Hartanah Melayu

Hartanah Melayu Berita pembangunan dan ilmu hartanah terutamanya hartanah Melayu dan bumiputera menurut pengalaman dan pandangan saya.

Berusaha untuk meningkatkan lagi penyertaan dan minat umat Melayu dan Muslim untuk menjadi usahawan pemaju hartanah bagi mamartabatkan tanah rezab Melayu, tanah pusaka, tanah adat dan tanah wakaf Islam serta tanah-tanah milik semua bangsa dan agama.

InsyaaAllah hadir.
27/04/2025

InsyaaAllah hadir.

FORUM STRATEGI TANAH REZAB MELAYU 2025

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia ingin menjemput tuan/puan untuk untuk hadir ke Forum Strategi Tanah Rezab Melayu 2025 seperti berikut :

Tarikh : 2 Mei 2025 (Jumaat)
Masa : 8.30am - 12.30pm
Tempat : Hotel Pudu Plaza KL

Pautan Pendaftaran : https://bit.ly/4i05J3N

Nama tempat bukan soal nostalgia. Ia soal jati diri dan sejarah.Hari ini mereka padam nama Sungai Serai. Esok mungkin Ji...
08/04/2025

Nama tempat bukan soal nostalgia. Ia soal jati diri dan sejarah.
Hari ini mereka padam nama Sungai Serai. Esok mungkin Jinjang, Gombak dan Puchong akan ditukar jadi “Riverlight Bay” atau “Citrine Hills”.

Kita telah dan sedang saksikan sistem yang membenarkan pemaju (dibaca KAPITALIS) menulis sejarah kita semula - dalam bahasa asing, melenyapkan nama tempat asal kepada jenama mereka.

Jangan biarkan nama kampung kita dikuburkan oleh jenama komersial. Jangan biar Akta Bahasa Kebangsaan jadi hiasan tanpa kuasa, DBP bukan dimandatkan hanya terbitkan buku, menjaga penulis, penyair, pemuisi, penyanyi lagu rakyat/etnik, anjur festival seni dan budaya, anjur pesta buku!
Bangkitkan suara – pertahan nama, pertahan bangsa.

Akta Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu, DBP, Malaysia,

Ramai melihat pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebagai urusan pemodenan — naikkan bangunan baru, berikan pampasan,...
05/04/2025

Ramai melihat pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebagai urusan pemodenan — naikkan bangunan baru, berikan pampasan, selesai. Tapi kita lupa bahawa pemindahan penduduk asal dari tapak warisan mereka adalah sejenis genosid budaya, yang tidak kelihatan dalam statistik, tetapi menghancurkan satu generasi ke generasi berikutnya.

Kg Sungai Baru, Kg Baru, Melayu,Rafidah Ibrahim, Tanah Rezab Melayu

Sejujurnya, saya tidak begitu mengharap pada pemimpin politik untuk berjuang bersungguh-sungguh membantu penduduk Kg Sug...
01/04/2025

Sejujurnya, saya tidak begitu mengharap pada pemimpin politik untuk berjuang bersungguh-sungguh membantu penduduk Kg Sugai Baru, KL ni. Namun bila tali takda, akar pun berguna juga....

NASIB KAMPUNG SUNGAI BARU MESTI TERUS DIPERJUANGKAN

Di saat kehangatan penghujung Ramadan kian terasa, ada segelintir rakyat Malaysia dipaksa keluar dari kampung yang didiami sekian lama.

Mereka bukan pendatang atau warga asing, kebanyakan mereka adalah keluarga Melayu yang tinggal di sebuah tanah rizab Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang diwartakan.

Di mana suara kerajaan terhadap nasib keluarga yang bakal merempat ini?

Mereka menerima notis pengosongan segera dan sebelumnya telah “dipagar” bagai banduan di tanah sendiri. Penceroboh melanggar prosedur pihak berkuasa.

Pemaju tidak mematuhi arahan dan membayakan keselamatan penduduk apabila menggunakan jentera berat tanpa kebenaran.

Tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan yang sudi turun berjumpa mendengar keluhan dan suara hati keluarga-keluarga yang menjadi mangsa walupun dipanggil berkali-kali.

Mujur keputusan semalam daripada mahkamah membenarkan kediaman flat penduduk tidak dirobohkan buat sementara waktu sehingga permohonan penuh dibicarakan pada 22 April 2025.

Dalam tempoh itu, penduduk masih tidak boleh duduk selesa kerana berita baik belum pasti menyebelahi penduduk. Perjuangan ini belum selesai.

Apa nasih mereka selepas ini dan apa tindakan kerajaan?

Penduduk tidak mahu dibeli dengan pampasan, tetapi mereka mahu terus terus tinggal di tanah warisan yang sepatutnya dikekalkan agar tidak lupus kampung Melayu di bandar.

Afidavit diterima penduduk mengatakan pemaju akan membina kondo mewah di kawasan tersebut dan dijual kepada orang luar.

Nilai tanah di situ akan melonjak tinggi dan segala pembangunan yang bakal dibuat meningkatkan kos sara hidup di kawasan tersebut yang sedia membebankan.

Apa yang telah berlaku sebelum ini membuktikan mustahil penduduk asal di situ akan kembali dan rakyat yang mencari sumber pendapatan di situ tidak lagi dapat meneruskan hidup di kawasan mewah itu.

Di saat negara kita belum mempunyai Akta PSB, begini parah sudah keadaannya, bayangkan selepas Akta PSB ini diperkenalkan selepas ini. Pastinya pihak pemaju akan lebih bongkak dan angkuh ketika proses pengambilan tanah selepas ini.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor


Address

Sungai Buluh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hartanah Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hartanah Melayu:

Share