Info Semasa

Info Semasa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Info Semasa, News & Media Website, Sungai Petani.
(1)

16/03/2026
05/03/2026

Lagi kes dikatakan berpunca daripada pemandu m4buk - kredit pemilik video

โœ… Berubat Sebelum Terlambat
Rawatan Masalah Mental Dadah Anxiety Gangguan Jin Makhluk Halus Bisikan dll
* tiada kaitan dengan video ini



Telefon kita pegang berpuluh kali sehari, tapi berapa kali kita sentuh Al-Quran? Bateri telefon bila tinggal 10 peratus ...
05/03/2026

Telefon kita pegang berpuluh kali sehari, tapi berapa kali kita sentuh Al-Quran?

Bateri telefon bila tinggal 10 peratus terus panik cari plug, tapi bila 'bateri' iman makin lemah kita buat biasa sahaja.

Kita sanggup upgrade phone setiap tahun, tapi bacaan Al-Quran masih versi lama yang berhabuk di rak.

Ramadan ini, sudah tiba masa kita tanya diri sendiri, siapa sebenarnya lebih kita cintai, notifikasi manusia atau kalam Allah?

Kami berikan 10 Tips Paling Awesome Cinta Al-Quran Lebih Dari Telefon ๐Ÿ˜

1. Bangun Tidur, Cari Mushaf Dulu Bukan Telefon.

Biasakan tangan capai Al-Quran dulu sebelum capai WhatsApp. Biar notifikasi dari langit masuk dulu, baru notifikasi manusia.

2. Letak Al-Quran Atas Meja, Telefon Dalam Poket.

Apa yang kita nampak selalu, itu yang kita sentuh selalu. Visual itu dakwah senyap.

3. Tukar Lock Screen Telefon Dengan Ayat Al-Quran.

Setiap kali nak buka telefon, baca satu ayat dulu. Kalau buka 50 kali sehari, 50 kali pahala potensi.

4. Target Harian Lebih Jelas Dari Target Data Internet.

Data 100GB boleh habis. Pahala bacaan Al-Quran tak pernah โ€œlow coverageโ€.

5. Jadikan Telefon Alat, Bukan Tuan.

Download aplikasi Al-Quran. Bila pegang telefon, terus buka mushaf digital sebelum buka media sosial.

6. Wujudkan โ€˜No Phone Zoneโ€™ Waktu Mengaji.

15 minit tanpa gangguan. Kalau boleh fokus tengok drama 1 jam, mustahil tak boleh fokus kalam Allah 15 minit.

7. Gantikan Scroll Tak Habis-Habis Dengan Tadabbur.

Scroll media sosial hujungnya letih. Tadabbur Al-Quran hujungnya tenang.

8. Bawa Al-Quran Ke Mana-Mana.

Dalam beg kerja, dalam kereta, dalam pejabat. Konsep โ€œAl-Quran di Mana-Manaโ€ bukan slogan, tapi gaya hidup.

9. Join Circle Yang Cinta Al-Quran.

Kalau kawan sembang saham, kita ikut saham. Kalau kawan sembang ayat Allah, kita ikut syurga.

10. Doa Sungguh-Sungguh Supaya Allah Jadikan Kita Ahlul Quran.

Hati manusia milik Allah. Minta Dia lembutkan hati kita supaya rasa rindu pada Al-Quran lebih dari rindu notifikasi - JAKIM

Resepi Bubur Kanji (Bubur Lambuk Daging)
05/03/2026

Resepi Bubur Kanji (Bubur Lambuk Daging)

8 Suspek Pergaduhan Di Balai Polis Meru Ditahan๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Polis Kontinjen Selangor berjaya menahan 8 lelaki warganegara yang t...
05/03/2026

8 Suspek Pergaduhan Di Balai Polis Meru Ditahan

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Polis Kontinjen Selangor berjaya menahan 8 lelaki warganegara yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Balai Polis Meru pada 2 Mac 2026 melalui 3 fasa tangkapan berasingan.

๐Ÿ“Œ Butiran tangkapan:

Fasa 1: 5 lelaki (28โ€“41 tahun) direman 3โ€“6 Mac 2026
Fasa 2: 2 lelaki (39โ€“44 tahun) direman 4โ€“6 Mac 2026
Fasa 3: 1 lelaki (38 tahun) direman 5โ€“7 Mac 2026

โš–๏ธ Semakan rekod mendapati sebahagian suspek mempunyai rekod jenayah berat termasuk:

Bunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan)
Cubaan bunuh (Seksyen 307)
Samun berkump**an (Seksyen 395/397)
Rusuhan bersenjata & pecah rumah

๐Ÿ”Ž Fakta siasatan:

Seorang suspek adalah individu dikehendaki (Wanted) di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959

Seorang positif dadah jenis Benzo

Polis merampas topi keledar hitam dan sebatang besi paip dipercayai digunakan dalam kejadian

๐Ÿ“‘ Kes disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 148, 427, 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya 1958.

โš ๏ธ Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang mencabar institusi kepolisan dan mengganggu ketenteraman awam.

โœ… Berubat Sebelum Terlambat
Rawatan Masalah Mental Dadah Anxiety Gangguan Jin Makhluk Halus Bisikan dll
* tiada kaitan dengan kes ini

Innalillah.. Al Fatihah ๐Ÿคฒ sepasang adik-beradik yang menuntut di Kolej Vokasional Nibong Tebal m4ut dalam kemalangan apa...
02/03/2026

Innalillah.. Al Fatihah ๐Ÿคฒ sepasang adik-beradik yang menuntut di Kolej Vokasional Nibong Tebal m4ut dalam kemalangan apabila motosikal Honda RS yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah Toyota Vellfire yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara Selatan, sekitar pukul 5 petang.

Siti Nurzulaikha Mohammad Shukor, 17, yang membonceng, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala abangnya, Luqman Nulrois, 18, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kecederaan par4h.

Difahamkan, kedua-duanya sedang dalam perjalanan kembali ke asrama dari kediaman mereka di Guar Chempedak, Kedah, dan MPV terbabit dipercayai berhenti berikutan masalah pada tayar belakang.

27/02/2026

Isu pijak al-Quran: Pemilik akaun 'amirulmukminin 1648' mohon maaf, letak jawatan Setiausaha Kanan Exco Selangor

Berita Al Hijrah

Sensitif Terhadap Penghina al-Quran===== 1. Adalah amat menghairankan andai sekiranya seorang Muslim tidak sensitif apab...
27/02/2026

Sensitif Terhadap Penghina al-Quran
=====
1. Adalah amat menghairankan andai sekiranya seorang Muslim tidak sensitif apabila Allah atau RasulNya dihina. Tindakan memijak al-Quran dan memuat naik di media sosial jelas mempunyai unsur penghinaan.

2. Para sahabat sangat sensitif andai sekiranya Rasulullah itu dihina atau disakiti. Ingatkah kita bagaimana kisah Saidina Umair bin Saโ€™d yang begitu marah apabila bapa tiri kesayangannya mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah merendahkan Rasulullah.

3. Ketika Baginda memerintahkan agar para sahabat bersiap sedia untuk menghadapi perang Tabuk, al-Julas enggan memberikan sumbangan malah mengeluarkan kata-kata yang merendah atau menghina Rasulullah. Mendengar kalimah itu Umair berkata:

ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุง ุฌูู„ุงุณูุŒ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู„ุฃูุญูุจู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ู‚ูู„ู’ุชูŽ ู…ูŽู‚ูŽุงู„ูŽุฉู‹ ู„ูŽุฆูู†ู’ ุฐูŽูƒูŽุฑู’ุชูู‡ูŽุง ู„ูŽุชูŽูู’ุถูŽุญูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ

Wahai Julas, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling aku sayangi, tetapi engkau telah mengucapkan sesuatu yang sekiranya aku adukan tentangnya, ia akan membinasakan engkau. (Tafsir Ibn Abi Hatim).

4. Lihatlah sikap Saidina Umair ini. Sekalipun al-Julas itu merupakan orang yang paling disayanginya, namun sekiranya beliau menyakiti Rasulullah, Umair tidak duduk diam malah segera mengadukan perkara ini kepada Rasulullah lantas al-Julas dikenakan tindakan.

5. Begitu juga dengan riwayat Saidina Ali mengenai seorang perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan. Wanita itu akhirnya dikenakan tindakan lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Rasulullah mempertahankan hukuman tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan menghina tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

6. Satu masa dahulu, DJ Radio Era pernah digantung atas tindakan mereka yang dianggap menghina agama hindu. Apabila al-Quran dihina, ada p**a Muslim yang berkata kita perlu bertindak Rahmah, mendidik dan bukan menghukum. Adakah kita tidak sensitif apabila agama dihina?

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Semoga Allah membimbing kita ๐Ÿคฒ Aamiin

25/02/2026

Gula gula yang dikatakan tidak halal - perkongsian daripada JJ Trio

23 DITAHAN DALAM SERBUAN PELACURAN DI JALAN KEMAktiviti pelacuran yang dipercayai beroperasi di bangunan terbiar dan rum...
24/02/2026

23 DITAHAN DALAM SERBUAN PELACURAN DI JALAN KEM

Aktiviti pelacuran yang dipercayai beroperasi di bangunan terbiar dan rumah usang di Jalan Kem digempur pihak berkuasa dalam serbuan kira-kira jam 1.15 petang Selasa.

Operasi dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia serta Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Pemeriksaan mendapati terdapat binaan bilik kecil menggunakan partition dan laluan rahsia untuk melarikan diri. Tisu dan kondom turut ditemui.

Seramai 23 individu ditahan terdiri daripada 17 wanita, seorang lelaki berpakaian wanita, seorang penjaga dan empat pelanggan. Semua dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Address

Sungai Petani
08###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share