Mr Radzi

Mr Radzi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mr Radzi, Digital creator, Bandar Perdana, Sungai Petani.
(1)

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online.1. Pendapatan tambahan.Bagi ramai, sebab utama memulakan perniagaan...
17/05/2025

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online.

1. Pendapatan tambahan.
Bagi ramai, sebab utama memulakan perniagaan online adalah untuk menjana pendapatan tambahan. Perniagaan online adalah satu pilihan yang baik oleh kerana ianya boleh dilakukan secara sambilan.

Salah satu maanfaat perniagaan online adalah, ianya mudah dan pantas untuk mulakan. Dan untuk mendapat p**angan juga pantas, tidak seperti memulakan perniagaan yang mempunyai premis atau kedai.

2. Ianya fleksible.
Dengan hanya smartphone, perniagaan online boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Kini, terdapat pelbagai perisian dan app yang membolehkan anda menjalankan perniagaan seperti promosi, menjawab soalan pelanggan, memeriksa pesanan, dan banyak lagi dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3. Kos rendah.
Memulakan perniagaan yang mempunyai premis dan kedai fizikal pastinya memakan kos yang tinggi. Sewa, renovation, membayar bil dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit.

Memulakan perniagaan online? Dengan hanya beberapa ratus ringgit sahaja anda dapat membeli dot com anda sendiri (.com). Facebook percuma. Instagram percuma. You Tube juga percuma. Apa yang anda perlukan tidak semestinya modal yang besar, tetapi anda perlukan ilmu berniaga di internet!

4. Mudah untuk dimulakan.
Ramai antara kira mengamalkan internet sebagai sebahagian besar gaya hidup kita. Kita sering mendapat berita di Facebook, ramai yang menggunakan instagram, kita sering menonton YouTube, mencari maklumat p**a menggunakan Google.

Mengapa tidak gunakan platfom yang kita sedia tahu dan fahami untuk menjana pendapatan p**a? Oleh kerana kita sudah sedia menggunakan internet setiap hari, mempelajari cara menjana pendapatan di internet melalui perniagaan adalah lebih mudah berbanding dengan membuka kedai, yang mungkin kita langsung tiada pengalaman.

5. Kebebasan membuat pilihan.
Adakah ianya terlewat sekiranya kita ingin mulakan perniagaan? Jawapannya tentulah tidak. Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an.

Ramai antara kita mempunyai matlamat dan niat untuk mulakan perniagaan tetapi, merasakan ianya terlewat oleh kerana umur. Perniagaan internet membolehkan anda bebas membuat pilihan. Anda boleh memulakan perniagaan yang anda idamkan pada bila-bila masa sahaja. Pilihannya di tangan anda. Sama ada anda mahu ataupun tidak.

6. Pantas mendapat keuntungan.
Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih pantas menjana keuntungan melalui perniagaan internet. Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah, tambahan kos overhead perniagaan Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan, ianya lebih mudah dan pantas.

Bandingkan sekiranya kos memulakan perniagaan adalah RM30,000 berbanding dengan kos memulakan perniagaan online yang boleh bermula pada RM300. Yang mana satu anda dapat cover cost anda dengan lebih pantas?

7. Tidak perlu berjumpa pelanggan.
Bagi saya, satu ketika dulu, ini adalah satu kebaikan. Sebabnya adalah, saya seorang yang sangat pemalu. Malu untuk menjual, malu untuk berjumpa pelanggan, sehingga malu nak sebut harga barang yang dijual pun ada!

Sekiranya anda seperti saya satu ketika dulu, maka perniagaan internet adalah terbaik untuk anda!

8. Kebebasan masa.
Tidak seperti 20 tahun lalu, matlamat saya ketika muda adalah ingin menjadi seorang jutawan. Alhamdulillah, ianya tercapai ketika berumur 25 tahun.

Namun, kini berkeluarga dan 4 orang anak yang kian membesar, matlamat bukan lagi dari segi material. Tetapi ingin lebih masa bersama keluarga. Tidak terikat dengan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Boleh bersama mereka pada bila-bila masa sahaja, dan kebebasan kewangan membolehkan melakukan apa yang ingin dilakukan bersama keluarga.

Perniagaan internet memberi p**angan yang tidak dapat dijual beli, iaitu kebebasan masa bersama mereka yang tercinta!

Sumber: blog perniagaan irfankhairi.com

*4 SEBAB KENAPA PERLU ONLINE KAN BISNES ANDA*. #1. Menurut sumber daripada internetlivestats.com, 70% rakyat Malaysia di...
15/05/2025

*4 SEBAB KENAPA PERLU ONLINE KAN BISNES ANDA*.

#1. Menurut sumber daripada internetlivestats.com, 70% rakyat Malaysia dilaporkan menggunakan internet.

#2. Secara purata, WeAreSocial telah melaporkan bahawa rakyat Malaysia s**a menghabiskan purata 3 jam dan 43 minit untuk melayari internet melalui telefon pintar.

#3. Social bakerd mencatatkan, platform Facebook merupakan platform media sosial utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia berbanding dengan platform media sosial lain, di mana Facebook mencatatkan responde rate tertinggi iaitu sebanyak 56% diikuti X iaitu 40%.

#4. Berdasarkan statistik yang dibuat oleh Facebook, 94% daripada rakyat Malaysia mencari maklumat ataupun informasi berkenaan sesuatu produk dan brand melalui Facebook. Dan 62% daripada jumlah tersebut membuat pembelian selepas mendapat informasi daripadanya.

Kini orang lebih berminat membeli barangan secara online. Bukannya keluar ke kedai membeli barangan.

15/05/2025
14/05/2025

Address

Bandar Perdana
Sungai Petani
08000

Telephone

+601115291110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr Radzi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mr Radzi:

Share