11/06/2023
AL MAHDI DALAM AL QURAN
Yang membawa dan menyampaikan Agama Allah hanyalah Nabi dan Rasul sahaja. Selepas Nabi Muhammad wafat, tiada nabi diturunkan lagi.
Namun Allah menurunkan Wali2 Nya. Wali2 Nya adalah pewaris Nabi yg sebenar. Wali2 Nya silih berganti mengikut zaman. Kalau dulu dengan sarban dan berjubah, kini dengan jeans & T.shirt pagoda.
Namun di akhir zaman nanti Wali2 ini akan digabungkan dalam satu jemaah dan merekalah yg akan membaiahkan Imam Mahadi.
Wali2 ini adalah golongan yg dirahsiakan. Ia adalah orang2 biasa. Ia ada di kalangan kita, malah mereka pun tidak sedar merekalah orangnya. Not yet!
Sebab ilham & hidayah yg diturunkan secara peringkat2 ikut bakat & ilmu & peristiwa yg dikhususkan utk diri setiap insan dengan cara yg berbeza.
Tapi akan di suatu masa yg terdekat, mereka akan sedar & re-group. Semuanya Allah yg rancang. Tugasan ini telah Allah turunkan pada kalangan tertentu. Tunggu !
Semua Agama & Kitab yg di bawa oleh Nabi2 sebelum Nabi Muhammad Rasulullah tidak kekal lama di dunia.
Agama & Kitab yang dibawa oleh Nabi2 terdahulu akan di angkat kembali ke langit setelah wafat Nabi yg membawanya.
Sebab tu agama yg ada sekarang semuanya bukan tulin malah diseleweng & kitabnya dikorupsi.
Kecuali agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
Agama Islam & Al Quran kekal dijamin kesucian & ketulinannya oleh Allah.
Malah agama Islam & Al Quran di sambung oleh umat nya Nabi Muhammad meskipun setelah Baginda wafat.
Maka tugas penyambung inilah di dalam Al Quran disebut 'mereka yg diberi petunjuk'. Mereka yg diberi petunjuk itulah Al Mahdi.
Al Mahdi maknanya mereka yg diberi petunjuk... IA DISEBUT BANYAK KALI DI DALAM AL QURAN.
Maka yg menyambung tugas membawa dan menyampaikan tugas Rasul pastinya tidak akan dilakukan oleh mereka yang Dolal (sesat). Ia mesti lah digalas oleh mereka yang diberi petunjuk (Al Mahdi).
Maka Imam di kalangan umat yang mendapat petunjuk itulah digelar Imamul Mahdi.
Maka sesiapa yang mengatakan tidak ada disebut dalam Al-Quran, maka mereka adalah golongan yg tergelincir & hendaklah bertaubat & kembali ke jalan yg benar.
_- ditulis oleh Tinta Kalam Musa. Adaptasi dari Sheikh Arabi_