Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Laman Rasmi info berkaitan program dan aktiviti Pemuda Pas Kuala Krai

Semalam juga berlangsung Kejohanan Sukan Bola Sepak Dan Bola Jaring PASTI Negeri Kelantan di KB Futsal Arena, Pengkalan ...
06/07/2025

Semalam juga berlangsung Kejohanan Sukan Bola Sepak Dan Bola Jaring PASTI Negeri Kelantan di KB Futsal Arena, Pengkalan Chepa.

Tahniah PASTI Kawasan Kuala Krai, MGP, Guru-guru PASTI, Jurulatih, ibu bapa serta anak-anak PASTI di atas penyertaan kali ini.

Pasukan bola sepak mendapat tempat ke-3, hanya selangkah lagi untuk ke perlawanan akhir. Tewas di peringkat separuh akhir kepada Pasti Kawasan Tumpat dalam penentuan penalti. Manakala pasukan bola jaring berkesudahan di peringkat suku akhir.

Tahniah semua, terbaik. Tahun depan kita cuba lagi.

Semalam berlangsungnya Kejohanan Sukan Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan (SUKMAL) 2025 di Padang Majlis Daerah Keter...
06/07/2025

Semalam berlangsungnya Kejohanan Sukan Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan (SUKMAL) 2025 di Padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Krai menghantar 23 orang peserta ke setiap acara yang dipertandingkan dan keputusan akhir seperti berikut:

Bola Tampar = Johan
Badminton = Johan
Bbidah = Johan
Penalti Bola Sepak = Johan
Sepak Takraw = Peringkat Kumpulan
Memanah (terbuka) = top 5

Dan Alhamdulillah Kuala Krai dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan. Tahniah team, tahniah semua anggota.

Terima kasih Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan atas penganjuran kejohanan ini. Semoga ukhuwah berkekalan.

ZIARAH PRIHATIN: DUA MURID PASTI TERLIBAT KEMALANGANKetua & AJK Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Menziarahi dua beradik, ad...
02/07/2025

ZIARAH PRIHATIN: DUA MURID PASTI TERLIBAT KEMALANGAN

Ketua & AJK Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Menziarahi dua beradik, adik Afeef Zafran (6 tahun) dan adik Adeef Zafran (4 tahun) yang terlibat dalam kemalangan motosikal bersama datuk mereka di Manek Urai beberapa hari yang lalu.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar PASTI As-Shobri, Manek Urai Baru. Dalam kunjungan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai ingin menyatakan rasa simpati dan mendoakan agar adik Afeef dan adik Adeef diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Semoga keluarga mereka diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Terima Kasih Penaziran PASTI Negeri Kelantan atas kesudian bertandang dan berkunjung ke PASTI-PASTI dalam Kuala Krai.
30/06/2025

Terima Kasih Penaziran PASTI Negeri Kelantan atas kesudian bertandang dan berkunjung ke PASTI-PASTI dalam Kuala Krai.

[๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐† ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐‘๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“]Alhamdulillah, kejohanan kali ini berjalan lancar dan penuh ...
28/06/2025

[๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐† ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐‘๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“]

Alhamdulillah, kejohanan kali ini berjalan lancar dan penuh semangat ukhuwwah!

Majlis telah dirasmikan oleh YB Mohd Fauzi Abdullah, ADN Manek Urai merangkap Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kuala Krai. Terima kasih atas sokongan padu kepada pendidikan pra-tahfiz anak-anak PASTI.

๐Ÿ† KEPUTUSAN ACARA FUTSAL:
Johan: PASTI Ar Rahman
Naib Johan: PASTI As Sobri
Ketiga Bersama:
โ€“ PASTI Ar Rasyad
โ€“ PASTI An Nur

๐Ÿ KEPUTUSAN ACARA BOLA JARING:
Johan: PASTI Ar Rahman Sungai Durian
Naib Johan: PASTI Darul Quran Mengkebang
Ketiga Bersama:
โ€“ PASTI Ar Rasyad Kenor
โ€“ PASTI Ar Ridwan Peria

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding! Semua peserta hebat-hebat belaka.

Main bola bukan sajo-sajo,
Nak bina akhlak mulia;
Ukhuwwah hidup, iman pun terjago,
Anak soleh pewaris dunia!

Semoga sukan terus jadi medan membina jatidiri, semangat berpasukan dan akhlak Islamiyah untuk generasi rabbani, insyaAllah.

๐๐€๐’๐“๐ˆ: ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐š๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง



Solat Berjemaah, Taklimat Piala YB ADN Manek Urai, dan Usrah Bersama Pemuda-Pemuda Cawangan Dalam DUN Manek UraiRibuan t...
26/06/2025

Solat Berjemaah, Taklimat Piala YB ADN Manek Urai, dan Usrah Bersama Pemuda-Pemuda Cawangan Dalam DUN Manek Urai

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada YB Abe Uji yang sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada program-program Pemuda, nasihat Tok Ngulu Yie dan pandangan penuh hikmah yang dikongsikan berasaskan pengalaman beliau cukup mengujakan kami semua.

Tahniah Ustaz Farhan Abdullah, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan merangkap Ketua Pemuda DUN Manek Urai yang memimpin dan menggerakkan program ini dengan baik. Serta seluruh AJK Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai yang turut hadir memeriahkan majlis.

Semoga usaha seperti ini terus menyemarakkan semangat perjuangan Islam dalam kalangan anak muda dan memperkukuhkan ukhwah serta kefahaman dalam jemaah.

โ€œBerjemaah kita kuat, berusrah kita mantap.โ€

Program Usrah & Taklimat Piala YB ADN Manek Urai Serta Taklimat Liga Elit Dun Manek Urai. Tarikh: 25 Jun 2025Masa: Selep...
24/06/2025

Program Usrah & Taklimat Piala YB ADN Manek Urai Serta Taklimat Liga Elit Dun Manek Urai.

Tarikh: 25 Jun 2025
Masa: Selepas Solat Maghrib Berjemaah
Tempat: Markaz PAS Chuchoh Puteri A.

Semua dijemput hadir.

PERMOHONAN PENYERTAAN LIGA ELIT DUN KINI DIBUKA!Berita baik untuk semua pasukan bola sepak tempatan!Permohonan untuk men...
18/06/2025

PERMOHONAN PENYERTAAN LIGA ELIT DUN KINI DIBUKA!

Berita baik untuk semua pasukan bola sepak tempatan!
Permohonan untuk mendaftarkan pasukan ke Kejohanan Liga Elit DUN [Mengkebang, Guchil, Manek Urai, Dabong] kini RASMI DIBUKA!

Adakah pasukan anda bersedia untuk mencabar kejuaraan?
Inilah peluang untuk menonjolkan bakat dan semangat juang di pentas paling berprestij peringkat DUN!

Tarikh Tutup Permohonan 30 Jun 2025
Terhad kepada Pasukan dari DUN masing-masing [Mengkebang, Guchil, Manek Urai, Dabong]

Cara Permohonan:
[Rujuk nombor telefon yang tertera di poster Dun masing-masing]

Daftarkan pasukan anda sekarang dan buktikan kehebatan anda di padang!
Tag rakan sepasukan dan kongsikan berita ini!

๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡Alhamdulillah, kami sempat menziarahi saudara Mamat di Kg Bukit Batu, Dun Guchil yg mengalami kemalangan di...
15/06/2025

๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡

Alhamdulillah, kami sempat menziarahi saudara Mamat di Kg Bukit Batu, Dun Guchil yg mengalami kemalangan di Kg Kenor. Kecederaan di bahagian muka agak teruk menyebabkan susah untuk makan dan minum.
Sama-sama kita doakan smga saudara Mamat cepat sembuh seperti sediakala. Aminn

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—›Berkunjung ke rumah adik Iqmal di Kg Bukit, Batu Balai yang berada di dalam Dun Guchil. Adik Iqmal adalah p...
11/06/2025

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—›

Berkunjung ke rumah adik Iqmal di Kg Bukit, Batu Balai yang berada di dalam Dun Guchil. Adik Iqmal adalah pelajar cemerlang yang telah mendapat 8A di dalam keputusan SPM yang lepas. Ziarah kali ini disertai oleh YB Guchil Hilmi Abdullah.

In Shaa Allah, Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Subhi telah berurusan dengan pihak YAKIN dan akan mengangkat permohonan bantuan kepada YAKIN melalui Pej. Dun Guchil.

Salam takziah buat seluruah keluarga mangsa.ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู† ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง
11/06/2025

Salam takziah buat seluruah keluarga mangsa.

ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู† ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง

In Shaa AllahMlm ni Ketua Pemuda Pas Kuala Krai, Ustaz Ahmad Subhi akan menyampaikan kuliah sempena Sambutan Penghayatan...
09/06/2025

In Shaa Allah
Mlm ni Ketua Pemuda Pas Kuala Krai, Ustaz Ahmad Subhi akan menyampaikan kuliah sempena Sambutan Penghayatan Hari Mabit di Masjid Ahmed Al Shaibei, Kg Bendang Besar, Jedok.

Semua dijemput hadir.

Address

Markaz PAS Kawasan Kuala Krai, Pondok Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Sungai Durian
18000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share