05/10/2025
SG PETANI, 5 OKTOBER 2025:
"Selama ni, saya terus memperjuangkan nasib Warga Palestin walaupun kami Orang Kurang Upaya( OKU), tak cukup sifat tapi hati kami amat dekat dengan saudara kita di Palestin" berkata oleh Ustaz Mohd Hidayat bin Mohd Rashid selaku Pengerusi NGO Pertubuhan Gerakan OKU FIZIKAL, Berdikari Kebangsaan ( PENGGERAK) di pentas ucapan sempena Himpunan Global SUMUD Flotilla yang di adakan di Dataran Zero Sg Petani, Kedah, malam ini.
Beliau juga menasihati kepada seluruh hadirin hadirat yang hadir pada malam itu supaya jangan berhenti berdoa buat saudara mara kita di Palestin yang saban hari, dibunuh, dirogol dan dilucutkan hak mereka sejak serangan 7 Oktober yang lalu. Dalam serangan tersebut telah mengakibatkan hampir 70,000 telah terkorban, 169,000 telah tercedera dan tidak kurang pada itu yang telah hilang anggota badan akibat peperangan.
Selain itu juga, beliau menyebut seramai 23 Delagasi dari Malaysia antaranya telah diseksa selama 5 jam tidak diberi kebebasan, tidak diberi kebenaran ke tandas, serta ubat-ubatan.
Akhir sekali, beliau sekali lagi menyeru kepada seluruh yang hadir ,walaupun jauh, jangan lupa untuk doakan suadara kita dan delagasi SUMUD Flotilla sentiasa dalam lindungan Allah SWT di dalam setiap doa yang kita baca disolat dan sujud kita.
Kita melihat gelombang SUMUD ini, walaupun mereka tidak berjaya untuk melepasi kepungan zionis, tetapi mereka telah berjaya membuka mata seluruh dunia di italy, sepanyol, Perancis, malah di Tel Aviv mereka terus bangkit bersuara kerana kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis ini.
Admin Lensa Cabok.