Pisompuruan MEDIA

Pisompuruan MEDIA Broadcasting & media

*Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Kepada 11 Mangsa Monsun Timur Laut di Tambunan 2 Januari 2026 | Tambunan.*Bantuan Wang Ih...
03/01/2026

*Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Kepada 11 Mangsa Monsun Timur Laut di Tambunan 2 Januari 2026 | Tambunan.*

Bantuan Wang Ihsan Disalurkan kepada Mangsa Monsun Timur Laut di Tambunan
Seramai 11 orang penduduk dari beberapa kampung di daerah Tambunan telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.
Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N39 Tambunan, dengan diiringi oleh Pegawai Daerah Tambunan, Encik Sobitun Makajil, serta pegawai-pegawai kerajaan berkaitan.
Bantuan ini melibatkan penduduk dari Kampung Pahu, Kampung Monsorulung, Kampung Patau dan Kampung Pialungan, yang telah dikenal pasti layak berdasarkan penilaian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tambunan.
Proses penyaluran bantuan telah dilaksanakan secara teratur dan berlandaskan prosedur yang ditetapkan, dengan setiap penerima merekodkan pengesahan penerimaan bagi tujuan dokumentasi dan ketelusan.
Senarai penerima bantuan telah disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pejabat Daerah Tambunan, dan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tambunan.
Penyaluran Bantuan Wang Ihsan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkaitan dalam memastikan kebajikan penduduk yang terjejas akibat bencana alam sentiasa diberi perhatian mengikut keperluan semasa.

Sonsoluyon.com.my

01/03/2025

TV-1 BERITA RTM TENTANG SEMINAR LPBS DAERAH TAMBUNAN YG DI RASMIKAN OLEH YB DATUK DR JEFFREY KITINGAN PADA 21 FEB 2025.

*Seminar LPBS Tambunan Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.*

Tambunan, *21 Februari 2025* Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (LPBS) telah menganjurkan seminar di Tambunan bagi membincangkan pembangunan tanah dan pertanian di Sabah. Seminar ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, yang menekankan kepentingan pengurusan tanah yang mampan untuk meningkatkan ekonomi luar bandar.

Program ini dihadiri pemimpin tempatan, wakil agensi kerajaan, serta petani dan usahawan. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk pemuliharaan tanah, teknologi pertanian moden, dan peluang pelaburan.

Seminar ini diharapkan dapat mempercepat pembangunan luar bandar serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

J79Media.

16/02/2023

Lawatan Teknikal Ke Padang Ragut Toboh.

23/09/2022

Tinjauan YB Dtk Dr.Jeffrey Saluran Air Sawah Kg.Maras-Karas, Kg.Toboh, Noudu TBN.

22/08/2022
20/08/2022

Program gotong royong komuniti prihatin Kg.Tibabar Tambunan.

11/08/2022

TAMBUNAN. Program Prihatin Kasih daripada AJK Bahagian, Ketua Penyelaras Parlimen P180 Keningau dan Pejabat Wakil Rakyat telah turun lapangan untuk menyantuni rakyat yang terdiri daripada warga emas, orang sakit dan OKU di Kampung Tibabar Tambunan.

Seramai 10 orang penerima bantuan berupa bakul makanan dan wang ringgit telah diedarkan. Ketua Penyelaras Parlimen P180 Keningau Datuk Lawrence Gimbang telah mewakili wakil rakyat N39 Tambunan dan Ahli Parlimen P180 Keningau DSP Dr Jeffrey Kitingan menyampaikan sumbangan tersebut.

Menurut salah seorang penerima Anding Laab, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada DSP Dr Jeffrey Kitingan atas keprihatinan dan perhatian kepada golongan seperti mereka. Anding mengalami penyakit yang menyebabkan kedua belah kakinya membengkak dan merumitkan pergerakan secara normal.
Beliau kelihatan terharu dan kegembiraan terukir diwajah walaupun sumbangan yang diterima tidaklah seberapa.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Bahagian Star Sabah N39 Tambunan Justin Yonsoding merangkap Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah DSP Dr Jeffrey Kitingan sempat meluangkan masa bersama sekumpulan Gen-Y yang leka bermain bola tampar. Satu set jaring dan bola akan disumbangkan kepada mereka dalam masa terdekat.

Turut bersama dan hadir adalah DDO Terence Yong, Christopher Podtung Ahli Majlis Daerah Tambunan, Pengerusi JPKK Raymond Anthony dan biro-bironya serta beberapa penduduk setempat.

06/08/2022

Datuk Lawrence Gimbang, Penyelaras Jentera PRU15, P.180.Kgu bersama dgn Ibubapa PIGB St. David Toboh, Tambunan
mengadakan gotong royong menyimen Pondok Sekolah St. David Toboh. Peruntukan tersebut telah di luluskan oleh YB Dr. Jeffrey Kitingan, Wakil Rakyat N.39 Tbn dan Ahli Parlimen P.180. Keningau.

11/07/2022

Selama 48 Tahun kita mengemis,
Tuntutan Hak kita perlu diperjuangkan
Demi nasip generasi kita.

10/07/2022

Majlis Mororobuat Kg.Pupuluton Tambunan Anjuran Bersama KRT Moloson JPKK Dan KKD

Address

Dewan Masyarakat
Tambunan
89650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pisompuruan MEDIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share