Nota Muslim

Nota Muslim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nota Muslim, Media, Jalan Taming Sari, Taiping.

"Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran (3) - Surah Al-Asr

🕌   | 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷻSEORANG lelaki tua dengan baju lusuhnya masuk ke sebuah kedai yang megah. Dari ba...
10/01/2026

🕌 | 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷻ

SEORANG lelaki tua dengan baju lusuhnya masuk ke sebuah kedai yang megah. Dari bajunya, terlihat lelaki tua itu adalah seorang fakir.

Para pengunjung di kedai tersebut yang majoriti adalah orang² berada, mereka rata-rata melihat dengan pandangan aneh kepada lelaki tua tersebut. Tetapi tidak dengan pemilik kedai.

"Hendak cari apa tuan?” Tanya pemilik kedai dengan ramah.

"Anu… Saya mahu membeli selimut enam helai untuk saya dan anak isteri saya. Tapi…" Soalnya ragu.

”Tapi kenapa tuan?”

"Saya hanya ada wang 100 riyal. Apakah cukup untuk membeli enam helai selimut? Tidak perlu bagus, yang penting boleh untuk melindungi tubuh dari hawa dingin,” Ucap lelaki tua tersebut.

”Oh tentu cukup tuan. Saya ada selimut bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau tuan membeli lima saya kasih bonus satu helai", jawab pemilik kedai dengan ramah.

Lega, wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Dia menghulurkan wang 100 riyal, lalu membawa p**ang selimut yang dibelinya.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar percakapan tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai;

"Tidak salah??? Kau kata selimut itu yang paling bagus dan mahal yang ada di kedai kamu ini.

"Kelmarin kau jual kepadaku 450 riyal. Sekarang kau jual kepada lelaki tua itu 20 riyal??" Protesnya marah dan hairan.

"Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya padamu tidak kurang dan tidak lebih.
"Tetapi kelmarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah ﷻ" Ucap pemilik kedai dengan tenang.

"Demi Allah ﷻ! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun.

"Tapi aku ingin menjaga harga diri lelaki tua tersebut agar dia seolah tidak sedang menerima sedekah dariku hingga akan membuatnya rasa malu,” sambungnya.

Menghela nafas sejenak, sambungnya kembali,

"Demi Allah ﷻ! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang sebentar lagi datang.

"Dan aku pun berharap Allah ﷻ menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka."

Sungguh, diperlukan SENI dan TRIK dalam beramal dan BERSEDEKAH agar membuat hati orang lain senang dan bahagia tanpa merasa malu atau rendah diri.

Allah ﷻ berfirman,

اِنَّ اللّٰهَ اشْتَرٰى مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ اَنْفُسَهُمْ وَاَمْوَالَهُمْ بِاَنَّ لَهُمُ الْجَــنَّةَ

"Sesungguhnya Allah ﷻ membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Quran Surah At-Taubah : 111)

Rasulullah ﷺ bersabda,

وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِم

"Dan amal perbuatan yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan seorang muslim". (Hadis Riwayat Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 13646).




سُبْحَانَ اللَّهِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّه ، وَلاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّه ، وَاللَّهُ أَكْبَر .
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدْ

🕌   | 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗠𝗔𝗡Nikmat terbesar selepas nikmat iman@islam ialah nikmat kesihatan.Kit...
10/01/2026

🕌 | 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗠𝗔𝗡

Nikmat terbesar selepas nikmat iman@islam ialah nikmat kesihatan.

Kita tidak akan tahu betapa kesihatan itu nikmat hanya selepas kita sakit.Hanya pesakit yang tahu nikmat sihat.

Pasti ramai yg berkata,"nikmat terbesar adalah kaya raya" tetapi bayangkan, jika kita mempunyai harta berlambak tak luak,namun jika kita terlantar sakit, harta itu tidak memberi banyak makna kepada kehidupan kita.

Tanyalah kepada si lumpuh yang jutawan, apa nikmat yang paling besar? Pasti dia akan berkata, boleh berjalan dan bergerak walaupun tak berduit.

Tanyalah kepada si buta yang kaya raya, apa nikmat terbesar? Pasti dia akan berkata, nikmat terbesarnya ialah walaupun dia miskin tetapi dia boleh melihat semula seperti dahulu.

Nabi SAW bersabda, "Ingatlah masa sihat sebelum masa sakitmu". Nabi SAW banyak mengajar kita untuk sentiasa sihat dan mohon kepada Allah agar disembuhkan segala sakit.

Antara doa baginda yang matsur yang diajar baginda agar umatnya selalu baca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang, antaranya,"Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku. Sesungguhnya tiada tuhan selain Engkau".

Nabi SAW juga mengajar banyak doa yang sahih tentang memohon kesihatan. Antaranya juga ialah BISMILLAH 5.

Ini bermaksud, sihat merupakan penanda aras, nikmat dan bahagia bagi Rasul.

Dalam Islam juga, ubat untuk kesihatan ialah istighfar. Istighfar ialah penyembuh yang ampuh untuk kita yang sakit-sakit ini.

Selain istighfar, bersedekah juga sebagai satu wasilah terpenting untuk kita disembuhkan Allah dari sebarang penyakit.

Antara yg lain, madu asli dan habatussauda' juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Banyak hadis-hadis yang sahih menyebut tentang madu dan habatussauda'. Begitu juga penggunaan minyak zaitun dan lemon.

Mengikut kajian beberapa pengkaji "perubatan cara Nabi SAW", antaranya Prof. Dr. Said Hammad, Prof. Cruft, begitu juga Ibnu Qoyyim Al Jauziah, bahawa 5 jenis perubatan terbaik dalam Islam antaranya;

1. Meminum madu
2. Habbatus sauda'
3. Zaitun
4. Berbekam
5. Berpantang

Nabi SAW bersabda kepada Saidina Ali R.Anhu, "Sebaik2 ubat wahai Ali,ialah berpantang".

Dalam hadis sahih, Nabi SAW melarang Ali memakan kurma muda kerana ini boleh menyebabkan Ali R.Anhu sakit mata semula.

Nabi menganjurkan Ali memakan Thalbinah iaitu campuran kurma, madu dikacau dengan tepung lalu dijadikan seperti bubur.

Bagi yang sakitnya masih belum sembuh, selepas mencuba pelbagai rawatan Islam seperti di atas, bolehlah pergi menziarahi pesakit yang lebih kronik dan minta mereka doakan kita dan kita mendoakan mereka.

Dalam riwayat yang sahih, dimuatkan oleh Iman Nawawi dalam Riadhus Solehin, Nabi SAW bersabda, "70 ribu malaikat memohon rahmat kepada Allah kepada siapa yang menziarahi orang sakit".

Dalam satu riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda, "Suruhlah orang sakit mendoakanmu kerana doa orang yang sakit (yang sedang diuji Allah) sangat mustajab.

Selepas usaha demi usaha dilakukan namun sakit masih belum sembuh, berjumpalah dengan doktor yang pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut. Allah SWT berfirman, "Tanyalah orang yang ahli @ pakar, jika kalian tidak mengetahui".

Saya mendoakan diri saya, keluarga saya dan sesiapa yang sakit di luar sana, disembuhkan Allah, atas Rahmat-Nya. Aaminnn.

✍️ Haji Kuin - Rabu,18 Disember 2019 @ 4:20 pagi

🕌   | 🧕🏻 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔| صلوا علی ٱلنبي💕  |  جزاكم ٱلله خير ٱلجزاء.. |  شكور كفد ﷲ سبحا نه وتعا لی.. | تريما كاسيه سموا..  | ٱلح...
09/01/2026

🕌 | 🧕🏻 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔

| صلوا علی ٱلنبي💕 | جزاكم ٱلله خير ٱلجزاء.. | شكور كفد ﷲ سبحا نه وتعا لی.. | تريما كاسيه سموا.. |
ٱلحمدلله |

🧕🏻 "𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗜𝗝𝗜 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡"

Seorang suami menyesal kerana menceraikan isterinya, lalu dia menghubungi isterinya...

Suami : "Sayang... Maafkan abang,abang nak rujuk semula..."

Isteri : Di sebelah abang ada cawan?''

Suami : "Haa? Cawan? Takde... Kenapa?"

Isteri : "Kalau begitu pergi dapur ambil cawan sekarang..."

Suami : "Ok dah...Nak buat apa dengan cawan nie???..."

Isteri : "Lemparkanlah cawan tu ke lantai..."

Suami : "Abang dah lempar... Kenapa?"

Isteri : "Sekarang kembalikan cawan itu seperti sedia kala... Tidak mungkin bolehkan... Begitu juga hati ini..."

Suami : "Uikk, cawannya tidak pecah laa sayang... Cawan plastik..."

Isteri : "Eeeee...nyampah... Lepas maghrib datang ambik kat rumah mak..."

😛😝😜😆😅😄😃😂🤣

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

🧕🏻 "𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜"

🧕🏻 Kerana isteri, rezekimu bertambah.

🧕🏻 Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.

🧕🏻 Kerana isteri, makan dan pakaianmu terjaga.

🧕🏻 Kerana isteri, tenang hatimu.

🧕🏻 Kerana isteri, lembut pandangan matamu.

🧕🏻 Kerana isteri, adalah satu²nya manusia yang boleh melihat cacat celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu

🧕🏻 Kerana isteri, dia masih menerimamu seadanya.

🧕🏻 Kerana isteri, janganlah sakiti hati mereka.

🧕🏻Kerana isteri, ingatlah setiap pengorbanan mereka.

🧕🏻Kerana isteri, walaupun kecil di matamu,tapi besar bagi dirinya.

🧕🏻 Kerana isteri, setiap peluh yang menitik kerana bekerja untuk keluarganya.

🧕🏻 Kerana isteri, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda.

🧕🏻 Kerana isteri, dia yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

🧕🏻 Renungan sepintas lalu. Kerana isteri, mengapa isteri sering menangis?

🧕🏻 Jawab Allah, kerana isteri itu unik.

🧕🏻 AKU ciptakan isteri sebagai insan istimewa.

🧕🏻 AKU kuatkan bahunya utk menjaga anak-anaknya.

🧕🏻 AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.

🧕🏻 AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.

🧕🏻AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.

🧕🏻AKU beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh pasangannya.

🧕🏻 Walau disakiti oleh orang yang disayangi.

🧕🏻 ISTERI insan yang kuat.

🧕🏻 Tapi jika suatu saat dia menangis, itu kerana AKU beri air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

🧕🏻 ISTERI sangatlah istimewa...

🧕🏻 Kirimkan kepada ISTERI yang kamu sayangi...

👳🏻‍ Kirimkan juga kepada SUAMI agar mereka menghargai ISTERI

👳🏻‍ Agar tahu bahawa ISTERI adalah ciptaan yang istimewa...

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

🧕🏻 "𝗜𝗕𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥𝗡𝗔 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔"

➡️ Wajah IBU paling→ cantik
➡️ Masakan IBU paling→ sedap
➡️ Kata IBU paling→ berharga
➡️ Doa IBU paling→ makbul
➡️ Restu IBU paling→ diberkati

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

🧕🏻 "𝗗𝗢𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔"

❤️ Ya Rabb... Jadikanlah...
❤️ Wanita yang membaca ini...
❤️ Wanita pilihanMu...
❤️ Wanita yang cantik, kuat dan sabar...
❤️ Sayangilah dia...
❤️ Kasihanilah dia...
❤️ Jika dia melangkah...
❤️ Mudahkan langkahnya...
❤️ Permudahkan urusannya...
❤️ Tolong bantu tingkatkan kehidupannya...
❤️ Mudahkan rezekinya...
❤️ Rehatkan badannya dan...
❤️ Berikan keredhaanMu padanya.
❤️ Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin ❤️

✅ Jika sudi sebarkanlah nukilan yang anda telah baca...

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

🕌   | 𝗥𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜KFC tak pernah kutuk  McDonald's.McDonald's tak pernah dengar mengata KFC.Tapi keduanya menjadi a...
09/01/2026

🕌 | 𝗥𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜

KFC tak pernah kutuk McDonald's.
McDonald's tak pernah dengar mengata KFC.

Tapi keduanya menjadi antara syarikat yang terunggul di dunia.

Mercedes tidak pernah menghancurkan BMW.
BMW tidak pernah memusnahkan Mercedes.

Ferrari tak pernah kondem Lamborghini.
Lamborghini juga tak pernah menjatuhkan Ferrari.

Kereta jenama ni semua menjadi kereta yang terkenal di dunia.

Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk menaikkan diri kita.
Tak perlu memburukkan orang lain agar diri nak nampak bagus.

Kita tidak perlu meletakkan diri kita di tempat tinggi moral untuk mengkritik orang lain dari semasa ke semasa.

Menghormati lawan, menghormati rakan-rakan dan saling membantu untuk mencapai satu sama lain.

Kecemerlangan kita tidak akan dikekalkan dengan cara menghancurkan orang yang lain.

Kesempurnaan terhasil dari kesepakatan, bukan dengan mencari perbezaan.

🕌   | 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝟮𝟱 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟1. ADAM AS.Nama: Adam As.Usia: 930 tahun.Periode sejarah: 5872-4942 SM.Tempat turunnya di bumi: ...
08/01/2026

🕌 | 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝟮𝟱 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟
1. ADAM AS.
Nama: Adam As.
Usia: 930 tahun.
Periode sejarah: 5872-4942 SM.
Tempat turunnya di bumi: India, ada yang berpendapat di Jazirah Arab.
Jumlah keturunannya: 40 laki-laki dan perempuan.
Tempat wafat: India, ada yang berpendapat di Mekkah.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 25 kali.
2. IDRIS AS.
Nama: Idris/Akhnukh bin Yarid, nama Ibunya Asyut.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As.
Usia: 345 tahun di bumi.
Periode sejarah: 4533-4188 SM.
Tempat diutus: Irak Kuno (Babylon, Babilonia) dan Mesir (Memphis).
Tempat wafat: Allah mengangkatnya ke langit dan ke surga.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 2 kali.
3. NUH AS.
Nama: Nuh/Yasykur/Abdul Ghaffar bin Lamak.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As.
Usia: 950 tahun.
Periode sejarah: 3993-3043 SM.
Tempat diutus (lokasi): Selatan Irak.
Jumlah keturunannya: 4 putra (Sam, Ham, Yafits dan Kan’an).
Tempat wafat: Mekkah.
Sebutan kaumnya: Kaum Nuh.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 43 kali.
4. HUD AS.
Nama: Hud bin Abdullah.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ ‘Aush (‘Uks) ⇒ ‘Ad ⇒ al-Khulud ⇒ Rabah ⇒ Abdullah ⇒ Hud As.
Usia: 130 tahun.
Periode sejarah: 2450-2320 SM.
Tempat diutus: Al-Ahqaf (antara Yaman dan Oman).
Tempat wafat: Bagian Timur Hadhramaut Yaman.
Sebutan kaumnya: Kaum ‘Ad.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 7 kali.
5. SHALIH AS.
Nama: Shalih bin Ubaid.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ Amir ⇒ Tsamud ⇒ Hadzir ⇒ Ubaid ⇒ Masah ⇒ Asif ⇒ Ubaid ⇒ Shalih As.
Usia: 70 tahun.
Periode sejarah: 2150-2080 SM.
Tempat diutus: Daerah al-Hijr (Mada’in Shalih, antara Madinah dan Syria).
Tempat wafat: Mekkah.
Sebutan kaumnya: Kaum Tsamud.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 10 kali.
6. IBRAHIM AS.
Nama: Ibrahim bin Tarakh.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As.
Usia: 175 tahun.
Periode sejarah: 1997-1822 SM.
Tempat diutus: Ur, daerah selatan Babylon (Irak).
Jumlah keturunannya: 13 anak (termasuk Nabi Ismail As. dan Nabi Ishaq As.). Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron, Palestina/Israel).
Sebutan kaumnya: Bangsa Kaldan.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 69 kali.
7. LUTH AS.
Nama: Luth bin Haran.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Haran ⇒ Luth As.
Usia: 80 tahun.
Periode sejarah: 1950-1870 SM.
Tempat diutus: S***m dan Amurah (Laut Mati atau Danau Luth).
Jumlah keturunannya: 2 putri (Ratsiya dan Za’rita).
Tempat wafat: Desa Shafrah di Syam (Syria).
Sebutan kaumnya: Kaum Luth.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 27 kali.
8. ISMAIL AS.
Nama: Ismail bin Ibrahim.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As.
Usia: 137 tahun.
Periode sejarah: 1911-1774 SM.
Tempat diutus: Mekah.
Jumlah keturunannya: 12 anak.
Tempat wafat: Mekkah.
Sebutan kaumnya: Amaliq dan Kabilah Yaman.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 12 kali.
9. ISHAQ AS.
Nama: Ishaq bin Ibrahim.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As.
Usia: 180 tahun.
Periode sejarah: 1897-1717 SM.
Tempat diutus: Kota al-Khalil (Hebron) di daerah Kan’an (Kana’an).
Jumlah keturunannya: 2 anak (termasuk Nabi Ya’qub As./Israel).
Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron).
Sebutan kaumnya: Bangsa Kan’an.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 17 kali.
10. YA’QUB AS.
Nama: Ya’qub/Israel bin Ishaq.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As.
Usia: 147 tahun.
Periode sejarah: 1837-1690 SM.
Tempat diutus: Syam (Syria).
Jumlah keturunannya: 12 anak laki-laki (Rubin, Simeon, Lewi, Yahuda, Dan, Naftali, Gad, Asyir, Isakhar, Zebulaon, Yusuf dan Benyamin) dan 2 anak perempuan (Dina dan Yathirah).
Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron), Palestina.
Sebutan kaumnya: Bangsa Kan’an.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 18 kali.
11. YUSUF AS.
Nama: Yusuf bin Ya’qub.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Yusuf As.
Usia: 110 tahun.
Periode sejarah: 1745-1635 SM.
Tempat diutus: Mesir.
Jumlah keturunannya: 3 anak; 2 laki-laki dan 1 perempuan.
Tempat wafat: Nablus.
Sebutan kaumnya: Heksos dan Bani Israel.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 58 kali.
12. AYYUB AS.
Nama: Ayyub bin Amush.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ al-‘Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayub As.
Usia: 120 tahun.
Periode sejarah: 1540-1420 SM.
Tempat diutus: Dataran Hauran.
Jumlah keturunannya: 26 anak.
Tempat wafat: Dataran Hauran.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori, di daerah Syria dan Yordania.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 4 kali.
13. SYU’AIB AS.
Nama: Syu’aib bin Mikail.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Madyan ⇒ Yasyjur ⇒ Mikail ⇒ Syu’aib As.
Usia: 110 tahun.
Periode sejarah: 1600-1490 SM.
Tempat diutus: Madyan (pesisir Laut Merah di tenggara Gunung Sinai).
Jumlah keturunannya: 2 anak perempuan.
Tempat wafat: Yordania.
Sebutan kaumnya: Madyan dan Ash-habul Aikah.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 11 kali.
14. MUSA AS.
Nama: Musa bin Imran, nama Ibunya Yukabad atau Yuhanaz Bilzal.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Musa As.
Usia: 120 tahun.
Periode sejarah: 1527-1407 SM.
Tempat diutus: Sinai di Mesir.
Jumlah keturunannya: 2 anak, Azir dan Jarsyun, dari istrinya bernama Shafura binti Syu’aib As.
Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu’) di Jordania (sekarang).
Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Fir’aun (gelar raja Mesir).
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 136 kali.
15. HARUN AS.
Nama: Harun bin Imran, istrinya bernama Ayariha.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun As.
Usia: 123 tahun.
Periode sejarah: 1531-1408 SM.
Tempat diutus: Sinai di Mesir.
Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu’) di Jordania (sekarang).
Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Fir’aun (gelar raja Mesir).
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 20 kali.
16. DZULKIFLI AS.
Nama: Dzulkifli/Bisyr/Basyar bin Ayyub.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ al-‘Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayyub As. ⇒ Dzulkifli As.
Usia: 75 tahun.
Periode sejarah: 1500-1425 SM.
Tempat diutus: Damaskus dan sekitarnya.
Tempat wafat: Damaskus.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori (Kaum Rom), Syria dan Yordania.
Al-Quran Menyebutkan namanya sebanyak: 2 kali.
17. DAUD AS.
Nama: Daud bin Isya.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As.
Usia: 100 tahun.
Periode sejarah: 1063-963 SM.
Tempat diutus: Palestina (dan Israel).
Jumlah keturunannya: 1 anak, Sulaiman As.
Tempat wafat: Baitul Maqdis (Yerusalem).
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebutkanya namanya sebanyak: 18 kali.
18. SULAIMAN AS.
Nama: Sulaiman bin Daud.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As.
Usia: 66 tahun.
Periode sejarah: 989-923 SM.
Tempat diutus: Palestina (dan Israel).
Jumlah keturunannya: 1 anak, Rahab’an.
Tempat wafat: Baitul Maqdis (Yerusalem).
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 21 kali.
19. ILYAS AS.
Nama: Ilyas bin Yasin.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun As. ⇒ Alzar ⇒ Fanhash ⇒ Yasin ⇒ Ilyas As.
Usia: 60 tahun di bumi.
Periode sejarah: 910-850 SM.
Tempat diutus: Ba’labak (Lebanon).
Tempat wafat: Diangkat Allah ke langit.
Sebutan kaumnya: Bangsa Fenisia.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 4 kali.
20. ILYASA’ AS.
Nama: Ilyasa’ bin Akhthub.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Yusuf As. ⇒ Ifrayim ⇒ Syutlim ⇒ Akhthub ⇒ Ilyasa’ As.
Usia: 90 tahun.
Periode sejarah: 885-795 SM.
Tempat diutus: Jaubar, Damaskus.
Tempat wafat: Palestina.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Bani Israel.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 2 kali.
21. YUNUS AS.
Nama: Yunus/Yunan/Dzan Nun bin Matta binti Abumatta, Matta adalah nama Ibunya. (Catatan: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan ke Ibunya kecuali Yunus dan Isa As.).
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Yusuf As. ⇒ Bunyamin ⇒ Abumatta ⇒ Matta ⇒ Yunus As.
Usia: 70 tahun.
Periode sejarah: 820-750 SM.
Tempat diutus: Ninawa, Irak.
Tempat wafat: Ninawa, Irak.
Sebutan kaumnya: Bangsa Asyiria, di utara Irak.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 5 kali.
22. ZAKARIYA AS.
Nama: Zakariya bin Dan.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab’am ⇒ Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal’athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim ⇒ Dan ⇒ Zakariya As.
Usia: 122 tahun.
Periode sejarah: 91 SM-31 M.
Tempat diutus: Palestina.
Jumlah keturunannya: 1 anak.
Tempat wafat: Halab (Aleppo).
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 12 kali.
23. YAHYA AS.
Nama: Yahya bin Zakariya.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab’am ⇒ Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal’athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim ⇒ Dan ⇒ Zakariya As. ⇒ Yahya As.
Usia: 32 tahun.
Periode sejarah: 1 SM-31 M.
Tempat diutus: Palestina.
Tempat wafat: Damaskus.
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 5 kali.
24. ISA AS.
Nama: Isa bin Maryam binti Imran. (Catatan: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan ke Ibunya kecuali Yunus dan Isa As.).
Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab’am ⇒ Radim ⇒ Yahusafat ⇒ Barid ⇒ Nausa ⇒ Nawas ⇒ Amsaya ⇒ Izazaya ⇒ Au’am ⇒ Ahrif ⇒ Hizkil ⇒ Misyam ⇒ Amur ⇒ Sahim ⇒ Imran ⇒ Maryam ⇒ Isa As.
Usia: 33 tahun di bumi.
Periode sejarah: 1 SM-32 M.
Tempat diutus: Palestina.
Tempat wafat: Diangkat oleh Allah ke langit.
Sebutan kaumnya: Bani Israel.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 21 kali, sebutan al-Masih sebanyak 11 kali, dan sebutan Ibnu (Putra) Maryam sebanyak 23 kali.
25. MUHAMMAD SAW.
Nama: Muhammad bin Abdullah.
Garis Keturunan Ayah: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As. ⇒ Nabit ⇒ Yasyjub ⇒ Ya’rub ⇒ Tairah ⇒ Nahur ⇒ Muqawwim ⇒ Udad ⇒ Adnan ⇒ Ma’ad ⇒ Nizar ⇒ Mudhar ⇒ Ilyas ⇒ Mudrikah ⇒ Khuzaimah ⇒ Kinanah ⇒ an-Nadhar ⇒ Malik ⇒ Quraisy (Fihr) ⇒ Ghalib ⇒ Lu’ay ⇒ Ka’ab ⇒ Murrah ⇒ Kilab ⇒ Qushay ⇒ Zuhrah ⇒ Abdu Manaf ⇒ Hasyim ⇒ Abdul Muthalib ⇒ Abdullah ⇒ Muhammad Saw.
Garis Keturunan Ibu: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As. ⇒ Nabit ⇒ Yasyjub ⇒ Ya’rub ⇒ Tairah ⇒ Nahur ⇒ Muqawwim ⇒ Udad ⇒ Adnan ⇒ Ma’ad ⇒ Nizar ⇒ Mudhar ⇒ Ilyas ⇒ Mudrikah ⇒ Khuzaimah ⇒ Kinanah ⇒ an-Nadhar ⇒ Malik ⇒ Quraisy (Fihr) ⇒ Ghalib ⇒ Lu’ay ⇒ Ka’ab ⇒ Murrah ⇒ Kilab ⇒ Qushay ⇒ Zuhrah ⇒ Abdu Manaf ⇒ Wahab ⇒ Aminah ⇒ Muhammad Saw.
Usia: 62 tahun.
Periode sejarah: 570-632 M.
Tempat diutus: Mekkah.
Jumlah keturunannya: 7 anak; 3 laki-laki Qasim, Abdullah dan Ibrahim, dan 4 perempuan Zainab, Ruqayyah, Ummi Kultsum dan Fatimah az-Zahra.
Tempat wafat: Madinah.
Sebutan kaumnya: Bangsa Arab.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 25 kali.
(Disarikan dari: Qashash al-Anbiya' Ibn Katsir, Badai' az-Zuhur Imam as-Suyuthi dan selainnya).

🕌   | 𝗔𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧Ini baru meninggalkan solat tapi kita yang selalu makan dari air tangan mereka ya...
08/01/2026

🕌 | 𝗔𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧

Ini baru meninggalkan solat tapi kita yang selalu makan dari air tangan mereka yang tidak suci dari hadas besar macam mana? Allahu Rabbi...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir.

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.

Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu.

Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita s**a makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami p**a yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain p**a halnya dengan kita hari ini. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada p**ak segelintir tukang masak yang tak solat.

Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ini hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. boleh kongsi antara kita.

🕌   | 𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔
07/01/2026

🕌 | 𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔

🕌   | 𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡Dari kawan ada yang menjadi rapat..Dari kawan ada yang menjadi sahabat..Dari kawan ada yang menjadi k...
07/01/2026

🕌 | 𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡

Dari kawan ada yang menjadi rapat..
Dari kawan ada yang menjadi sahabat..
Dari kawan ada yang menjadi kekasih..
Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami..
Dari kawan ada yang menjadi ipar..
Dari kawan ada yang menjadi biras...
Dari kawan ada yang menjadi bisan..
Dari kawan ada yang menjadi mertua...
Dari kawan ada yang menjadi madu..
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan..
Itulah lumrah kita dalam berkawan...

Bila berkawan dengan ramai kawan ini..
Baru kita sedar bukan semua kawan kita hidup sempurna..
Mungkin dia banyak duit..
Tapi ada broken famili..
Ada yang tak berduit..
Tapi ada keluarga yang bahagia..
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu..

Nak cakap tentang kecewa,
Terasa hati dengan kawan- kawan,
Sampai bila-bila takkan habis,
Namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang,
Terpaksa pals**an semuanya,
Fake smile,
Fake feelings,
Fake emotions,
Kerana sayang...

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, sering tersenyum,
Bukan bererti dia tidak boleh terluka,
Kita sama-sama manusia,
Ada hati dan perasaan,
Jadi jangan kita perlakukan kawan kita itu ses**a hati...

Dalam berkawan kena ada satu prinsip,
Tidak puas hati tanya depan-depan,
Jangan dengar dari orang lain,
Sebab setiap lidah manusia itu ada "racun" yang berbisa...

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan,
Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal,
Masuk air,
S**a buat lawak bodoh,
Sekalipun jika dia seorang kawan yang baik...

Dia akan berani menegur salah dan silap kita,
Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan baiknya,
Dengan hati yang terbuka,
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan,
Dan mengingatkan kita kepada Tuhan...

Kawan ketawa memang ramai,
Kawan menangis s**ar dicari,
Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah,
Namun siapa tahu dalam diam mereka tetap mendoakan kita,
Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan...

Suatu masa nanti,
Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita,
Masing-masing dengan tujuan yang berbeza,
Mungkin antara kita juga ada yang terpisah,
Buat selama-lamanya,
Yang tinggal cuma...
KENANGAN DAN NAMA...

Hargailah dan sayangilah kawan-kawan kita selagi hayat masih ada..💕

Sahabat,
Banyak kenangan yang Allah beri untuk saya... menangis, sedih, ketawa, gembira, s**a, duka, bergurau senda... semua bersatu dalam ujian.

Maafkan saya kalau selama perkenalan ada yang terguris hati dan sebagainya.

Salah dan khilaf yang tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Semuanya tiada niat... biasalah...

Kekadang terlepas cakap tanpa sedar, terlanjur bicara tanpa sedar...

Semoga ada manfaat perkenalan kita, itulah sebaik-baik manusia...

KEMATIAN PASTI DATANG...
KEHIDUPAN PASTI BERTERUSAN...

Address

Jalan Taming Sari
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Muslim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category