14/06/2025
Musim 2025, Jepun sudah ada 60 kelab profesional dalam 3 divisyen utama. Mereka bermula dari hanya 10 kelab pada 1993.
Hari ini, jom kita baca macam mana kalau mereka nak buat kelab baru dengan sasaran bermain dalam JLeague dimasa hadapan.
Secara asasnya, tiada halangan untuk buat sekadar kelab bola biasa, tetapi jika memiliki impian lebih tinggi beraksi dalam JLeague ad banyak perkara perlu diselesaikan.
Untuk bermain dalam J.League, semua kelab perlukan keahlian & lesen mengikut divisyen. TETAPI, sebelum layak memohon keahlian & lesen itu, kelab WAJIB memegang status “100 Years Vision Club”.
Ini yang kita akan kupas pada hari ini. Jom!
🏁 FASA 1: Penubuhan Kelab
✅ 1. Daftar Sebagai Syarikat Sah di Jepun
• Daftar syarikat seperti Sdn Bhd @ Kabushiki Kaisha (株式会社)
• Mesti beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh mohon ke J.League
✅ 2. Tetapkan Visi & Falsafah Kelab
• Fokus pada pembangunan komuniti dan bola sepak jangka panjang
• Selaraskan visi, misi dengan nilai J.League – komuniti, pendidikan, integriti
✅ 3. Bentuk Barisan Pengurusan Awal
• Lantik sekurang-kurangnya:
• 1 orang pengarah eksekutif sepenuh masa
• 4 orang kakitangan sepenuh masa (1 dari bidang kewangan/perakaunan)
• 1 ahli lembaga yang menetap dalam kawasan Home Town
✅ 4. Tentukan dan Isytiharkan “Home Town” Anda
• Pilih 1 atau lebih kawasan (bandar, daerah, kampung, dsb.)
• Dapatkan surat sokongan rasmi dari kerajaan tempatan
• Dapatkan kelulusan FA wilayah (negeri) yang berkaitan
🏗️ FASA 2: Infrastruktur Kelab
✅ 5. Bina Pasukan Senior
• Sertai liga tempatan seperti Regional League, JFL atau FA Negeri
• Daftar kelab dengan Japan Football Association (JFA)
✅ 6. Stadium Utama Dalam Home Town
• Stadium utama mesti berada dalam kawasan Home Town
• Perlu diluluskan oleh JFA dan kerajaan tempatan
• Miliki perancangan naik taraf supaya memenuhi piawaian J3
✅ 7. Kemudahan Latihan
• Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tempat latihan sepanjang tahun (luar atau dalam bangunan)
✅ 8. Bangunkan Akademi Remaja
• Daftar sekurang-kurangnya 1 pasukan U-15 atau U-18 dengan JFA
• Jika belum sedia, hantar aku janji untuk menubuhkan dalam masa 1 tahun
🤝 FASA 3: Komuniti & Kewangan
✅ 9. Jalankan Aktiviti Komuniti
• Anjur klinik bola sepak, program sekolah, atau aktiviti sosial
• Mesti aktif sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum mohon
✅ 10. Daftar Identiti Kelab
• Daftarkan/hantar permohonan untuk cap dagang:
• Nama kelab
• Logo dan lambang rasmi
✅ 11. Urus Kewangan Secara Telus
• Sediakan penyata kewangan yang diaudit
• Tiada masalah kewangan besar
• Hantar laporan tahunan, cukai, dan struktur pemilikan saham
📝 FASA 4: Mohon Sebagai “100-Year Vision Club”
✅ 12. Sediakan Dokumen Permohonan
• Bukti:
• Stadium
• Kakitangan
• Akademi
• Aktiviti komuniti
• Kewangan dan status undang-undang
✅ 13. Hantar Permohonan ke J.League
• Bila-bila masa selepas cukup syarat
• Sertakan:
• Surat sokongan kerajaan tempatan
• Kelulusan FA wilayah
✅ 14. Lulus Pemeriksaan J.League
• J.League akan buat:
• Lawatan tapak
• Semakan dokumen
• Temuduga
✅ 15. Bayar Yuran Keahlian
• Yuran tahunan: ¥100,000 sebagai ahli “100-Year Vision Club”
🎯 FASA 5: Naik ke J.League
✅ 16. Menang & Naik Liga
• Laluan: Liga Prefektur → Liga Wilayah → JFL → J3 → J2 → J1
• Prestasi atas padang dan kelayakan pengurusan diperlukan
✅ 17. Mohon Lesen J.League (J3 License)
• Sediakan permohonan lengkap
• Perlu penuhi standard J.League (stadium, kewangan, akademi, struktur)
✅ 18. Sertai J.League Secara Rasmi
• Selepas diluluskan dan naik liga, akan masuk ke J3 League
Jika ada soalan, boleh tanya diruang komen. Admin akan cuba jawab mana yang berkaitan dan mampu 🙏🙌🏻