis ni kata dia tiada duit nak bersedekah so setiap hari jumaat dia buat air sirap dan sedekah dekat masjid. Dan ini betul-betul beri satu idea yang sangat baik untuk diamalkan,kan?

Moga Allah mudahkan semua kita dapat lunaskan segala hutang. Aamin.

Kredit: Shafizah Man

CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRIJika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan sem...
27/09/2024

CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRI

Jika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita.

Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini BAIK PULIH diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.

Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40).

Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.

Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang,

Orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al-Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi

dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.

Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik,

suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah:

Ya 'Aziz, Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir

dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.

Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.

Ya Allah, aku ada masalah anak s**ar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku.

Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.

Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.

Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati.

Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya.

Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.

InsyaAllah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah. Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Buat nih.. Dunia kejar kita               **aupinang
09/08/2024

Buat nih.. Dunia kejar kita

**aupinang

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat s...
12/07/2024

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin

SEKEJAP JE DAH NAK MASUK 1446 HIJRAH1445H akan berlalu tinggalkan kita 🥲. Semoga Allah terima semua amal kita tahun lepa...
06/07/2024

SEKEJAP JE DAH NAK MASUK 1446 HIJRAH

1445H akan berlalu tinggalkan kita 🥲. Semoga Allah terima semua amal kita tahun lepas. Macam2 dah berlaku pd kita. Yang baiknya, yang kurang baiknya semua ada. Petang ni jangan lupa kita baca doa akhir tahun ye, lepas maghrib baca doa awal tahun.

Doa Akhir Tahun - Baca pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib.

Doa Awal Tahun - Baca selepas masuk waktu maghrib.

FENOMENA AKHIR ZAMANBanyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.Gelaran semakin tinggi, akal sihat semaki...
05/07/2024

FENOMENA AKHIR ZAMAN

Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

Gelaran semakin tinggi, akal sihat semakin rendah.

Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

Melancong keliling dunia, tapi tidak kenal dengan jiran sendiri.

Kekayaan semakin meningkat, ketenteraman jiwa semakin berkurang.

Kualiti Ilmu semakin tinggi, kualiti emosi semakin rendah.

Jumlah Manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang.

Semakin banyak teman di dunia maya, semakin sedikit sahabat yang sejati.

Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepati waktu.

Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

Belajar semakin mudah, guru semakin tidak dihargai.

Teknologi Informasi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

Orang yang rendah ilmu banyak bicara, orang yang tinggi ilmu banyak terdiam.

Tontonan semakin banyak, tuntunan semakin berkurang.


اِقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِيْ غَفْلَةٍ مُّعْرِضُوْنَ ۚ ﴿الأنبياء : ۱﴾

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).

(QS. Al-Anbiya': 1)

Credit ✍️ Al-Quran Di Hatiku

Address

Sejagat Global Resources Hq
Sungai Besar
45300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sejagat Global Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Sejagat Global Sdn Bhd

Bersama barisan kakitangan SEJAGAT GLOBAL SDN BHD dengan jayanya tlah mengorak langkah kehadapan dengan menjadi pengeluar pelbagai jenis produk kecantikan dan kesihatan. Menyediakan produk yang berkualiti Menjadi peneraju pasaran dalam pelbagai bidang. Matlamat kami Menjadi syarikat yang mampu memberi komitmen penuh pada pelanggan.