27/06/2026
🍰🤍 SEBUAH CERITA MANIS YANG AKAN BEREHAT SEKETIKA… 🤍🍰
Buat semua pelanggan tersayang La Sucré Pastries & Desserts…
Dengan penuh rasa sebak, kami ingin berkongsi bahawa La Sucré akan berehat seketika buat sementara waktu.
Terima kasih atas setiap sokongan, setiap kunjungan, setiap tempahan dan setiap kenangan manis yang kita cipta bersama. ❤️
La Sucré bukan sekadar dessert… ia adalah sebuah impian, doa dan cerita yang akan sentiasa kami hargai.
Insya-Allah, ini bukan pengakhiran… cuma satu ruang untuk kami menyusun langkah dan kembali dengan sesuatu yang lebih istimewa. ✨
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. 🤍
Dengan penuh kasih,
Team La Sucré Pastries & Desserts