Tenang Outdoor

Tenang Outdoor video creator

15/07/2025

Assalamualaikum

29/06/2025
20/06/2025

MALAYSIA MASIH AMAN.🇲🇾 🏴

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana keharmonian dan keamanan masih dapat dipertahankan. Tetapi melihat situasi negara-negara luar yang sedang bergolak, minda sedar kita mula berfikir dan mencongak seandainya kesan persengketaan mereka boleh memberi impak kepada negara Malaysia.

Jika situasi getir terjadi, usah panik!

Tingkatkan pengawasan keselamatan ahli keluarga dan kenalan sekitar serta patuh pada arahan pas**an bertugas. Jangan membuat sebarang provokasi dan bersedia dengan kelengkapan sedia ada. Kita mungkin diberi arahan untuk kekal diposisi semasa atau berpindah ke lokasi yang lebih selamat.

Situasi sulit memerlukan kita berusaha untuk bertahan dengan apa cara sekalipun bagi meneruskan kelangsungan hidup. Namun harus diingat, persaingan akan ada kerana orang lain juga ingin selamat.

Sekiranya kita terpaksa mengharungi keadaan cemas ini, fokus pada KEUTAMAAN (KPAAM) yang perlu kita cakna.
1- Keselamatan.
2- Perlindungan.
3- Api.
4- Air.
5- Makanan.

Hal ini kerana tubuh badan juga mempunyai limitasi. Oleh kerana itu hendaklah peka pada keutamaan ikhtiar hidup kerana manusia boleh bertahan:-
- 3 minit tanpa oksigen.
- 3 jam dalam suhu ekstrim sejuk atau panas.
- 3 hari tanpa air.
- 3 minggu tanpa makanan.

Keupayaan setiap individu adalah berbeza, kelengkapan yang sempurna tidak menjamin kemudahan pergerakan tanpa ilmu dan kemahiran ikhtiar hidup di lapangan.

Sumber makanan dan minuman sedia masak, boleh habis.
Peralatan canggih, boleh rosak.
Kesihatan dan stamina, boleh merosot.
Semangat, boleh luntur.

Oleh kerana itu, perlunya tahu memanfaatkan sumber alam sebagai bantuan ikhtiar hidup. Perlu juga kreatif dalam mengubah-suai peralatan menggunakan bahan sekitar bagi penggunaan mudah alih. Perlu juga nekad dan kuatkan semangat kerana pergerakan perlu diteruskan.

Doa, usaha dan tawakal. Percaya pada qada' dan qadar.

Teruskan ikhtiar hidup selagi daya kerana boleh jadi tindakan kecil yang kita lakukan mampu membuat kita bertahan sehingga diselamatkan.

Usah panik.

"Forged To Survive"

21/03/2025

Kepada Abang-2 transporter
Kena lebih berhati-hati...
Naya bang kalau camni...

20/03/2025

Palas

Al Fatihah buat Allahyarham Tokyob..Gambaq ni sebelum Paklong menjadi konten creator lagi suatu hari kami bermalam dipun...
19/03/2025

Al Fatihah buat Allahyarham Tokyob..

Gambaq ni sebelum Paklong menjadi konten creator lagi
suatu hari kami bermalam dipuncak Bukit Larut..disitulah
arwah tokyob banyak bercerita selok belok dunia marketing..
antara pesannya bagaimana mahu menjadi Melayu Glokal dan buat personal branding.

Akhirnya Paklong membuka Fan Page untuk mencari makna Personal Branding tu..

Paklong buatkan akaun Page TenangFm
Setelah Fan Page TenangFm tak boleh dengan lagu2 yang ada copyrigt ketika live sreaming..
Paklong menukar nama funpage Ke Tenang Vibracion disamping itu ia dapat jana duit Ribu Ribu RM dari setiap video konten yg di muatnaik..

disini Paklong mulai faham apa itu personal branding yg dimaksudkan oleh arwahTokyob ..
Pada malam tu juga tokyob berkata..
" hang tengok nanti tokyob nak boh gambaq muka tok seketoii kat kopi dan tembakau nanti ".. kopi apa ? KOPI TENANG..jawab tok sambil ketawa kecil..
Akhirnya ternyata benar 3 tahun kemudian
Tok berjaya. Menjadi founder KOPI TENANG dan banyak lagi kisah2 s**a dan duka bersama tokyob..
Semoga Di bulan Ramadhan yang mulia ini sama2 kita panjatkan doa buat kepada yang telah pergi agar mereka tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg dikasihi Allah SWT
Amin..

19/03/2025

Kat otak ni pelbagai idea konten .. tapi time nak shooting video semangat tu lemah..🤣

23/02/2025

Membina pondok ditepi air terjun

Address

Taiping

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tenang Outdoor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tenang Outdoor:

Share