22/09/2025
TIPS⁉️
Ramai yang musykil apabila saya dan rakan rakan turun memancing dan Allah izinkan kami mendapat hasil yang kami harapkan‼️. Akan tetapi ada sahaja desas desus yang menyebut.. kami kumpul udang lah... Udang lukah lah... Udang simpan dua tiga hari lah... Adoiii...‼️ Bang . .. kalau kami buat macam tu..hasilnya bukan setakat 2/3 kg bang‼️.. lagi pun buang masa kami nak cari publisiti murahan begitu‼️.. banyak kerja lain yang berfaedah dari buat kerja seumpama itu.
Tujuan utama kami berkongsi adalah untuk menyampaikan info sungai kepada sahabat pemancing agar boleh membuat persediaan untuk turun berjuang‼️selain dari info dari tuan jeti, kami pemancing akan jadi bahan bukti akan keberadaan udang di kawasan itu‼️
Kebiasaanya, sebelum beraksi, kami akan pastikan kondisi air sungai itu.... Masam ke... Payau ke...tawar ke... Suam ke.. pait ke.... Kami tak main terjah aje. Bukannya kami pandai...tapi kami belajar dari orang orang lama... Dalam masa kami memenuhi hobi yang sangat mahal ini‼️jadi..saya nak kongsi satu tips.. tips lain....di lain masa akan saya kongsikan‼️
📌TIPS KETIKA KONDISI AIR SEJUK📌
1. SESUAI MENGGUNAKAN MATAKAIL AGAK KECIL SEPERTI NO 2/3/4.
2. GUNAKAN UMPAN BERBAU KUAT SEPERTI UMPUN, IKAN LONGKANG, ANAK UDANG DAN USUS HAIWAN.
3. CARI KAWASAN BERKAYU YANG AGAK CETEK. ( MEMANG TERPAKSA KORBAN MATA KAIL)
4. JANGAN PARKING DI KAWASAN LAPANG TAK BERKAYU.
5. BANYAKKAN CARI KAWASAN REBA DAN PANGKAL POKOK.
6. KALAU ADA STRIKE, KARAU AGAK LAJU JANGAN PERLAHAN SEBAB, UDANG MUDAH LUCUT KALAU KARAU PERLAHAN.
7. TAWAKAL...REZEKI DARI ALLAH... BUKAN DARI KEPANDAIAN KITA‼️
..SEKIAN, SELAMAT MENCUBA...