Rahsia Dikejar Rezeki

Rahsia Dikejar Rezeki Hidup rasa susah sangat? Hutang masih terbelit
Macam-macam cara dah buat tapi masih takat tu. Berbalik pada asas. Cara berdoa betulkan. Kehidupan per

Tak tahu mana silapnya
Sales kadang ada kadang tak ada

Dah macam situasi kat atas, macam mana nak buat? Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah,kebahagian hati,kekayaan harta dan jiwa,serta keberkatan hidup di DUNIA dan AKHIRAT

08/02/2023

Tukarkan semua perkara di bawah ini untuk jadi insan luar biasa:

1. Tengok movie/drama --> Baca buku.
2. Makan fast food --> Masak sendiri dan kurangkan minyak.
3. Rakan toksik --> Mentor.
4. Tidur berlebihan --> Bersenam.
5. Selalu komplain --> Selalu bersyukur.
6. Overthinking --> Bertindak.
7. Menyalahkan --> Ambil tanggungjawab.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Jika penat, tutup handphone dan pergilah tidur.

Jika lesu, pergi mandi dan segarkan badan.

Jika ragu-ragu, catat di dalam buku, senaraikan segala keraguan. Tulis dan muntahkan segala-gala yang ada dalam benak fikiran. Kemudian baca dan kamu akan nampak lebih jelas perkara itu sia-sia.

Jika depresi, keluar melihat alam semulajadi. Luang masa dengan keluarga, kawan-kawan atau haiwan peliharaan.

Jika marah, bersenam dan buat full cardio workout.

Jika cemburu, fokus pada pembangunan diri dan kualiti hidup.

Ingatlah sentiasa ada peluang baharu untuk perbaiki diri serta jadi insan luar biasa setiap hari. Jangan tenggelamkan diri kita dengan perkara tak bermanfaat serta kekal bertenaga sepanjang masa ya!

๐Ÿ‘ด๐Ÿป๐Ÿ‘ด๐ŸปDato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Mudah je nak mandi garam ni, tak rumit pun. Kalau rumit, saya pun malas nak mandi. ๐Ÿ˜‚Ini saya kongsikan caranya.Cara-cara...
04/02/2023

Mudah je nak mandi garam ni, tak rumit pun. Kalau rumit, saya pun malas nak mandi. ๐Ÿ˜‚

Ini saya kongsikan caranya.

Cara-cara mandi garam:-

1- Masukkan 2 sudu garam ke dalam baldi 5 liter, isi air paip hingga penuh.

2- Niatkan untuk kesihatan, membuang aura negative dan apa sahaja niat dalam hati.

3- Mandi dari awal hingga akhir dengan air garam, atau boleh buat bilasan terakhir.

4- selepas itu lap badan seperti biasa.

5- Sebaiknya mandi waktu pagi. kalau balik kerja petang, nak mandi waktu petang pun boleh.

6- Amalan tiap pagi. niatkan garam sebagai asbab.

7- Jika period pun boleh mandi garam.

8- Ada kesan berbeza bagi setiap orang selepas mandi, ada yang mengantuk, pening kepala, badan sakit. Tapi kesan ini sementara sahaja. Teruskan mandi garam.

๐Ÿ˜Š

04/02/2023

Doa kita hari ini

"Wahai Allah, permudahlah untuk kami segala perkara kami, disertai dengan ketenangan di hati dan badan kami, kesejahteraan dan keselamatan pada agama dan dunia kami."

Aamiin Ya Mujib

Yang susah sangat lelap mata malam, ada insomnia, baby meragam waktu malam, boleh la pakat2 ikhtiar pasang lampu garam y...
23/02/2022

Yang susah sangat lelap mata malam, ada insomnia, baby meragam waktu malam, boleh la pakat2 ikhtiar pasang lampu garam yah...

Susah tidur malam ni pun sebenarnya ada gangguan, ndak bagus untuk kesihatan. Bangun pagi, boleh ikhtiar mandi garam.. In Sha Allah..

Jangan ngigau bangun jilat lampu garam ni sudahhh๐Ÿคฃ

Kita hanya Ikhtiar, Allah yang menentukan...

Night.. Night

www.wassap.my/+601170735679/LampuGaram


10/01/2022

- Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini :

1. Astaghfirullahal azim - 100ร—
2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x
3. Lailahailallah - 100x
4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x
5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x
6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x
7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x

SEKEJAP! BERHENTI SCROLL!!Gangguan makin berkurangan sebab pasang lampu garam dekat rumah???
29/04/2021

SEKEJAP! BERHENTI SCROLL!!

Gangguan makin berkurangan sebab pasang lampu garam dekat rumah???


Indahnyaa decoration terletak Lampu Garam Oren mewangi disitu.Kena plak yang s**akan Warna Putih,Ibarat suatu ketenangan...
25/04/2021

Indahnyaa decoration terletak Lampu Garam Oren mewangi disitu.

Kena plak yang s**akan Warna Putih,
Ibarat suatu ketenangan gitu.

Melambangkan keceriaan suasana dirumah.
Betullah ramai yang berkata kata.

Rumahku syurgaku.

Balik rumah mesti nak pandang sesuatu yang indah.Indah tengok ruang tamu yang simple tapi cukup sempurna.

Adanya lampu Garam Oren Mewangi,
Tepat sekali.

Anugerah RASA itu Nikmat paling sempurna.
Inilah yang ramai yang impikannya.

Fuhhh! Macam fakta,
Padahal ianya sebuah harapan manusia.

Betul ke betul?๐Ÿ˜†๐Ÿคญ

Wasap.my/601170735679/LampuOren

20/10/2019

7 Doa Pendek Yang Mujarab Untuk Hilangkan Stres, Sedih, dan Gelisah

Tiada manusia yang dapat lari daripada ditimpa sebarang masalah. Hinggakan sampai satu masa manusia pasti akan berasa begitu lemah, letih, kecewa, dan tidak berdaya untuk menghadapi apa yang berlaku. Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka, berdoalah.

Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan, pendek dan mudah dihafal.

DOA 1

ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ูู‘ู‰ู’ ุงูŽุนููˆู’ุฐูุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุฌูŽู‡ู’ุฏูุงู„ู’ุจูŽู„ูŽุงุกู ูˆูŽุฏูŽุฑู’ูƒู ุงู„ุดูŽู‘ู‚ูŽุงุกู ูˆูŽุณููˆู’ุกู ุงู„ู’ู‚ูŽุถูŽุงุกู ูˆ ุดูŽู…ูŽุงุชูŽุฉู ุงู„ู’ุงูŽุนู’ุฏูŽุงุกู
Allahumma inni aโ€™uuzubika min jahdil balaโ€™. Wa darkish shaqaโ€™. Wa suu il qadhaaโ€™. Wa shamaamatil aโ€™daaโ€™.

Artinya:
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh (Sahih Bukhari)

DOA 2

ูŠูŽุง ุญูŽูŠูู‘ ูŠูŽุง ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู’ู…ู ุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุฃูŽุณู’ุชูŽุบููŠู’ุซ
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.

Artinya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

DOA 3

ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅู„ุง ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ุง ูˆูŽ ุฃู†ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ุญุฒู’ู†ูŽ ุฅุฐุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ุง
Allahumma la sahla illa ma jaโ€™altahu sahla wa anta tajโ€™alul hazna iza syiโ€™ta sahla

Artinya:
Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya. (Sahih Ibnu Hibban)

DOA 4

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงูู†ู‘ูู‰ ุงูŽุนููˆู’ุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู‡ูŽู…ู‘ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฒูŽู†ู ูˆูŽุงูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฌู’ุฒู ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽุณูŽู„ู ูˆูŽุงูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูุจู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุจูุฎู’ู„ู ูˆูŽุงูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุบูŽู„ูŽุจูŽุฉู ุงู„ุฏู‘ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽู‚ูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุฑู‘ู ุฌูŽุงู„ู
Allahumma inni aโ€™uuzubika minal hammi wal hazan. wa aโ€™udzubika minal ajzi wal kasali, wa aโ€™udzubika minal jubni wal bukhli, wa aโ€™udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Artinya:
Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)

DOA 5

ู„ุง ุฅู„ู‡ูŽ ุฅู„ุง ุฃู†ุชูŽ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽูƒูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ูƒูู†ู’ุชู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุธู‘ุงู„ูู…ููŠู’ู†ูŽ
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.

Artinya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (QS. al-Anbiyaโ€™ : 87)

DOA 6

ุฑูŽุจู‘ู ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠ ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠ ูˆูŽุงุญู’ู„ูู„ู’ ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ู„ูุณูŽุงู†ููŠ ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู„ููŠ
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

Artinya:
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. (QS. Taha : 25-28)

DOA 7

ุญูŽุณู’ุจูู†ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽูƒููŠู„ู
Hasbunallah wanikmal wakil

Artinya:
Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami (QS. al-Imran : 173)

Demikianlah 7 doa penghilang stres, sedih, dan gelisah. Semoga bermanfaat.

kredit ๐Ÿ“š๐Ÿ“š
nak.la/RezekiBerkat

Nak Berjaya? Jom kita bina 10 Tabiat Orang Berjaya ni. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชAssalamualaikum. Selamat Pagi
24/08/2019

Nak Berjaya? Jom kita bina 10 Tabiat Orang Berjaya ni. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Assalamualaikum. Selamat Pagi

WAJIB BACA..GOOD SHARING[1.70 SEN BUAT ISTERI ABANG] Kisah doa seorang ibu & isteri mengubah kehidupan aku....bacalah......
23/08/2019

WAJIB BACA..GOOD SHARING

[1.70 SEN BUAT ISTERI ABANG]

Kisah doa seorang ibu & isteri mengubah kehidupan aku....bacalah...
Kisah ni dah 5 tahun lepas ....
Tetapi disebabkan berubah masa tu...
Jadi apa yang dapat harini sangatlah berbaloi...

5 tahun lepas aku bekerja di semigov sebagai sorang designer. Masa tu dah bertunang dengan wife aku yang masa tu kerja sebagai production assist.
Nak tahu gaji berapa masa tu?
My Wife RM 1750
Aku mesti ... up sikitla 1900
Nama saja keja di station tv...
tp serious nak bagitau, mee maggi tu lah makanan wajib aku.
Boleh kata seminggu 5-6 kali juga.
Mana tak... nak bayar kereta lagi,
bil telefon, makan pakai aku lagi.
Bagi mak aku ?
memang tak pernah... Xcukup beb.
So masa umur dah 27 tahun, maka kahwinlah dengan Fatin.
Kami kawin biasa2 ja...
mana ada duit nak bawak wife naik kuda.
So kami berarak satu kampung naik basikal arwah atok.
Hidup baru kawin ni memang bestlah.
Lain macam...... bergetar tulang rusuk..hehe
Aku sedar benda ni...
walau kami gembira tapi, cakap soal duit...
dgn isteri mesti gaduh.
Aku yang dulu agak berkira, lepas kwin ni bertambah kedekut.
Rasa kami kena jimat sangat2.
Since Isteri pun kerja minta guna duit dia untuk bayar bil elektrik & air. So aku bayar kos lain. Wife tak berkira pun....
Lps bbrpa bulan tu wife aku mengandung...
dia muntah loya teruk sgt. 3 minggu terlantar kat rumah. Paling stress masa tu boss aku berhentikan wife aku.
Dia kata tak boleh ambik cuti lama.
Ko mana faham orang mengandung rasa sakit macam mana. Stress aku masa tu.
Bayangkan je lah.. aku sorang2 sahaja bekerja, nak tanggung wife aku di tengah tengah Kuala Lumpur dgn gaji RM2010. Tu belum tolak epf tu...
Bertambah kedekut aku masa tu & aku memang tak layan Fatin sebab aku rasa dia punca aku lagi merana.
Ada one time tu office aku buat ceramah malam jumaat sebab ada ustaz jemputan katanya. So aku dipaksa join... aku percaya.... ceramah tu antara sebab kenapa aku macam ni hari ni......
"Kalau kau rasa sempit dalam hidup.... bersedekahlah......."
Bersedekah? aku nak tampung hidup aku dengan wife aku pun payah, macam mana aku nak bagi kat orang lain?
"& kalau kau rasa hidup tak bahagia..... bahagiakanlah isteri & ibumu....."
Masa otw balik rumah... tak tahu macam mana aku terfikir ja pasal aku... betul ka aku ni kejam dengan isteri aku? sebab kalau nak kata bahagiakan isteri aku, aku rasa aku takdalah romantik macam kawan kawan aku.....
Tapi Fatin takda lah p**a ckp aku ni tak lyn dia... Fatin selalu diam ja.. tak menentang...
Bila aku fikir fikir... memang betul aku tak tunaikan tanggungjawab aku pun.
Aku tak bagi isteri aku nfkh zahir....
kalau nafkah batin tu on time aku time tunaikan..
Aku biar wife aku kat rumah sorang sorang & aku balik malam... Lewat sgt.
Aku biar wife buat semua kerja rumah walau dia tak sihat....dan paling teruk.. sejak 10 tahun aku kerja.. aku rasa 2 kali saja aku bagi mak aku duit... lepas tu terus tak bagi..
Berdebar hati aku sebab rasa salah... tapi aku rasa syukur sebab aku tersedar jugak....
So masa balik tu aku tak beli apa... sebab esok baru gaji... kat tangan ada 1.70 sen ja.
Sampai ja kat rumah tu, mcm hari biasa Fatin sambut aku, dia salam & cium peluk aku. Aku pun tak tahu sejak hamil ni dia s**a sangat bau ketiak aku ni... hmmm....
Tak pernah pernah wife aku mintak, tetapi malam tu dia kata dia teringin nak makan donut gula.....sgt sgt teringin...
Adoii... cukup tak duit aku ni.. Dgn minyak kereta p**ak nak abis dah.
Walaupun ada b*k benda yang aku fikir tapi aku nak jugak belikan wife aku donut.
Dengan duit 1.70 tulah aku jalan kaki..
jauh oii... aku beli donut gula... 3 bijik 1.80... tapi makcik tu bagi aku discount 10sen...
So aku pun berlari2 balik nak bagi kat isteri aku ni....
Nampak ja Donat tu.. terus dia gembira senyum sampai telinga.. Dia makan dengan penuh rasa nikmat..... tak sangka aku macam tu rupa mengidam...
Punyalah berselera bidadari aku ni makan.... siap bunyi emm amm umm bagai... haha...abang sayang isteri abang.... aku dah mula jatuh cinta sedalamnya dengan isteri aku.....
Mulai saat tu aku betul betul nekad nak buat yang terbaik untuk wife aku. Kesian aku tengok dia. Donut ja kot wife aku mengidam... bukannya spaghetti...
Tak abis lagi penat aku, ttba aku dapat panggilan yang tak pernah aku sangka... aku dipilih untuk buat design projek untuk satu production house.... diorng siap cakap kalau aku setuju diorng bayar deposit.. fuh melompat aku.
Tak sangka wei.. 1st tyme aku buat baik dengan wife aku, cepat betul balasan ya ALLAH bagi aku rasa masa tu.
Dapat ja deposit tu aku bawak wife aku balik kampung, aku cium tangan mak ayah aku & peluk diorng. Aku bagi 1000 kat mak aku. Menangis dia... ๐Ÿ˜Š
Lepas tu.... aku sangat dapat rasa life aku lain sangat. Setiap kali aku bahagiakan mak & wife aku.... aku mesti rasa tenang ja hati aku ni.
Bayangkan... aku balik rumah wife aku senyum kat aku.... aku mintak air kejap je sampai... lepas mandi sama2 tu... kitorang solat sama2 p**ak.... pastu tido sama2... Allah... nikmatnya....
Semua yang aku cakap dgn wife aku benda2 baik yang buatkan life kitorang lagi best...
Kadang bila wife aku merajuk je.. aku tak kekok pun nak pujuk dia.. sebab aku tau banyak yang aku dapat dengan bahagiakan dia...
Aku tak sure apa yang orang lain rasa... tapi bagi aku & gang2 aku semua memang nampak punca kebahagiaan kami ni datangnya dari doa ibu & isteri......
Pak sedara aku yang ada business kat Singapore tu pun bgtau aku...

"Kalau kau nak berjaya dalam hidup... buatlah baik dengan mak ayah , isteri , anak anak & semua orang".
Sekarang kami dah ada 2 orang anak, bertambah rezeki... dah tak buat design dah... upah orang buat sebab aku dah ada printing company sendiri.
Aku rasa bertuah sebab org keliling aku & kawan2 aku pun jenis yang baik macam aku..
Kami ambil berat pasal ibu & ayah ...
Dan kami dapat rasa semuanya dimudahkan
Kami buat isteri bahagia & anak2 bahagia
Alhamdulillah kami pun bahagia sampai hari ni.....
Alhamdulillah...

Kredit : Rumah Tangga Bahagia Selamanya

Dari wall : Syiha Mira

Dah habis baca? Komen "Alhamdulilah" boleh.

Alhamdulillah nak.la/RezekiBerkat

16/08/2019

Mana lagi penat, bekerjaya atau surirumah atau bekerjaya dan surirumah?

Bab ni bahas panjang. Nak sebut satu2 memg tak dapatlah. Tp aku kongsikan apa yg aku rasa bila bekerja dan balik kerja jadi sura rumah. Hahaha...

Jawapan pendek serius penat gila dan aku dah tahu kenapa ramai mak2 moody hingga ada yg kemurungan.

Zamam dah berubah. Zaman hari ni, method kerja2 dirumah perlu dilakukan berbeza dgn cara org2 dahulu. Sebab ramai ibu2 yg bekerjaya skrg ni. Dan dlm masa yg sama mereka perlu uruskan hal2 dalam kerja rumahtangga. 2 hal terbesar yg mereka perlu lakukan samada mereka suri rumah sepenuh masa ialah memasak dan menguruskan anak.

Masak ni utk santapan seisi rumah supaya boleh makan. Dan manusia memang makan dan sentiasa makan. Dah makan kena cuci pinggan. Sblm masak kena sediakan bahan masakan. Kita dgr perkataan MASAK. Matlamat masak untuk MAKAN. Tapi kena ingat, utk capai matlamat MASAK kemudian MAKAN banyak kerja perlu dilakukan.

Kat sinilah komunikasi antara suami dan isteri sangat2 diperlukan sebelum capai matlamat MASAK dan MAKAN. Ada satu soalan diantara waktu perkara ini dilakukan. Soalannya ialah...

SIAPA NAK URUSKAN DAN MELAYAN ANAK?

Soalan ni ramai suami terlepas pandang. Aku tak nafikan ramai lelaki memahami keadaan ini, tetapi lebih ramai lelaki terleka dan terlepas pandang.

Sbb mind set org lelaki ialah mereka beli lauk pauk dan dah selesai. Selebihnya diuruskan isteri didapur.

Cuba masing2 kira sendiri, jumlah anak yg nak diuruskan dan + dengan kerenah anak setiap sorg + dengan jumlah berapa kali dalam sehari keluarga itu masak dirumah = kat sinilah kita akam dpt jawapan kenapa isteri jadi biadap dengan suami dan konflik makan hati banyak bermula dari sini.

Agak2 ko la, adil x bila kita terus cakap isteri biadap? Isteri derhaka dan masuk neraka? Aku rasa tak adil.

Kerana adil ialah meletakkan sesuatu pd tempatnya. Dan tempat isteri disisi suami, bukan didapur. Maknanya suami perlu kedapur barulah isteri turut MEMBANTU. Tugas isteri taat pd suami, dan cara membantu itu subjektif. Samada suami mengetuai acara memasak maka isteri bantu jaga anak atau isteri bantu memasak dan suami p**a menjaga anak.

Bila lambakan beban diletakkan pd bahu wanita. Kita akan hasilkan satu ledakan letupan pd jiwa mereka. Dan ledakan itu bila dilepaskan, banyak mudharat pd keluarga. Ini kita baru cakap bab membantu. Belum masuk bab PENGHARGAAN pd mereka.

Dan selepas semua iti dilakukan sorg2. Masak dan jaga anak, tidak p**a ada penghargaan, lama kelamaan rasa memberontak akan lahir dlm jiwa mereka. Hilang rasa hormat dan patuh. Sebab isteri sepatutnya taat pd suami.

Dan kena ingat tuan2.. Ketaatan itu diraih bukan ditagih. Kita adil sbg suami, maka akan dianugerahkan ketaatan oleh isteri. Kita zalim pd isteri, maka akan dianugerahkan pemberomtakan oleh isteri.

Bila sebut zalim, kita rasa perkataan tu mcm melampau. Takkan la x tlg isteri jaga anak atau masak dah dianggap perbuatan si suami tu zalim? Makna zalim adalah meletakkan sesuatu BUKAN pd tempatnya. Ianya kata lawan bg makna adil. So, itulah perkataan yg sesuai utk kita para suami muhasabah diri kita.

Ini baru cerita didapur. Belum bab keseluruhan kerja2 dirumah. Kira balik jumlah hari yg dh kita lalui sepanjang tempoh perkahwinan, campur dgn jumlah anak, campur dgn jumlah kerenah setiap anak dan kerenah suami. Aku rasa, adalah normal jika isteri itu menjadi moody.

Penat tuan2 layan kerenah anak ni. Sgt2 penat. Aku yg anak sorg ni pun rasa sgt2 penat. Apatah lagi anak ramai.

zaman ini lagi ramai wanita bekerja. Yg jadi permaisuri rumahtanggabatu pun berniaga bantu suami. Sebenarnya seminggu sekali kita cuba bayar ganjaran mereka pun tak cukup. Dan memg takkan pernah cukup. Sbb pengorbanan menguruskan rumah itu bukanlah sesuatu yg perlu dibayar. Ianya sesuatu yg perlu dihargai. Maka hargai. Benda itu sudah memadai. Bila kita hargai maka kita akan muhasabah setiap hari dan memperbaiki.

Jgn mudah menerakakan isteri kita. Jgn mudah meletakkan label derhaka pd mereka. Sbb zaman ini ramai isteri 'derhaka' yg menguruskan rumahtangga.

Jika neraka itu ramai wanita. Kena ingat satu benda. Seorg wanita masuk neraka akan diikuti bersamanya 4 lelaki iaitu ayah mereka, suami mereka, saudara kandung mereka dan anak lelaki mereka. Begitulah juga syurga. Seorg wanita kesyurga akan diikuti bersamanya 4 lelaki td. Terutama suami.

perkahwinan itu sunnah. tapi kalau rasa nak punahkan kehidupan org lain, lebih baik jadi bujanglah.

nak rosakkan organisasi rumahtangga syaitan akan rosakkan IBU dlm organisasi itu. Sbb kekuatan melahirkan manusia terletak pd rahim seorg wanita.

aku juga lelaki. aku juga belajar memperbaiki setiap hari.

" Alam raya adalah sekolah aku, manusiawi adalah guru aku "

-hamka-

" sebaik baik guru adalah pengalaman "

-saidina ali ra-

Kredit Abu Hannah

Address

Taiping
34500

Telephone

0105658046

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Dikejar Rezeki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share