30/06/2026
32 tahun hidup membesar di sini tengok dari jauh je gunung ledang ni, akhirnya berjaya mendaki Gunung Ledang dengan penuh mengeluh 😅 dan inilah review saya sebagai manusia bertamadun yang pertama kali pergi hiking terus naik gunung ledang 😴
Ramai ingat Gunung Ledang hanya tinggi 1,276 meter, tapi yang membuatkan gunung ini terkenal ialah laluannya yang curam, banyak menggunakan tali, tangga dan batu hampar. Sebab itu ramai menganggap ia antara pendakian harian paling mencabar di Semenanjung Malaysia.
Sepanjang pendakian melalui Laluan Sagil, kami melalui beberapa checkpoint utama:
CP1 – Bukit Semput. Bermulalah cabaran dengan Tangga Mahligai. Inilah tempat yang mula menguji kaki dan pinggang. Dekat sini memang rasa koyak rabak. Hampir nak mengalah, time ni memang dah nekad nak balik, sebab memang tak boleh go disebabkan pinggang memang perit gila. Tq kepada Emrs Mr pejal banyak membantu bagi massage. Dan kawan kawan yang baginsemangat kepada saya yang berat dah 89 kg ni. One day kalau saya kaya berbilion saya buat escalator kt sni.
CP2 – Hentian Meranti. Laluan sedikit tenang. Masa untuk tarik nafas, minum air dan kumpul semula tenaga. Kat sini jem air dah tinggal sikit sebab degil otaiotai cakap taknak dengar kita teguk je air macam bawak sebaldi air
CP3 – Batu Orkid. Trek mula berubah dengan akar pokok dan batu. Badan dah mula rasa penat, tapi semangat masih ada. Time ni pinggang fah mula start nak tercabut tapi paksa lagi sebab memang tangga mahligai tu lagi teruk peritnya.
CP4 – Simpang ke Kolam Gajah. Jangan tersalah simpang. Dari sini perjalanan mula terasa semakin mencabar. (Wikiloc | Trails of the World)
CP5 – Sungai Segitiga. Antara hentian terakhir yang ada sumber air sebelum masuk ke bahagian yang paling mencabar. so kat sini refill air minum puaspuas 🤣 topup mana yang patut.
Selepas itu bermulalah seksyen KFC (Killer Fitness Centre),saya dah naik sini baru saya tau ktc ni bukan ada jual ayam kat atas ni, 😢 baru nak makan kepci kt atas haha. Seterusnya Gua Kambing dan Batu Hampar. Inilah bahagian yang buat ramai pendaki termenung. Curam, banyak tali dan kena guna kudrat tangan serta kaki untuk melepasi batu-batu besar. serius memang perit lagi siksa pinggang, tambah nak bernafas pon tak bermaya kat sini. Time kt sni betul kudrat nafas pinggang semua dah macam takde kat badan hati kt rumah nak tidur je 🤣
CP7 – Bukit Botak. Bila sampai sini, puncak sudah semakin hampir. Tinggal beberapa tangga terakhir sebelum menjejakkan kaki di puncak Gunung Ledang. kat sini pon koyak lagi ada tangga yang mainkan perasaan.
So settle semua kita berangkat balik gerak lalu laluan apa nama tah kem tu. Zohor semua dan terus balik.
Memang perit. Memang penat. Tapi puas. Sekurang-kurangnya nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah cerita…
“Baba dulu naik Gunung Ledang… berlari je.”
Yang itu, biarlah mereka percaya dulu.
Dah besar sikit dia jumpa lah gambar ni, baba dia memang koyak rabak 🤣