MH Bookstore

MH Bookstore Kami menjual dan membekalkan Al Quran, kitab-kitab turath, buku terbitan Jakim, buku ilmiah, Novel,

01/04/2025
30/03/2025
27/02/2025

E-Book :
𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡
[𝐻𝑢𝑘𝑢𝑚-𝐻𝑢𝑘𝑢𝑚 𝐹𝑖𝑘𝑖ℎ 𝑃𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑈𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝑑𝑖 𝐵𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑚𝑎𝑑ℎ𝑎𝑛]

Modul ini kami susun untuk kaum muslimah secara umum, sehingga mungkin ada beberapa perincian yang kami lewatkan.

Disusun oleh : Abu Syareefah & Ummu Syareefah

Link PDF : https://t.me/fawaidsyafiiyah/1711

Kitab ini mengandungi 19 bahagian utama yang merangkumi lebih 370 bab dan menghimpunkan hadis-hadis sahih dari Sahih Buk...
25/02/2025

Kitab ini mengandungi 19 bahagian utama yang merangkumi lebih 370 bab dan menghimpunkan hadis-hadis sahih dari Sahih Bukhari, Sahih Muslim, dan kitab hadis utama lain.

Hanya RM150 sahaja!

Harga ini terhad untuk 50 orang EARLY BIRD sahaja sehingga 28hb Febuari 2025. Jika lewat, harga akan kembali seperti BIASA iaitu RM200.

(Harga tidak termasuk Kitab Pengajian)

Untuk pendaftaran sila klik link di bawah:

https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/DHR-2025/HafidzOmar

MALAM NISFU SYAABANDalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang agung, penuh keberkatan dan mulia. Malam itu adalah mala...
13/02/2025

MALAM NISFU SYAABAN

Dalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang agung, penuh keberkatan dan mulia. Malam itu adalah malam pertengahan
bulan Syaaban. Di mana pada malam itu Allah سبحانه وتعالىmemperlihatkan anugerahNya kepada makhlukNya dengan
keampunan dan rahmatNya. Pada malam itu juga Allah mengampuni orang-orang yang memohon keampunan, memberikan rahmat
kepada orang-orang yang meminta rahmat, mengabulkan doa setiap yang meminta, menghilangkan kesusahan mereka yang susah. Pada malam itu Allah memerdekakan sekelompok orang dari neraka dan pada malam itu juga Allah menuliskan takaran rezeki dan amal perbuatan hambanya.
Banyak sekali hadis yang menjelaskan keutamaan malam Nisfu Syaaban ini, walaupun tidak dari dalam kategori dhaif tetapi ada syawahidnya dan sebagai fadhail amal diperbolehkan.
Meskipun begitu, al Hafidz Ibnu Hibban menganggap sahih pada sebahagian hadis tersebut.
Imam at Tabarani dan Ibnu Hibban
meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi صلى الله عليه وسلم ,Baginda
bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى جَمِيْعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النَّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ. (رواه الطبَراني وابن حبان في صحيحه)
“Allah memperlihatkan rahmatNya kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhlukNya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan” (riwayat at Tabarani dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya).

Kata al musyahin dalam hadis adalah orang munafik yang buruk perilakunya yang mana selalu menyebarkan dan mencucuh api permusuhan di antara dua orang yang saling mengasihi. Ibnu Atsir dalam kitab an Nihayah berkata: “Al musyahin adalah orang yang saling bermusuhan. Adapun asy syahnaa bererti permusuhan

Dalam hadis yang lain p**a, Imam al Baihaqi meriwayatkan hadis yang dinukil daripada Sayyidah Aisyah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

أَتَانِيْ جِبْرِيْلُ فَقَالَ: هٰذِهِ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ وَلِلهِ فِيْهَا عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ بِعَدَدِ شُعُوْرِ غَنَمِ كَلْبٍ وَلَا يَنْظُرُ اللهُ فِيْهَا إِلَى مُشْرِكٍ وَلَا مُشَاحِنٍ وَلَا إِلَى قَاطِعِ رَحِمٍ وَلَا إِلَى مُسَبَّلٍ وَلَا إِلَى عَاقٍّ لِوَالِدَيْهِ وَلَا إِلَّا مُدْ مِنِ خَمْرٍ..، وذكر الحديث بتمامهما.
“Malaikat Jibrail mendatangiku, lalu berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban, Allah akan memerdekakan orang dari neraka sebanyak bilangan bulu kambing milik Bani Kalb2, dan Allah pada malam tersebut tidak akan melihat kepada orang musyrik, orang yang bermusuhan, orang yang memutuskan tali persaudaraan, orang yang sombong, orang yang derhaka kepada dua orang tua dan peminum arak..”. Beliau menyebutkan hadis dengan keseluruhannya.

Imam al Baihaqi meriwayatkan daripada Makhul daripada Katsir bin Murrah (seorang tabii) daripada Nabi ﷺ Baginda bersabda:

فِي لَيْلَةً النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِأَهْلِ الْأَرْضِ إِلَّا مُشْرِكًا أَوْ مُشَاحِنًا.
“Pada malam Nisfu Syaaban Allah mengampunkan seluruh penduduk bumi kecuali orang musyrik dan orang yang saling membenci”.
Al Baihaqi berkata: Hadis ini mursal yang jayyid.

Diceritakan daripada Said bin Mansur dalam kitab Sunan, bahawa Atha bin Yasar berkata:

مَا مِنْ لَيْلَةٍ بَعْدَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَفْضَلَ مِنْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانِ. يَنْزِلُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِعِبَادِهِ كُلِّهِمْ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ أَوْ قَاطِعِ رَحِمٍ.
“Tidak ada malam lebih mulia setelah Lailatul Qadar selain malam Nisfu Syaaban. (Pada malam itu) Allah turun ke langit dunia mengampunkan semua hambaNya kecuali orang musyrik, orang yang saling bermusuhan dan orang yang memutuskan tali persaudaraan”.

Dan banyak lagi hadis yang menjelaskan mengenainya.

Telah berkata Imam al-Syafie: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Syaaban”.

Kita dituntut untuk bersungguh-sungguh dalam beribadah pada malam Nisfu Syaaban baik dengan membaca al Quran, zikir atau berdoa untuk mendapakan rahmat Allah سبحانه وتعالى, sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at Tabarani dan yang lain:

إِنَّ لِلهِ فِيْ أَيَّامِ الدَّهْرِ نَفَحَاتٍ. فَتَعَرَّدُوْا لَهَا فَلَعَلَّ أَحَدَكُمْ أَنْ تُصِيْبَهُ نَفْحَةٌ فَلَا يَشْقَى بَعْدَهَا أَبَدًا.
“Dalam masa-masa tertentu Allah memiliki hembusan-hembusan rahmat yang akan diberikan kepada kamu semua, maka sambutlah rahmat itu. Semoga di antara kalian ada yang mendapatkannya sehingga dia tidak akan celaka selama-lamanya”.

Manakala kaedah menghidupkan malam Nisfu Syaaban p**a Al Hafidz Ibnu Rajab al Hambali berkata: Dalam menghidupkan malam Nisfu Syaaban, ulama Syam berbeza pendapat atas dua qaul:
1. Disunnahkan menghidupkan malam ini dengan berkumpul di masjid. Dahulu, Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan beberapa tokoh ulama lain pada waktu malam Nisfu Syaaban mereka memakai pakaian terbaik, memakai bukhur dan memakai celak lalu beribadah di masjid pada malam itu. Hal ini dipersetujui oleh Ishaq bin Rahuyah. Beliau mengulas mengenai pelaksanaan tersebut: Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan berkumpul tidaklah termasuk bidaah. Keterangan ini disebutkan oleh Imam Harb al Karmani dalam kitab Masailnya daripada Ishaq bin Rahuyah.
2. Makruh berkumpul bersama-sama di masjid pada malam Nisfu Syaaban untuk mengerjakan solat, bercerita dan berdoa dan tidak dimakruhkan sekiranya seseorang itu mengerjakan solat bersendirian. Keterangan ini disampaikan oleh Imam al Auza’i, seorang tokoh, ahli fiqh dan ulama Negara Syam. Keterangan inilah yang lebih dekat kebenarannya. Insya Allah.

Sudah menjadi kebiasaan di masyarakat pada setiap malam Nisfu Syaaban membaca surah yasin dan doa khusus, di antaranya:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللّٰهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَلَا يُمَنُّ عَلَيْهِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا ذَا الطَّوْلِ وَالْإِنْعَامِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ ظَهْرَ اللَّاجِئِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيرِيْنَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِيْنَ.
اَللّٰهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِيْ عِنْدَكَ (فِيْ أُمِّ الْكِتَابِ) شَقِيًّا أَوْ مَحْرُوْمًا أَوْ مَطْرُوْدًا أَوْ مُقَتَّرًا عَلَيَّ فِي الرِّزْقِ.. فَامْحُ اَللّٰهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِيْ وَحِرْمَانِيْ وَطَرْدِيْ وَإِقْتَارِ رِزْقِيْ وَأَثْبِتْنِيْ عِنْدَكَ فٍيْ أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ؛ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِيْ كِتَابِكَ الْمُنَزَّلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ:
(یَمۡحُوا۟ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ وَیُثۡبِتُۖ وَعِندَهُۥۤ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ) إِلٰهِيْ بِالتَّجَلِّي الْأَعْظَمِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِيْ يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُأَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ.. أَسْأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ الْبَلَاءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لَا نَعْلَمُ وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ؛ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Ulasan dalam doa yang benar setelah diteliti dan dikaji adalah:
اَللّٰهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِيْ عِنْدَكَ.. الخ
Sedangkan penambahan lafaz “ummul kitab” dalam kitab-kitab yang pop**ar adalah tidak benar. Barangkali terjadi kesalahan oleh para penulisnya. Hal tersebut kerana perkara yang telah tertulis di ummul kitab sudah tidak boleh dihapuskan ataupun ditambah lagi. Sebagaimana Allah berfirman:

یَمۡحُوا۟ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ وَیُثۡبِتُۖ وَعِندَهُۥۤ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". (Surah Ar Ra’d: 39)

Betapa indahnya ungkapan sebahagian orang yang mulia:

فَقُمْ لَيْلَةَ النِّصْفِ الشَّرِيْفِ مُصَلِّيًا ۞ فَأَشْرَفُ هٰذَا الشَّهْرِ لَيْلَةُ نِصْفِهِ.
“Bangunlah disaat malam Nisfu Syaaban dan perbanyakkanlah mengerjakan solat kerana saat yang paling mulia dalam bulan syaaban adalah terdapat pada malam separuhnya”.

فَكَمْ مِنْ فَتَى قَدْ بَاتَ فِيْ النِّصْفِ آمِنًا ۞ وَقَدْ نُسِخَتْ فِيْهِ صَحِيْفَةُ حَتْفِهِ
“Betapa ramai pemuda diwaktu malam Nisfu Syaaban merasa aman, padahal kematiannya sudah ditulis pada lampiran catatan”

فَبَادِر بِفِعْلِ الْخَيْرِ قَبْلَ انْقِضَائِهِ ۞ وَحَاذِرهُجُوْمَ الْمَوْتِ فِيْهِ بِصَرْفِهِ.
“Maka bersegeralah melakukan kebaikan sebelum ianya habis. Berhati-hatilah jangan sampai kematian menyerang pada bulan itu yang boleh menyukarkan usaha berbuat kebaikan”.

وَصُمْ يَوْمَهُ لِلهِ وَأَحْسِنْ رَجَاءَهُ ۞ لِتَظْفَرَ عِنْدَ الْكُرْبِ مِنْهُ بِلُطْفِهِ
“Berpuasalah kerana Allah di siang harinya dan mengharapkan sebaik-baiknya kepadaNya agar engkau memperoleh belas kasihanNya disaat ditimpa kesulitan”.

_________________
Dinukil dari kitab Maza Fi Syaaban karya As Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki Al Hasani.

BULAN SYAABAN; Menelusuri Peristiwa, Keistimewaan, Kelebihan & Kemuliaannya.Di bulan Syaaban telah berlaku beberapa peri...
08/02/2025

BULAN SYAABAN; Menelusuri Peristiwa, Keistimewaan, Kelebihan & Kemuliaannya.

Di bulan Syaaban telah berlaku beberapa peristiwa dan kejadian yang sepatutnya diambil perhatian mengenainya. Allah telah menjadikan bulan Syaaban sebagai waktu untuk berlumba-lumba dalam kebaikan dan Allah menjanjikan bagi orang yang bertaubat di bulan ini dengan suatu ketenteraman dan ketenangan. Barangsiapa yang rajin beribadah di bulan ini, maka dia akan mendapatkan keuntungan kelak di bulan Ramadan dengan kebiasaan amalan yang baik.

Peristiwa yang berlaku di dalam bulan ini adalah;

1. Perpindahan Arah Kiblat
Pada bulan Syaaban telah berlakunya perpindahan arah kiblat dari Baitul Maqdis kearah Kaabah di Masjidil Haram.
Syeikh Abu Hatim al Busti berkata: “Orang Islam solat menghadap ke Baitul Maqdis selama 17 bulan dan 3 hari. Demikian itu kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiba di Madinah pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal. Lalu Allah memerintahkan Baginda menghadap Kaabah. Lalu Allah memerintahkan Baginda menghadap Kaabah pada hari selasa pertengahan bulan Syaaban.

2. Laporan Amal
Di antara keistimewaan bulan Syaaban adalah ianya merupakan bulan yang mana amal perbuatan manusia dilaporkan.
Laporan ini merupakan laporan yang bersifat lebih umum dari laporan-laporan yang lain. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid:

قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ الله، لَمْ أَرَكَ تَصُوْمُ مِنْ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُوْرِ مَّا تَصُوْمُ مِنْ شَعْبَانَ؟ قَالَ: ذَااكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبَ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيْهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَأُحِبُّ أَنْ يُرْ فَعَ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ. قَالَ المنذري: رواه النسائي.

“Aku mengatakan: Wahai Rasulullahصلى الله عليه وسلم ,aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di suatu bulan dari bulan-bulan yang ada seperti engkau berpuasa di bulan Syaaban. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: Bulan itu banyak dilupakan oleh manusia. Ianya adalah satu bulan di antara bulan Rejab dan Ramadan. Ianya adalah suatu bulan yang
mana pada saat itu amal perbuatan manusia dilaporkan kepada Allah Tuhan semesta alam. Dan aku ingin ketika amal perbuatankan dilaporkan dalam keadaan aku sedang berpuasa.” Imam al Mundziri berkata: hadis riwayat Imam an Nasa’i.
Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya.

3. Penentuan Umur
Di dalam bulan Syaaban terdapat penentuan umur, ertinya pada bulan ini diperlihatkan penentuan itu kepada malaikat.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidah Aisyah bahawa Rasulullah ﷺ berpuasa pada bulan Syaaban sebulan penuh.

قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَحَبُّ الشُّهُوْرِ إِلَيْكَ أَنْ تَصُوْمَهُ شَّعْبَانُ؟ قَالَ: إِنَّ اللهَ يَكْتُبُ فِيْهِ عَلَى كُلِّ نَّفْسٍ مَيْتَةٍ تِلْكَ السَّنَةِ، فَأُحِبُّ أَنْ يَأْتِيَنِيْ أَجَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه أبو يعلى، وهو غريب وإسناده حسن.
Aisyah berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah bulan yang lebih engkau s**a berpuasa itu bulan Syaaban? Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah telah menulis (mentakdirkan) setiap jiwa yang akan mati pada tahun itu. Maka aku berharap di saat ajalku datang aku sedang dalam keadaan berpuasa”. (HR: Abu Ya’la, hadis tersebut termasuk kategori Hadis Gharib namun sanadnya Hasan).

4. Pada Bulan Syaaban ini diturunkan ayat selawat dan salam ke atas Rasulullah ﷺ iaitu ayat 56 Surah Al Ahzab:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا ﴿٥٦﴾
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dengan ucapan salam penghormatan kepadanya”.

Imam Ibnu Saif al Yamani menyebutkan bahawasanya bulan Syaaban adalah bulan berselawat keatas Nabi Muhammad ﷺ disebabkan ayat di atas turun pada bulan Syaaban.

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali”. (Riwayat Imam Muslim)

5. Bulan Al Quran
Terdapat sebahagian atsar sahabat, penamaan bulan Syaaban dengan bulan Al Quran. Dan telah diketahui bahawa membaca al Quran dianjurkan di setiap waktu dan tempat. Bahkan anjuran ini menjadi semakin kuat pada waktu-waktu yang diberkati dan di tempat-tempat yang mulia, seperti membaca al Quran pada bulan Ramadan dan Syaaban ini.
Salamah bin Kuhail berkata: “Bulan Syaaban dikenali dengan Syahrul Qurra’ (Bulan para ahli al Quran)”. Hubaib bin Abi Tsabit ketika memasuki bulan Syaaban berkata: “Bulan ini adalah bulan para Ahli al Quran”.
Manakala Al Allamah Syeikh Ahmad bin Hijazi berkata: “Dahulu salafus soleh selalu mengisi bulan Syaaban dengan membaca al Quran, maka ikutilah langkah mereka. Tidak ada daripada kamu sekalian kecuali telah hafal sesuatu dari al Quran seperti al Fatihah, Ayat Kursi, Surah al Ikhlas, al Mua’awwidzatain dan lain-lain maka hendaklah setiap orang menyibukkan diri pada bulan ini dengan apa yang telah dihafalnya”.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ تَعَالَى فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرَةِ أَمْثَالِهَا. لَا أَقُوْلُ: (الٓمٓ) حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ.
“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al Quran maka ia akan mendapatkan satu kebaikan. Dan satu kebaikan tersebut akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata “alif lam mim” adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (Riwayat at Tirmizi. Dia berkata: hadis hasan dan sahih). Imam Hakim juga meriwayatkan hadis yang sama secara marfu’ dan dia berkata: sahih sanadnya.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِيْ قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ.
“Paling afdal ibadah umatku adalah membaca al Quran”. Sanadnya lemah, tetapi telah dikuatkan dengan hadis-hadis yang lain.

6. Galakan memperbanyakkan istighfar.
Istighfar merupakan suatu perkara yang paling agung dan utama bagi seorang Muslim yang seyogianya menyibukkan diri untuk membacanya pada masa-masa yang afdal. Di antaranya adalah pada bulan Syaaban dan malam pertengahannya (Nisfu Syaaban).
Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ لَزِمَ الْإِسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيْقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ. (رواه أبو داود والنّسائي وابن ماجه والحاكم)
“Barang siapa yang selalu membaca Istighfar maka Allah akan menghilangkan kesusahan, memberikan jalan keluar pada setiap permasalahan dan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka” (Riwayat Abu Daud, Imam an Nasa’i, Imam Ibnu Majah dan Imam al Hakim)

Diriwayatkan oleh Imam at Tabarani daripada Ibnu Umar رضي الله عنه, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَا أَصْبَحْتُ غُدْوَةً إِلَّا اسْتَغْفَرْتُ اللهَ مِائَةَ مَرَّةٍ.
“Aku tidak memasuki waktu pagi kecuali aku beristighfar kepada Allah seratus kali."

7. Malam Nisfu Syaaban
Dalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang agung, penuh keberkatan dan mulia. Malam itu adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Di mana pada malam itu Allah سبحانه وتعالى memperlihatkan anugerahNya kepada makhlukNya dengan keampunan dan rahmatNya. Pada malam itu juga Allah mengampuni orang-orang yang memohon keampunan, memberikan rahmat kepada orang-orang yang meminta rahmat, mengabulkan doa setiap yang meminta, menghilangkan kesusahan mereka yang susah.
Imam at Tabarani dan Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى جَمِيْعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النَّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ. (رواه الطبَراني وابن حبان في صحيحه)
“Allah memperlihatkan rahmatNya kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhlukNya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan” (Riwayat at Tabarani dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya).

Kata مُشَاحِنٍ dalam hadis adalah orang munafik yang buruk perilakunya yang mana selalu menyebarkan dan mencucuh api permusuhan di antara dua orang yang saling mengasihi. Ibnu Atsir dalam kitab an Nihayah berkata: مُشَاحِنٍ adalah orang yang saling bermusuhan.

Nisfu Syaaban adalah malam pemberian rezeki dan malam di mana Allah سبحانه وتعالى pada malam ini memberikan segala sesuatu yang sudah ditetapkan kepada manusia.

Riwayat daripada Atha’ bin Yasar dia menyebutkan:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ نُسِخَ لِمَلَكِ الْمَوْتِ اسْمَ كُلِّ مَنْ يَمُوْتُ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى شَعْبَانَ. وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَظْلِمُ وَيَفْجُرُ وَيَنْكِحُ النِّسْوَانَ وَيَغْرِسُ الْأَشْجَارَ وَقَدْ نُسِخَ اسْمُهُ مِنَ الْأَحْيَاءِ إِلَى الْأَمْوَاتِ. وَمَا مِنْ لَيْلَةٍ بَعْدَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَفْضَلُ مِنْهَا.
“Ketika tiba malam Nisfu Syaaban, maka bagi malaikat maut akan dituliskan nama-nama setiap orang yang akan mati dari bulan Syaaban ke bulan Syaaban seterusnya. Sesungguhnya seseorang itu berbuat zalim, melacur, menikahi perempuan dan menanam pohon pokok, padahal namanya telah digantikan dengan deretan orang hidup menjadi tertulis dalam jajaran orang-orang yang mati. Dan tidak ada malam yang lebih mulia setelah Lailatul Qadar selain malam Nisfu Syaaban”.

Dalam riwayat lain:

تُقْطَعُ الْآجَالُ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى شَعْبَانَ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْكِحُ وَيُوْلَدُ لَهُ وَقَدْ خَرَجَاسْمُهُ فِي الْمَوْتَى.
“Ajal hamba itu ditentukan dari Syaaban sehingga bulan Syaaban seterusnya, sehingga seorang lelaki bernikah dan dilahirkan untuknya anak padahal namanya telah keluar termasuk golongan orang-orang yang meninggal".

• Malam ini juga adalah malam pengabulan permohonan berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, dia berkata:

خَمْسُ لَيَالٍ لَا يُرَدُّ فِيْهِنَّ الدُّعَاءُ: لَيْلَةُ الْجُمْعَةِ، وَأَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ القَدْرِ، وَلَيْلَتَا الْعِيْدَيْنِ.
“Lima malam dimana doa di dalamnya tidak akan di tolak, iaitu malam Jumaat, awal malam dari bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Lailatul Qadar dan malam dua hari raya”.

• Malam Hari Raya Para Malaikat
Malam ini juga dikenali dengan malam kehidupan dan malam hari raya malaikat. Keterangan ini disampaikan oleh Imam Abu Abdullah Tahir bin Muhammad bin Ahmad al Haddad dalam kitabnya ‘Uyunul Majalis: “Sesungguhnya malaikat di langit itu memiliki dua malam hari raya sebagaimana yang dimiliki oleh orang Islam. Adapun 2 hari raya malaikat itu adalah Lailatul Bara’ah (malam pembebasan) iaitu malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar. Sedangkan hari raya manusia adalah Idul Fitri dan Adha.

• Pada malam ini juga digalakkan memperbanyakkan berdoa. Imam asy Syafii berkata: “Aku pernah mendengar bahawa sesungguhnya doa itu dimakbulkan pada lima malam: Malam Jumaat, malam dua hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Diriwayatkan oleh Said bin Manshur bahawa Atha bin Yasar berkata:

مَا مِنْ لَيْلَةٍ بَعْدَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَفْضَلَ مِنْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ. يَنْزِلُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِعِبَادِهِ كُلِّهِمْ إِلَّا مُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ أَوْ قَاطِعِ رَحِمٍ.
“Tidak ada malam yang paling mulia setelah malam Lailatul Qadar selain malam Nisfu Syaaban. Allah سبحانه وتعالى berkenan turun ke langit dunia dan mengampuni semua hambanya kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan dan orang yang memutuskan tali persaudaraan”.

Antara doa yang biasa dibaca oleh orang ramai pada malam ini adalah membaca surah Yasin dan berdoa khusus, di antaranya;

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللّٰهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَلَا يُمَنُّ عَلَيْهِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا ذَا الطَّوْلِ وَالْإِنْعَامِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ ظَهْرَ اللَّاجِئِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيرِيْنَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِيْنَ.
اَللّٰهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِيْ عِنْدَكَ (فِيْ أُمِّ الْكِتَابِ) شَقِيًّا أَوْ مَحْرُوْمًا أَوْ مَطْرُوْدًا أَوْ مُقَتَّرًا عَلَيَّ فِي الرِّزْقِ.. فَامْحُ اَللّٰهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِيْ وَحِرْمَانِيْ وَطَرْدِيْ وَإِقْتَارِ رِزْقِيْ وَأَثْبِتْنِيْ عِنْدَكَ فٍيْ أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ؛ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِيْ كِتَابِكَ الْمُنَزَّلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ:
(یَمۡحُوا۟ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ وَیُثۡبِتُۖ وَعِندَهُۥۤ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ)
إِلٰهِيْ بِالتَّجَلِّي الْأَعْظَمِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِيْ يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُأَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ.. أَسْأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ الْبَلَاءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لَا نَعْلَمُ وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ؛ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

* Ulasan dalam doa yang benar setelah diteliti dan dikaji adalah:
اَللّٰهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِيْ عِنْدَكَ.. الخ
Sedangkan penambahan lafaz “ أُمِّ الْكِتَابِ” dalam kitab-kitab yang pop**ar adalah tidak benar. Barangkali terjadi kesalahan oleh para penulisnya. Hal tersebut kerana perkara yang telah tertulis di ummul kitab sudah tidak boleh dihapuskan ataupun ditambah lagi. Sebagaimana Allah berfirman:

یَمۡحُوا۟ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ وَیُثۡبِتُۖ وَعِندَهُۥۤ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". (Surah Ar Ra’d: 39)

Seorang penyair mengatakan;

رَمَضَانَ رَجَبُ يَا صَاحِ عَنْكَ بِفَضْلِهِ ۞ شَهِيْدًا عَلَى حَقٍّ لَهُ لَمْ تُوَفِّهِ
“Bulan Rejab yang membawa anugerah telah berlalu darimu wahai temanku, sebaik saksi atas hak-haknya yang tidak engkau penuhi”

وَهَاَالِكٍ قَدْ مَضَى مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ نِصْفُهُ ۞ وَأَنْتَ عَلَى مَا لَا أَفُوْهُ بِوَصْفِهِ
“Dan ini bulan Syaaban separuhnya juga telah berlalu, sedangkan engkau masih tetap pada apa yang aku tidak sampai hati mensifatinya”

فَبَادِرْ بِفِعْلِ الْخَيْرِ قَبْلَ انْقِضَائِهِ ۞ وَحَاذِرْ هُجُوْمَ الْمَوْتُ فِيْهِ بِصَرْفِهِ
“Maka bersegeralah melakukan kebaikan sebelum ia habis. Hati-hatilah jangan sampai kematian menyerang pada bulan itu, yang boleh menyulitkan upaya berbuat kebaikan”

فَكَمْ مِنْ فَتًى قَدْ بَاتَ فِي النِّصْفِ آمِنَا ۞ وَقَدْ نُسِخَتْ فِيْهِ صَحِيْفَةُ حَتْفِهِ
“Betapa banyak pemuda merasa aman di saat ia bermalam pada malam Nisfu Syaaban, sedangkan kematiannya sudah ditulis pada lembaran catatan”

وَقُمْ لَيْلَةَ النِّصْفِ الشَّرِيْفَ مُصَلِّيًا ۞ فَأَشْرَفُ هٰذَا الشَّهْرِ لَيْلَةَ نِصْفِهِ
“Bangunlah di saat malam Nisfu Syaaban dan perbanyakkanlah mengerjakan solat, kerana kemuliaan bulan Syaaban adalah terdapat pada malam separuhnya”

وَصُمْ يَوْمَهُ لِلهِ وَأَرْجُوا ثَوَابَهُ ۞ لِتَظْفَرَ يَوْمَ الْعَرْضِ مِنْهُ بِلُطْفِهِ
“Berpuasa kerana Allah di siang harinya dan mengharapkan pahalanya agar engkau mendapatkan belas kasihanNya di saat dibentangkan amal perbuatan”

Semoga kita semua peroleh manfaat di bulan yang berkah ini.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ
Ya Allah, Engkau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan Engkau pertemukan kami dengan bulan Ramadhan.

Yg mengharapkan keredhaan Ilahi,

Hafidz Omar
7 Syaaban 1446H
---------------------

*Diringkaskan dari Kitab Maza Fi Syaaban, Karya Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki Al Hasani

📢 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐀-𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 📢🌿 Mengupas Khazanah Ulama: Kitab al-Madkhal ila ...
05/02/2025

📢 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐀-𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 📢

🌿 Mengupas Khazanah Ulama: Kitab al-Madkhal ila al-Qur’ān al-Karīm 🌿

Sertai Daurah Pra-Festival kali ini yang akan menyelami karya agung Imam Muhammad Abdullah Dirāz, dibimbing oleh Fadhilat al-Syeikh Dr. Muhammad al-Sayyid al-Hanbali al-Azhari, tenaga pengajar di Masjid al-Azhar al-Syarif, Kaherah.

📍 Lokasi: Masjid Universiti UKM, Bangi
📅 Tarikh: 15 & 16 Februari 2025
⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
💎 8 Sesi Pengajian Percuma
📖 Bacaan Dalā’il al-Khayrāt bagi setiap sesi
🍛 Jamuan istimewa nasi kambing pada hari khatam

📥 Daftar sekarang & pra-tempah kitab terjemahan:
🔗 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/DMQK/HafidzOmar

📖 Manfaatkan peluang ini untuk mendalami kefahaman al-Qur’an melalui kaca mata ulama!



PERISTIWA ISRA' & MIKRAJBAHAGIAN PERTAMA: PERJALANAN ISRA'بسم الله الرحمن الرحيم سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِ...
27/01/2025

PERISTIWA ISRA' & MIKRAJ

BAHAGIAN PERTAMA: PERJALANAN ISRA'

بسم الله الرحمن الرحيم
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."
[Surah Al-Isrâ’: 1]

Pada malam 27 Rejab, Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم telah di isra dari Masjid Al Haram ke Masjid Al Aqsa.
Pada ketika Nabi صلى الله عليه وسلم berada di Hijr Ismail, Baginda di datangi Malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil lalu berlakulah pembedahan dan dibersihkan hatinya menggunakan air zamzam. Lalu dimasukkan hikmah dan Iman ke dalam dada Baginda Nabi.

Setelah itu di datangkan seekor Buraq yg siap berpelana dan tali kendali. Lalu dibawa Baginda ke 4 persinggahan:
1. Dibawa ke satu tempat yg belum pernah Baginda sampai yang mana tempat itu banyak di tanam pohon kurma. Itulah Kota Tayyibah (Madinah).
2. Setelah itu dibawa p**a dengan menaiki Buraq ke Kota Madyan, berdekatan dengan pohon yang menjadi tempat teduhan Nabi Musa عليه السلام.
3. Persinggahan seterusnya p**a di Thur Sina yg menjadi tempat Nabi Musa عليه السلام bermunajat.
4. Dan tempat seterusnya dibawa Buraq ke Baitul Laham, tempat dimana Nabi Isa عليه السلام di lahirkan.

Di dalam perjalanan ini juga, Nabi صلى الله عليه وسلم telah dipertontonkan dengan 11 peristiwa ganjil yg berlaku..Apakah peristiwa tersebut?

Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم diperlihatkan dengan 11 peristiwa ganjil yang berlaku dalam perjalanan ini..

Peristiwa Pertama; sampailah mereka di suatu tempat dan bertemu dengan sekump**an orang yang bercucuk tanam dan menuai tanamannya setiap hari.
Bertanyalah Nabi kepada Jibrail mengenainya, lalu Jibrail mengatakan bahawa mereka itu ialah pejuang sabilillah. Satu kebaikan yg mereka lakukan digandakan 700 kali ganda. Dan apa yg mereka infaq dari sesuatu kebaikan maka Allah سبحانه وتعالى akan mengantikannya diakhirat.

Peristiwa Kedua; setelah itu Nabi صلى الله عليه وسلم dan Malaikat Jibrail meneruskan perjalanan lagi sehingga Nabi hidu bau yg sangat harum. Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bertanya kepada Jibrail mengenainya. Jawab Jibrail ini merupakan bau wangi Mash*tah, wanita tukang sikat rambut puteri firaun dan anak-anak serta suaminya.

Kisah Mash*tah begini;..
Pada suatu hari ketika sedang menyikat rambut puteri firaun, terjatuh sikat dari tangannya lalu berkata Mash*tah: بسم الله semoga binasa firaun. Lalu berlakulah dialog antara mereka (Puteri Firaun dengan Mash*tah)

PF: Adakah ada bagi kamu tuhan yang lain selain bapaku?
M: Ya benar tuan puteri.
PF: Adakah kamu mahu aku beritahu perkara ini kepada bapaku?
M: Baiklah, silakan.

Maka puteri tadi pergi mengkhabarkan hal ini kepada bapanya, firaun. Lalu dipanggillah Mash*tah untuk menghadap firaun.

Firaun berkata (dengan nada marah): Apakah kamu ada tuhan lain selain dariku?!
M: Benar. Tuhanku dan tuhanmu ialah Allah سبحانه وتعالى (Berkata tanpa ada rasa gentar dan sanggup menerima apa sahaja yg akan berlaku).

Mendengar kata-kata Mash*tah ini membuatkan firaun sangat marah. Dipanggil p**a suami Mash*tah dan disuruh mereka untuk kembali kepada agama asal mereka. Tetapi Mash*tah dan suaminya enggan dan tetap dengan pendirian mereka.

Kemudian berkata firaun; "Aku akan bunuh kamu berdua sekira kamu enggan kembali kepada agama asalmu."
M: Kami mohon ihsanmu, sekiranya kami dibunuh oleh kamu, maka letakkanlah kami dalam kubur yg sama. Kamu kebumikan kami semua di dalamnya.
F: Aku penuhi permintaan kamu ini sebagai pekerja di istana.

Firaun memerintahkan disediakan satu kawah tembaga lalu dipanaskan air didalamnya. Kemudian setelah air itu mendidih mengelegak, disuruhlah Mash*tah dan anak-anaknya terjun kedalam kawah tersebut. Mereka dijatuhkan seorang demi seorang bermula dengan suaminya lalu diikuti oleh anaknya yang besar. Tatkala hendak dijatuhkan anaknya yang kecil lagi masih menyusu itu, Mash*tah menjadi ragu dan timbul perasaan untuk kembali semula kepada tuntutan firaun tadi kerana kasihan dan tidak sampai hati melihat anaknya yg masih kecil.

Tiba-tiba anaknya berkata:
"Wahai ibuku yg tercinta. Terjunlah kedalamnya, usahlah dikau khuatir dan cemas. Sesungguhnya engkau berada di Jalan yang benar."
Maka dijatuhkanlah anaknya itu dan kemudian dirinya kedalam kawah tersebut.

Peristiwa Ketiga: Nabi صلى الله عليه وسلم meneruskan perjalanannya dan bertemu dengan satu kaum yg aneh kelakuannya, Apakah yg mereka itu lakukan? ....

Mereka memecahkan kepala mereka dan setiap kali pecah kepalanya maka akan kembali semula seperti sediakala. Begitulah perbuatan mereka berulang-ulang kali tanpa henti.
Bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Jibrail mengenainya. Di jawab Jibrail عليه السلام mereka itu ialah orang yg memberatkan kepala(meninggalkan solat kerana malas/melambatkan sehingga habis waktu) mereka dari mengerjakan solat.

Peristiwa Keempat: Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم melihat p**a keadaan sekump**an manusia yg hanya memakai kain perca yg menutup kedua kemaluannya sahaja. Mereka merangkak-rangkak ke sana ke sini seperti haiwan sambil memakan zaqqum(buah berduri dan pahit rasanya) dan bara api neraka jahanam.
Nabi صلى الله عليه وسلم bertanya kepada Jibrail mengenainya, lalu Jibrail berkata mereka itu ialah orang yg tidak menunaikan zakat harta.

Peristiwa Kelima: Setelah itu jumpa p**a dengan sekump**an manusia yg dihadapan mereka terhidang daging yg masak lagi baik di dalam periuk. Terdapat juga daging mentah dan busuk, tetapi anehnya mereka mengambil daging yg mentah lagi busuk itu lalu dimakannya.

Siapakah mereka ini? soal Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Jibrail.

Maka katanya; mereka ini ialah lelaki daripada umatmu, mereka sudah mempunyai isteri yg halal lagi baik untuknya namun ditinggalkanya untuk bersama perempuan penzina dan senang bersamanya sehingga pagi.
Begitu juga perempuan dari umatmu yg sudah bersuami, namun keluar mencari lelaki penzina dan dia senang bermalam dengannya sehingga pagi.

Peristiwa Keenam: Kemudian melintasi p**a Nabi صلى الله عليه وسلم suatu kayu berduri yg menghalang jalan. Apa sahaja yg melaluinya pasti pakaian akan tercarik duri kayu tersebut.
Apakah perumpamaan ini wahai Jibrail? Tanya Nabi صلى الله عليه وسلم. Jawabnya inilah satu contoh umatmu yg menghalang orang ramai melalui jalan.

Jibrail membacakan firman Allah سبحانه وتعالى:

وَلَا تَقۡعُدُوا۟ بِكُلِّ صِرَ ٰ⁠طࣲ تُوعِدُونَ وَتَصُدُّونَ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِ
"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah," [Surah Al-A`râf: 86]

Peristiwa Ketujuh: Kemudian melihat p**a seorang lelaki yang berenang didalam sungai daripada darah serta dilontarkan kedalam mulutnya dengan beberapa batu.

Siapa ini wahai Jibrail? Nabi صلى الله عليه وسلم bertanya.
Inilah perumpamaan lelaki yg s**a memakan riba atau mengambil harta orang tanpa hak dan mencari keuntungan diatas kesengsaraan orang lain.

Peristiwa Kelapan: Seterusnya tiba ke seorang lelaki yg mengumpulkan seikat kayu api, dia tidak mampu mengangkat dan membawanya tetapi tetap menambah lagi kayu api yg lainnya.
Maka bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Jibrail mengenai perubatan org itu. Jawab Jibrail عليه السلام inilah lelaki daripada umatmu yg memegang amanah. Ia tidak mampu menunaikan amanah tersebut namun tetap juga ingin memikul amanah yg lain p**a.

Peristiwa Kesembilan: Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم mendatangi satu kaum p**a. Mereka mengunting lidah dan bibir mereka menggunakan gunting besi. Setiap kali digunting lalu tumbuh semula lidah dan bibir mereka itu. Lalu di gunting lagi terus menerus.
Berkata Nabi صلى الله عليه وسلم Apakah ini wahai Jibrail?

Dijawabnya mereka ini ialah penyebar fitnah dan para penceramah/pemidato daripada kalangan umatmu yang bercakap/mengajarkan sesuatu yg mereka sendiri tidak laksanakannya.

Peristiwa Kesepuluh: Dan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم melalui sekump**an org yg kuku mereka dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku mereka sendiri sehingga keluar daging dan darah.

Siapakah mereka ini wahai Jibrail?
Jawab Jibrail عليه السلام: mereka Itulah yg memakan daging manusia dengan mengumpat dan menjatuhkan harga diri orang lain.

Peristiwa Kesebelas: Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم mendatangi sebuah lubang yg kecil lg sempit. Dari lubang itu keluar seekor lembu jantan yg besar. Lembu itu berusaha utk kembali kedalam lubang itu semula namun tidak dapat melakukannya.

Apakah maksud ini wahai Jibrail?
Inilah seorang lelaki daripada umatmu yg s**a berkata-kata perkata yg tidak berfaedah utk dirinya dan org lain. Dia menyesali perkataannya itu tetapi tidak dapat lagi menarik balik perkataannya.

Inilah 11 peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dalam perjalanan Isra' ini.

Apa yg jadi seterusnya?.. Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Mi'raj dan ketika perjalanan yg kedua ini pelbagai pertemuan dan kejadian yg berlaku..
InsyaAllah nanti kita sambung kisah seterusnya..

Address

Johor Bahru

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00

Telephone

+60127900480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MH Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MH Bookstore:

Share